Friday, December 25, 2009

Bajet Best !!!

Aku nak ajak bebudak yang g Genting berborak kat YM. Add aku ryofu_goku@yahoo.com Lagi ramai lagi bagus. Akhir kata kurangkan pergaduhan, lebihkan persetubuhan :P

Thursday, December 24, 2009

Aku Paling Lewat.. Pedulik Ape Aku

Akhirnya setelah lama menanti, hari ni aku nak citer pasal gathering kat Genting. Bertemu kalian buat hati aku senang sekali. Tak sangka ada yang terus jadi couple lepas gathering ni. Kepada Razman dan Azza tahniah den ucapkan kat korang. Den jugak yang kesepian bak lagu orang lidi. Nak describe sorang-sorang? hurm tak perlu aku rasakan sebab fhad dah buat. So aku taknak ciplak idea. Aku cuma nak citer pasal makhluk yang sempat aku berbual. Yang baru aku kenal time gathering nih. Yang tak sempat tu maafkan la aku. Aku hanya insan biasa yang mempunyai wajah seperti artis. Tak mampu melayan kalian dengan serentak. Hak Hak

1) Jen
Aku ingat dia ni serius. INI SERIUS!! Rupanya otak sama biol cam aku. Aku paling suka time aku komplot ngan die kuarkan orang lidi, padahal mamat ni eskimo. Aku puas ati. Haha

2) Orang Lidi
Ramai orang cakap dia ni psiko. Memang psiko pun. Kejadian ni berlaku masa last-last dah. Time kita g makan kat food court. Dia datang masa aku ngah buat bayaran. Dia cakap kat sini ke bayar? Aku cakap ko beli katne? Dia cakap kedai hujung. Abis tu nape ko nak bayar kat sini? Dia cakap, dah aku tengok ko bayar kat sini. Tak sama ke? Adesss -_-!

3) Jalak
Ramai yang minat kat Jalak lepas dia buat persembahan. AKu sempat kenal Jalak time kitorang g minum kat Old Town. Dia citer pasal kerjaya dia. Paling aku ingat dia ajar aku buat magic. Serius aku teruja

4) Aleen
Minah ni mula-mula aku tengok sweet je. Tapi bila dah kenal, dia ni paling kecoh. Yang penting ko memang cun aleen. Tahniah sebab akan melansungkan perkahwinan tahun depan. Melepas lagi sorang. Haha

5) Loki
Awal-awal lagi aku dah agak Loki ni sama je jenis macam aku. Aggresif dan riuh. Loki sempat jadi tourist guide kitorang masa dalam bas. Dibantu oleh Aleen selaku pemegang bunga manggar

6) Yelorenzo
Dia ni tido sebilik ngan aku, Fhad dan Ian. Dia ni sampai-sampai je bilik terus mandi. Pastu tido. Dahtu tido paling awal pas main game di bilik gurlz. Tapi bangun paling lambat. Hampess. Aku tengok dia ni cam pro sebagai kameraman. Tapi taknak tunjuk skill

7) Meera
Dia ni memang ramai peminat. Aku sempat borak sikit-sikit je ngan die. Ramai sangat usha dia aku plak jadi segan. Eh nape plak aku segan??

8) Shazruls
Kenal-kenal je terus jadi rapat sebab dia ni orang Penang. Terus rancak. Dia ni banyak ajar aku camne nak jadi kameraman yang professional. HBZ tertarik dengan kamera beliau

9) HBZ
Nama sama ngan aku. Mungkin sebab tu la kitorang jadi member kamceng. Sama-sama g cari cari tandas untuk kencing. Tapi lain-lain bilik k. Aku bukan GAY. Ade ke patut dia ingat aku ni mamat indon. Hampes tol. Bila dia cakap kat orang ramai aku betol-betol malu. Abis merah muka aku. Kantoi satu kelemahan...

10) Enul
Rasanya aku orang pertama tegur minah ni. Bukan ape, sian tengok dia sorang-sorang. Aku kenal die sebab selalu nampak dia g blog Yang Penting Rupa tulisan Jai. Dia rakan aku masa main Solero. Tapi semua senyap je masa main. Tido ke??

11) Hanem & Yam
Diorang ni memang rancak berbual. Pastu si Hanem ni asyik kenakan aku. Dia cakap aku bok bak. Menatang ape bok bak ni pun aku masih kabur.

12) Suki, Min, Sufi, Shax
Diorang ni 4 sekawan. Sempat berborak panjang masa nak naik Solero. So aku tahu la sikit-sikit pasal diorang. Si Suki belajar kat PSP. Nanti dah masuk tepon saya ye (fhad mesti bengang). Min lak kitorang tukar hadiah malam tu. Awak masukkan air panas kat mug tu. Siyes ada magic. Shax plak aku ingat ejaan nama dia S.H.A.R.K bermaksud jerung. Sebab tu aku takut nak tegur. Nges nges. Bagi aku Sufi lagi pendiam dari min

13) Ms Siv
Muka dia mengigatkan aku pada seseorang. Adoyai. Tapi dia paling bising kata aku pola bear malam tu. Aku tak tahu nama dia, so aku cakap yang tudung putih tu la pola bear sebenarnya. Hehe

14) Yob Sumo
Dia ni pun antara teman rapat aku kat genting. Kitorang selalu lepak sama-sama. Aku ingat dia ni besar cam sumo. Boleh aku berlindung masa kabus tebal. Rupa-rupanya jangkaan aku meleset sama sekali.

15) Si Kosong
Mamat ni aku sempat berbual panjang masa dalam bas ke Genting. Aku duduk sebelah die. Aku ni punya la semangat citer pasal banner ngan forum yang dibuat oleh seseorang. Rupa-rupanya tu keja dia. Hampes tol. Pandai dia menyamar buat-buat tak tahu. Malu den..

16) Fhad
Fhad tak payah la aku cite panjang pasal ko. Dah ramai puji ko. Aku taknak bagi ko kembang lebih-lebih. Yang penting kenal ang memang baguih dok ada

17) Ah Ian
Mamat ni kawan rapat Fhad. So bila kenal ngan fhad aku sekaligus kenal mamat ni. Aku suka kenakan dia sebab aku suka tengok dia ketawa. Dia paling menyampah bila aku kenakan dia. Ian kamera ko tahap cikai.. Muahah

18) Effa
Kenal masa 1st gathering. Agak rapat ngan die. Aku temankan die g Masjid Jamek aritu.

Yang lain tu seperti ah fatt, beskot, hasif, cc, razman, azza & lumut aku tak sempat nak kenal korang lebih-lebih. Korang terlalu famous macam aku dan tak sempat bagi perhatian kat semua orang. Kan? Kan? Yang penting korang tetap dihatiku. Nanti ada gathering kita join lagi ye..

Ni aku ada buat wallpaper sempena pertemuan kita. Harap korang suka. Akhir kata, kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, sama-sama kita pergi buat haji (~',')~


Sila klik untuk tumbesaran



Tuesday, December 22, 2009

Oh Pulau Pinang ~


Kalau naik feri, kena masuk ikut jeti
Kalau ramai kawan masuklah ikut jambatan
Jumpa hidung mancung bukan semua pelancong
Combi anak Tanjung, anak mami dok Jelutong

Mai lah siniiii
Pulau Pinang menanti
Batu Ferringhi, Padang Kota
Naik beca pusing Komtar

Pakat mai siniiii
Pulau Pinang satu destinasi
Tengok pula Tanjung Tokong
Pesta Penang Sungai Nibong

Apehal aku tiba-tiba je cite pasal Penang ni. Sebenarnya aku nak letak gambar family aku kat sini. Lepas majlis perkahwinan abang aku, kitorang g ronda-ronda penang (memandangkan kakak ipar aku orang Terengganu). Kejadian ni berlaku sebelum aku g Genting. Sementara menunggu gambar kat Genting, meh aku sajikan korang gambar family aku. Checki Daud


Jangan tanya sebab apa aku berbaju pink


Time ni kompang tengah dibalun


Gaya artis la katakan. Letih-letih :)


Dalam Queensbay

Sunday, December 20, 2009

Tidur Dengan Senyuman


Aku baru je sampai kat umah. Dari KL ke Penang. Benda pertama yang aku buat bila sampai, aku terus bukak blog. Sempat terjah blog kawan-kawan dan masing-masing dah mula bercerita kehebatan gathering di Genting. Tapi aku mengaku aku tak sempat nak komen dan jadi follower korang. Sebab ape? Sebab blog korang tak best. Haha. Lawak je. Sebenarnya mata mengantuk giler walaupun aku menjadi pola bear sepanjang bas bergerak dari KL ke Penang. Esok aku akan terjah blog korang sambil meninggalkan komen-komen tak berasas. Sambil tu aku akan follow blog korang. Yang penting gathering kat Genting memang masyuk abis. Siyes aku happy giler. Sory takde sebarang gambar yang boleh dipaparkan sebab aku xde gambar-gambar tersebut. Aku bawak kamera tapi tahap cikai, so aku malu nak kuarkan. Yang penting kamera aku lebih baik dari ah ian. Aku mengucapkan perkataan ni dengan penuh rasa bangga. Hehe. Nanti dapat gamba aku upload. Gathering ni memang best abis. Kalau ada lagi, aku 100% join. Perpun arigato gozaimas yang tak terhingga kepada fhad dan ah ian selaku penganjur. Korang memang layak jadi penganjur. Buat ah ian... Kini baru ku sedar bahawa kau seorang yang punctual (sila klik nuff aku atas pujian ni)

Tuesday, December 8, 2009

Jom Pakat Serbu Rumah Aku

Gambar ni masa kenduri kat Terengganu


Minggu ni aku agak sibuk. Bukan apa nak buat persiapan untuk kenduri kahwin abang aku. So aku sekali lagi nak jemput la korang datang kenduri tu pada 13hb Disember 2009 yakni hari ahad bersamaan 26 Zulhijah 1430H di alamat 176 Gelong Bubu, Sungai Dua, 13800 Butterworth. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Cabutan hadiah berupa ps3 dan xbox 360 juga disediakan ini adalah iklan pembohongan semata-mata :p
(~'.')~ ~('.'~) ~(-.-)~


Saturday, December 5, 2009

Masa Untuk Berubah

Entry kali ni aku nak ajar korang camna nak jadikan pendrive korang mempunyai background. Kalau sebelum ni aku ajar korang nak buat ikon pada pendrive. Kali ni up sikit. Ada background mengikut wallpaper pilhan korang. Amacam teruja tak nak belajar? Jom Cekidaud...

Peralatan Yang Diperlukan:
1)Pendrive
2)Wallpaper pilihan hati
3)Notepad

Cara buat background pada pendrive:
1)Klik start
2)Pergi kat run
3)Taip notepad (atau bukak satu fail notepad)
4)Taip tulisan dibawah

[ExtshellFolderViews] {BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}={BE098140-A513-11D0-A­­3A4-00C04FD706EC} [{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}] IconArea_Image=test.jpg

5)test.jpg tukarkan kepada nama wallpaper anda. Pastikan anda masukkan sekali wallpaper dalam pendrive
6)Save notepad anda sebagai desktop.ini
7)Refresh dan anda akan dapati background anda telah berubah
8)Nak kelihatan hebat di mata rakan-rakan? 'Hidden' kan fail wallpaper dan dekstop.ini

SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, December 3, 2009

ESM Continue

Entry kali ni ni simple je. Nak rilexkan minda korang yang tengah serabut tu. Aku nak paparkan gambar aku masa kursus ESM. Jom layan. Kalau gatai tangan tu boleh la komen sekali :) ZASSSS!!

Sesi pendaftaran


Buat lagak tampan


Teruja


Apa aku gebang tu?


Teka sape ketua group ni?


Tuesday, December 1, 2009

How To Be Success


Camna agaknya nak jadi orang yang berjaya? Entry kali ni nak cite sikit tips untuk jadi orang yang berjaya. Untuk berjaya anda mestilah jadi gila-gila. Paling penting lebihkan SEX. Tu dia.. mesti korang pelik kan, apa kaitan SEX dengan success. Jangan gelabah dulu. SEX yang dimaksudkan di atas tiada kaitan lansung dengan otak kuning anda. SEX dia atas bukan SEX yang biasa. Tapi lebih kepada luar biasa. Tudia.. lagi seram. Klah takmo cite panjang jom aku bgtau apa maksud SEX sebenarnya

S = Smile. Nak jadi orang berjaya kita mesti lebihkan senyuman dalam kehidupan seharian. Senyum kan satu sedekah. Jadi rajin-rajinla senyum ye :)

E = Enthusiasm atau lebih kepada inspirasi. Jadikan hidup anda lebih bermakna dengan sentiasa ada keazaman. Lebih baik anda menjadi sumber inspirasi kepada orang lain.

X = excitement iaitu sentiasa teruja dengan perkara yang kita lakukan. Teruja dengan perkara baik ye. Jadikan diri anda sentiasa bersemangat. Bila anda semangat orang lain akan turut bersemangat. Percayalah...

Jadi pasni lebihkan la SEX dalam kehidupan anda :)