Saturday, August 29, 2009

kenapa aku berblog..??

Jika anda meyalahkan saya kerna mengetag anda.. anda sebenarnya telah melakukan kesilapan. Orang yang harus disalahkan ialah cik jezz kerna beliau yang mengetag saya. Apa-apa pun tima kasey diucapkankepada cik jezz a.k.a Jai kerana selalu masuk blog saye. (ni tolong promosi nama dapat adiah hemper tak?hehe)
So menjawab kepada soalan kenapa aku berblog??
Jawapannya mudah sekali. Sebab saya suka mengarang. Cita-cita saya nak jadi novelis dulu, tetapi tak kesampaian sebab tulisan saya hanya sesuai untuk bacaan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.. (-.-)zzZZZ
Mereka yg kene tag :-
(~'.')~ Amy Liana
(~'.')~ Shima
(~'.')~ Miss Ery
(~'.')~ Alin
(~'.')~ Putera Al Maliki

Sunday, August 23, 2009

Ulek Mayang Berhantu

Kisah ni betul-betul berlaku. Ini Serius! Seperti yang diberitahu dalam entry sebelum ni, kampung En naga memang berhantu. Banyak hantu yang berkeliaran di sini terutamanya Hantu Raya. Sekarang ni bulan puasa so kes hantu dah reda sikit. Selamat.. Tapi hari ni en naga nak kongsi cerita mengenai hantu lagu Ulek Mayang. Korang semua mesti pernah dengar kan lagu ni? Banyak sumber yang tidak diketahui menyatakan lagu ni berhantu. Betul atau tidak, tidak dipastikan kesahihanya. So satu hari masa berkumpul ramai-ramai en naga pun mula la cerita pasal hantu kat anak-anak buah en naga. Semua tekun dan tawaduk mendengar cerita en naga. Cerita punya cerita ada la sorang anak buah en naga bernama hanani buat-buat bijak. Kami panggil dia nani. Sambil en naga bercerita dia sibuk mencelah cakap dah jumpa macam-macam hantu kat kampung kami. En naga pun Hot la sebab dia menggangu keseraman cerita yang dibawa oleh en naga. Lalu idea best pun timbul di kepala untuk kenakan si nani.

En naga bgtau nani bahawa barang siapa yang dapat menyudahkan lagu Ulek Mayang beserta nombor puteri mengikut turutan maka akan muncul lembaga putih berupa seekor hantu yang amat hodoh rupanya. Sambil tu En naga nyanyikan lagu tersebut. Nyanyian die lebih kurang macam ni:

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri satu berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri tiga berseluar panjang
Puteri empat berseluar yengki
Puteri lima berbaju t-shirt
Puteri enam berkasut tinggi
Puteri tujuh...

Lagu ni memang jauh dari lirik asal sebab tujuan en naga hanya nak kenakan cik nani. Dan dia pun mula bersoal kenapa lagu tu tak disudahkan. En naga bgtau, kalau lagu ni disudahkan nanti ada hantu datang cari en naga. Dan lepas tu semua pun bersurai. Keesokan hari abang en naga bgtau en naga yang nani sibuk bgtau orang ada hantu ulek mayang datang berjumpa dia. Dia cakap dia telah sudahkan lagu en naga. Memang lawak abis. Sah-sah dia ni penipu. Mana ada hantu nak datang. Lagu pun meraban tak ingat. Hari tu en naga dengan abang en naga ketawa tak berenti. Ulek Mayang Di Ulek...


Gambar nani yang kena kelepet dengan encik naga (^ ^)

Saturday, August 22, 2009

Up Disney Pixar

Kaw! Kaw! Semalam lepas je semayang terawih, aku bersama seorang rakan bergegas ke panggung wayang. Kami amik tiket midnight untuk wayang UP. Memang syok abis. Dari 5 Star aku bagi 4 Star kat filem UP. Lebih-lebih nanti bangga lak si Rusell tuh. Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan gelak ketawa. Permulaan cerita pun memang menarik abis. Selain daripada tu, filem ni jugak diselitkan dengan sedikit unsur positif iaitu cinta ke akhir hayat. Bagi mereka yang tak tengok lagi bolehla cepat-cepat serbu panggung. Memang berbaloi dan tak rugi punya. Dah macam promoter wayang pulak.. Sebelum tu jom kita tengok watak-watak yang terlibat dalam menjayakan filem UP.

Sudah sikit-sikit. Nak tengok lebih pergi serbu panggung. Jangan cakap aku tak gtau filem ni best. Selamat Bercuti & Selamat Berpuasa!

Wednesday, August 19, 2009

Tag Hot

1-Anda rasa anda hot?
Kami tak Hot kami Cool..

2-Upload gambar kesayangan anda!


3-Kenapa Anda Suka Gambar Ini?
Sebab rasa macam memiliki sebuah kapal peribadi

4-Bila kali terakhir anda makan pizza?
Pizza? Apekah itu pizza? Loyer? Majistret?

5-Lagu terakhir yang anda dengar?
Black+Mas Idayu - Madah Berhelah

6-Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
Main Rock Legends kat facebook

7-Selain dr nama anda sndiri, anda suka dipanggil dgn nama ape?
[Ri] bukan kari k!

8-Tag lagi 6 orang tanpa rasa kekesalan
Akim
Mojam
Tocom
Kamil Hassan
Zul
Niezam
(Tag ini akan meletup dalam masa kurang daripada 2 saat. Op Mak Kau Meletoppp!!)

Air & Mandi


Entry hari ni akan bercerita tentang air. Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Begitulah sedikit sebanyak tentang fakta mengenai air dan keperluannya dalam tubuh manusia. Untuk mandi pula, purata normal mandi bagi seorang manusia adalah sebanyak 3 kali sehari. Ini tidak termasuk bagi mereka yang bekerja di Taman Tema Air kerana kadar air yang diperolehi agak berlainan.

Sebenarnya tujuan entry ini diutarakan adalah untuk memberitahu korang bahawasanya rumah aku hari ni tiada air. Dalam makna kata lain tiada bekalan air yang disalurkan. (Dah macam isytihar hari raya pulak. Maklumla puasa dah dekat. Yang hutang tu dah ganti belom?) Diingatkan bahawa ketiadaan air ni bukanlah disebabkan pemotongan kerana lambat bayar atau tunggakkan. Semua ni terjadi kerana terdapatnya construction di jalan raya berhampiran. Dan yang utamanya bukan rumah aku je takdak air, ini juga melibatkan rumah jiran di sebelah. Sepanjang pengetahuan aku, dah lama kami tak pernah takdak air. Paling last pun masa aku darjah 3. Umur masa tu 9 tahun. Sekarang dah 24. (Ehem-ehem muda & kacak lagi. Hehe) Ini adalah iklan semata-mata. Sila potong mana yang tak berkenaan. Maknanya dah 15 tahun rumah aku sentiasa ada air!

Kesimpulannya... Satu rumah jadi kalut. Nasib baik aku bangun paling awal. Pukul 5.40 pagi aku dah bangun. So aku boleh mandi siap dengan syampu lagi. Rumah kami ada kolah air. Yang last-last tu tak tahu la. Sape suro bangun lambat. Muahahaha (gelak ala Jackson King)

Monday, August 17, 2009

Gaban Dah Botak!!!


Tengok betapa sedihnya gaban bila dah masuk zaman senja. Rupa dah tak sekacak dulu. Disarankan gaban untuk pergi ke Yun Nam Hair Care. Kalau dak, toksah la mimpi nak jadi gaban. Buat malu ja. Kepada gaban, teruskan perjuanganmu. Tapi sebelum tu baik encik gaban pergi lebatkan rambut dulu. Kalau tak, tak payah trasform. rupa sama je. BOTAK!! (Bagi mereka yang tak mengenali gaban, orangnya yang ditengah tu. Search youtube untuk lihat wajah gaban ketika muda lagi kacak dengan menaip gaban)

p/s Walau buruk mana sekalipun aku tetap sokong gaban. You are my Hero

Sunday, August 16, 2009

Malu-Malu


Sepanjang kehidupan kita di muka bumi ni pasti setiap daripada kita pernah mengalami perkara yang memalukan. Tak kiralah samada sengaja atak tak tidak, perkara ni membuatkan si empunya malu sikit-skit ataupun besar. Yang pasti ia memalukan individu yang terlibat. Entry hari ni akan membincangkan dan mengupas perkara-perkara yang memalukan si pelaku. Sediakan kertas dan pen anda untuk catitan. Chekidaud...

1) Anda baru sahaja keluar dari kereta member anda. Ketika itu hujan lebat dan anda berhasrat untuk mengambil duit dari mesin ATM. Setelah selesai upacara mengambil duit anda terus masuk ke dalam kereta member anda tanpa disedari kereta member anda telah diubah ke tempat lain. Anda dengan selamba katak menyuruh pemandu cepat jalan sedangkan dia bukan member anda. Cuma keretanya je sama tapi no plat yang berlainan. Tahap Malu : Tahap Ulat Kuang

2) Anda baru sahaja bergaduh dengan awek anda di telefon bimbit. Anda mengambil keputusan untuk menamatkan perbualan. Kemudian anda mendapat panggilan dan anda dengan bestnya terus menjawab sambil buat-buat manja seraya berkata anda tak perlu dipujuk. Pastu buat suara ala-ala ayam bertelur padahal orang yang menelefon anda merupakan bos anda yang garang macam singa. Tahap Malu : Tahap cipan

3) Anda baru sahaja dinaikkan pangkat dan diminta untuk memberi sedikit ucapan ketika dalam satu majlis. Disebabkan tidak bersedia anda menjadi gelabah babun. Ketika anda naik stage untuk memberi ucapan anda telah tersadung kaki anda sendiri lalu terjatuh dan kepala anda terhantuk tempat berucap. Tahap Malu : Tahap Burung Kedidi

4) Anda sedang memandu di dalam hujan lebat. Disebabkan cuaca yang buruk anda mengambil keputusan untuk menjadi follower kereta di hadapan anda. Selang beberapa minit kereta anda menghentam kereta di hadapan. Anda keluar sambil memaki hamun pemandu dihadapan kerana memandu secara berbahaya sekaligus menyebabkan kereta anda rosak. Tidak cukup cacian anda juga menyuruh pemandu tu membayar ganti rugi. Tetapi belum sempat berbuat tindakan selanjutnya anda baru tersedar yang anda dalam garage kereta. Dan garage tersebut sudah tentunya bukan milik anda. Tahap Malu: Tahap Beruang Madu

5) Anda dijemput oleh rakan anda untuk ke majlisnya. Rakan anda cakap ada kejutan di majlis tersebut. Ketika majlis diadakan anda tertarik dengan seorang gadis yang comey lotey. Disebabkan hormon anda tidak keruan anda terus mendekati si gadis sambil memperkenalkan diri. Anda buat-buat bijak dengan bercerita kehidupan anda sambil sedikit cerita mengenai kawan anda yang menganjurkan majlis ini. Dengan harapan gadis tertarik kerana anda berkawan dengan orang yang ada status. Tak cukup dengan tu anda beritahu si gadis anda dan rakan anda gemar ke kelab dangdut untuk menari poco-poco. Tiba-tiba rakan anda menepuk bahu sambil memperkenalkan gadis berkenaan sebagai bakal tunangnya. Tahap Malu : Tahap Lipan Bara

Thursday, August 13, 2009

Zaman Kanak-kanak








Duduk dalam opis har ini tetiba je buat aku teringat zaman kanak-kanak. Syok kan masa kecik-kecik dulu? Tak payah pikir pasal duit. Tak payah risau pasai duit minyak motor dan tol. Yang kita tahu hanya seronok. Main tak ingat dunia. Banyak kenangan yang kalau aku ingat-ingat balik buat aku tersengih sorang-sorang. Dah macam orang gila meraban. Tapi orang yang tengok tu mana tahu aku pikiaq ape. Kalau dia tahu mesti dia senyum jugak. So atas kesempatan ni, aku nak kongsi la kat korang cerita pasal zaman kanak-kanak aku. Dengan harapan korang jugak akan tersenyum. Kalau tak pun tolong-tolong la senyum. Penat aku menaip ni. Senyum kan satu sedekah.

Ok kita mulakan masa aku kat tadika. Masa tu filem gaban dengan kamen rider black memang cukup famous. Siap ada kad yang ada level kuasa tu. Dulu mana nak ada ps2. So kena la guna kad untuk menggembirakan ati. Tapi tu pun syok abis. Masa kat tadika dulu setiap kali ada aktiviti seperti melukih, main plastesin, sambung puzzle semua yang aku reka berkaitan naga gaban. Contohnya bila aktiviti melukih, benda yang akan aku lukih tentulah naga gaban. Main plastesin aku reka naga gaban. Hatta main puzzle pun aku cantum-cantumkan menjadi naga gaban. Bak kata semua aktiviti aku berkisar dengan gaban. Pernah aku bertumbuk ngan sorang kawan gara-gara naga gaban. Apa tidaknya dia musnahkan plastesin aku pastu reka naga gaban guna plastesin beliau. Dahtu belagak sakan kata dia hebat. Berjaya cipta naga gaban. Kawan-kawan memang tahu trademark gaban aku punya. Tapi aku tetap sakit sebab plastesin aku dirosakkan. Maka penumbuk jua aku bagi kat kawan aku. Tapi bukan kat muka dia, kat plastesin dia la. Sudahnya kami dua-dua kena duduk luar. Kena catu makan. Padan muka!!

Kisah seterusnya. Masa kecik-kecik dulu abang aku suka sangat pasal perubatan. Dia ni suka cipta ramuan yang kononya untuk kecantikan. Ada sekali tu dia ajak aku panjat pokok betik. Buah betik yang kami amik bukannya yang dah masak tetapi buah yang masih putik. Maksud aku belum masak atau senang cerita masih hijau. Lepas tu kami potong kecik-kecik dan masukkan di dalam besen. Lepas masukkan air kami berendam macam jacuzzi. Dia cakap kena tunggu sampai jari kecut baru boleh kuar. Semua ni akan membolehkan kuman dalam badan mati. Tapi lepas je kuar badan aku gatai-gatai. Aku gtau mak aku. Dia tanya sebab apa gatai. Aku gtau yang kami mandi air buah betik tak masak. Sudahnya aku dengan abang aku kena sebat ngan batang betik. Tudia bijak sangat. Alhamdulillah skang abang aku dah pun selamat jadi MA (Medical Assistance).

Zaman kanak-kanak memang kelakar. Zaman rebina..

Wednesday, August 12, 2009

Al Padang Pasirun


Al kisah bermula apabila seorang wanita yang baru sahaja melahirkan seorang anak begitu teringin sekali untuk mengembara ke padang pasir. Tanah arab la senang cerita. Wanita ini begitu kepingin sekali untuk mengembara ke tanah arab kerana beliau nak melihat sendiri bagaimana kaum arab di sana hidup dengan bercucuk tanam. Sebut pasal bercucuk tanam ni sudah tentulah tempat yang ingin dilawatinya itu merupakan kampung-kampung. Beliau nak lihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana orang arab bercucuk tanam, mengairi serta mengutip hasil ternakan dan tanaman mereka. Dengar kata orang arab di kawasan kampung hidup secara nomad. Atas sebab inilah Mona (ibu beranak satu) berhajat sangat ke tanah arab.

Maka nak dijadikan cerita, kampung Mona telah mengadakan lawatan ke tanah arab. Gembira bukan kepalang Mona apabila hajatnya yang sekian lama akan termakbul. Maka bertolaklah rombongan kampung Mona ke tanah arab pada hari yang ditetapkan. Setelah sampai di sana mereka pun dirai dan disambut dengan meriah. Tetapi perasaan gembira tak selalunya berpanjangan. sama jugak bagi pasangan kekasih. ada pasang dan ada surutnya. Ketika 3 hari berada di sana, tiba-tiba mereka diberitahu bahawa penduduk di situ mahu berpindah. Ini kerana tempat yang mereka duduki sekarang tidak lagi subur dan air untuk mengairi tanaman juga semakin kurang. Maka kalutlah semua penduduk termasuk rombongan mona bersiap-siap untuk berpindah.

Malang sekali nasib mona. apabila rombongan dan penduduk di situ memulakan perpindahan, beliau dan bayinya yang masih menyusu telah tersesat jalan. Sedar-sedar beliau telah berada di sebuah oasis dan seperti yang anda sedia maklum sekitar kawasan tersebut hanyalah ada padang pasir yang tandus. Tidak adalah pokok-pokok hatta rumput sekalipun melainkan sebuah kolam.Maka tinggallah mona bersama anaknya bergantung kepada air di oasis tersebut. Kadang-kadang ada juga tok arab bersama unta mereka yang lalu lalang di situ. Tetapi yang menjadi kemusykilan mona tak pernah berganjak dari oasis tersebut. Beliau hanya menjerit-jerit meminta tolong tanpa berganjak dari tempatnya. Jarak yang jauh menyukakarkan jeritannya didengari orang. Namun kalau mona berganjak dari tempat singgahanya pasti beliau dapat diselamatkan. Tetapi beliau tidak pernah berganjak. kenapa???

Soalan itu terus diutarakan oleh Khai kepada Adam ketika mereka sedang minum petang di kedai kopi pak mat lenteng. "mana aku tahu" jawab Adam selamba. "mungkin dia tak larat kot sebab dia kan dalam pantang. Tak pun dia takut anak dia kepanasan" tambah adam lagi. "salah-salah, cuba lagi" balas Khai. Korang pun tentu tertanya-tanya kenapa ibu beranak satu ni tak mahu keluar dari oasis tempat berteduhnya kan?Jawapannya ialah......


Ibu beranak satu ni takut susu dia jadi keju!! Kan dalam iklan cheese deal dulu ada cerita yang seorang pengembara arab yang membawa susu di dalam satu bekas. Disebabkan terlalu lama susu itu disimpan dan keadaan yang panas maka apabila dibuka untuk dibuat minum susu tersebut telah bertukar menjadi keju. Maka atas sebab inilah mona tak mahu berganjak dari oasis tersebut. Beliau takut susunya bertukar menjadi keju. Sekianla adanya...

Tuesday, August 11, 2009

Cubaan berani

Nah amik ko tulisan terbaru aku edit guna photoshop. Pasni buat lagi yang baru. Mungkin akan terbit entry camna nak buat tulisan cenggih (betul ke eja) camni. hurm..... tak abis-abis perasan best. nak kena sembur kot encik naga ni baru beliau boleh bersikap tidak perasan dan sombunk.



Selamat menjamu mata!! Iklan.. Sila klik pada gambar untuk membesarkan image (enlarge)

Sunday, August 9, 2009

Penang PC Fair

Pada tanggal 7,8 & 9 Ogos 2009, PC Fair telah diadakan kat penang bertempat di PISA (Penang International Sport Arena). Atas kesempatan ini aku telah berjaya berkunjung ke sana. Sebab apa ini dikatakan suatu kejayaan? Sebab hujan turun tak berhenti mencurah-curah kat penang. Start dari hari jumaat hingga ahad bersamaan tarikh pc fair diadakan. Tapi takpa, hujan kan rahmat. Alhamdulillah.. Perpun pada hari ahad aku berpeluang jugak untuk berkunjung ke sana. Mari sama-sama kita saksikan perjalanan aku di PIKOM Penang. yehaaa!!!


Kita mulakan dengan kesesakan orang ramai yang tak putus-putus di booth P1 Wimax.Walaubagaimanapun aku tak sign up sebab wimax tak cover seluruh kawasan penang terutamanya kampung aku. so mission fail


Lagi kesesakan warga penang


Disebabkan terlalu ramai dan sesak dengan manusia, seorang pak guard sempat tido-tido ayam sambil bergaya sakan. mungkin pak guard ni pengsan agaknya


Untuk membuktikan yang pak guard ni tak tido dan beliau sebenarnya pengsan. jadi aku zoomkan image beliau. sah beliau pengsan.


Hasil kunjungan aku ke pc fair. Mp3 4Gb cap transformer. Menatang ni leh transform waktu aku tido. Hebat bukan?




Dan sebagai penutup aku sajikan korang gamba paling best sempena lawatan ke PC Fair Penang. Harap tahun depan lagi meriah :)

Gambar di atas tidak ada kena mengena dengan topik yang dibicangkan dan tidak berkaitan dengan yang masih hidup atau yang pengsan. Jangan marah :p