Wednesday, July 29, 2009

Pelupa

Tersebutlah kisah 3 orang nenek yang masing-masing dan nyanyuk atau pelupa. Maka apabila mereka bertemu tak banyaklah yang dibualkan melainkan umpat mengumpat sambil bercerita kisah sewaktu mereka masih muda lagi seksi.

Nenek A : Aku sekarang makin pelupa la. Ada ka patut aku tak ingat nama anak-anak aku. Aku ingat mereka ni cucu aku. Sampai anak-anak aku selalu merajuk dengan aku. Tak datang jenguk aku. Ada orang kata lepa ni lari rumah. Heran aku lari sampi 3 taun. Aku lari 15 minit da letih. Lepa ni tak reti letih ka?

Nenek B : Ala biasa la tu. Tak pelupa sangat. Cam aku pulak. Aku baru dapat sorang baby. Jangan terkejut k. Benda ni keperluan. Mana tau accidentally baby come out (handal nenek ni speaking). Tak kisahla, yang penting apabila kawan-kawan nak tengok baby aku, aku kena tunggu baby ni nanges dulu. Kalau tak, aku tak tahu kat mana aku letak die. Pelupa kan aku?

Nenek C : Korang semua tak pelupa sangat. Kes aku lagi teruk. Korang tahu la kan. Umah aku tu pangsapuri. Ada 6 tingkat. Umah aku plak betul-betul tingkat paling atas. Kadang-kadang bila lift rosak, terpaksala aku menapak naik ke atas. Tapi masalahnya bila aku sampai kat tengah-tengah anak tangga yakni tangga ke -3, aku tak pasti sama ada aku tengah naik atau tengah turun. Pelupa kan aku?

Nenek A + B : Ishk-ishk pelupa sungguh kita ni ye. Eh nenek C ni sape?

Tuesday, July 28, 2009

Anjing Yang Gigih

Pagi ni bila semak email dari teman-teman tejumpa satu artikel yang membuatkan aku terfikir sejenak. betapa gigihnya seekor anjing mengharungi liku-liku hidup tanpa tubuh @ anggota yang sempurna. mari kita saksikan kegigihan seekor anjing yang diberi nama 'faith'

Kita Hidup Mesti Berani. Percaya Apa Jua Kemungkinan.

This dog was born on Christmas Eve in the year 2002. He was born with 3 legs - 2 healthy hind legs and 1 abnormal front leg which needed to be amputated. He of course could not walk when he was born. H is mother did not want him as she could not continue to protect the young dog indefinitely .



















His first owner also did not think that he could survive. Therefore, he was thinking of ' putting him to sleep ' , but was scared that killing an innocently pitiful helpless little creature would leave a scar of guilt on his mind. By this time, his present owner, Jude Stringfellow, met him and wanted to take care of him. She is determined to teach and train this dog to walk by himself. Therefore she named him ' Faith ' .














In the beginning, she put Faith on a surfing board to let him feel the movements. Later she used peanut butter on a spoon as a lure and reward for him to stand up and jump around. Even the other dog at home also helped to encourage him to walk. Amazingly, only after 6 months, like a miracle, Faith learned to balance on his 2 hind legs and jumped to move forward. After further training in the snow, he now can walk like a human being.














Faith loves to walk around now. No matter where he goes, he just attracts all the people around him. He is now becoming famous on the international scene. He has appeared on various newspapers and TV shows. There is even one book entitled ' With a little faith ' being published about him. He was even considered to appear in one of Harry Potter movies















His present owner Jude Stringfellew has given up her teaching post and plans to take him around the world to preach that even ...without a perfect body, one can have a perfect soul ' .


































































































In life there are always undesirable things. Perhaps one will feel better if we could change the point of view of others .

Sebagai kesimpulannya kita janganlah cepat mengalah dengan kekurangan diri. hatta seekor anjing yang cacat pun mampu survive, inikan kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran. terimalah diri kita seadanya. setiap kejadian yang berlaku ada hikmah-Nya.

Thursday, July 23, 2009

Sakit Mata

Mari menyakitkan mata anda menyaksikan gambar terbaru aku di majlis farewell kat restoran secret recipe. dan tentunya bukan aku yang belanja. muahaaha. kalau aku belanja korang boleh ke kfc atau mcd sebab situ aku ada kupon. pergi waktu tengahari pun dapat murah. kita tutup kisah belanja ni. sebut banyak-banyak pun korang bukan nak belanja aku.


Minuman pembuka bicara harga takleh ingat. dalam rm8 kot rasanya


Santapan diraja bernilai rm14


Gambar watak utama


Dah. cukup sikit-sikit. nanti bertambah sakit mata korang




Wednesday, July 22, 2009

Oh Anak Muridku


Di pagi yang hening dalam sebuah kelas, seorang guru berbahasa inggeris sedang mengajar anak muridnya mengeja perkataan.

Cikgu murni: ok class today we gonna learn to spell a word. i give u the word and u spell it.

Anak murid : ok teacher.ok babeh (anak murid yang gatal)

Cikgu murni : ahmad, stand up and spell "caterpillar"

Ahmad : how long did i need to take?

Cikgu murni : what do u mean by that?

Ahmad : i dunno how to spell that word. when it transform to butterfly, then i can spell it.

Cikgu murni : ok u can wait it outside the class.

Ahmad : thanx teacher (pura-pura muka tak salah)

Tuesday, July 21, 2009

Mamak Salam

Arakian tersebutlah kisah 4 orang sahabat baik bernama atan, yopi, rosham, dan adlin. episod bermula apabila 4 sahabat baik ini berhajat untuk melepak di kala malam. adapun mereka terpaksalah ke kedai mamak kerana pada malam yang bulan kian berarak, tidak ada lagi kedai makan yang dibuka kecuali kedai mamak yang sedia maklum diketahui beroperasi 24 jam. lagipun di kedai mamak pasang astro. rosham suka tengok national geografi. maka bergeraklah sekawan ini menuju ke kedai mamak salam. Setelah sampai di kedai mamak, sekawan ini tidak mahu membuang masa terus mengorder air masing-masing.


atan : ane air apa ada?
mamak : milo ada, teh tarik ada, teh tarik gelas kecik, besar ada, bandung ada, sirap ada, sumaa adaaa
atan : kalau camtu bagi milo ais satu.
mamak : ane milo wais satu!
mamak buat air : siaaapppp!

yopi : hurm air milo ais eh. ok mamak bagi saya teh tarik une
mamak : gelas kecik ka besar?
yopi : kecik
mamak : teh tarik satu!
mamak buat air : siapppppp!

rosham : ane bagi saya kopi campur milo
mamak : kolo ka?
rosham : ha.. pandai pun mamak ni
mamak : dey kolo satu!
mamak buat air : siappppp!

adlin : waa cambest je kopi campur milo. kalau camtu mamak u kasi saya kopi campur teh
mamak : wokey.. ko *tuuuut* satu!
mamak buat air : SIAPPPPPPP!

Monday, July 20, 2009

Basahkan Tanganmu Dengan Darah Musuh



Jemputan daripada Teman-Teman Seperjuangan (Tajuk Emel Yg Tak Boleh Blah)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Maaf kiranya nukilan ini menganggu.
Tiada lagi Pulau Perhentian mahupun Pulau Pangkor bukan juga kenduri kendara tiada lagi Gunung Ledang mahupun Janda Baik.Sebagai mengganti 'PERCUTIAN' yang dirancang tak kunjung tiba, Saya dengan rasa rendah diri dan tawaduknya ingin menyeru agar rakan2 dapat berjuang bersama2 dalam peperangan ini.Dunia kita dah semakin kucar kacir, Sanggupkah kita hanya melihat sahaja tanpa membuat apa2.Mampukah kalian membiarkan segala kecelaruan berlaku didepan mata ketika kalian sebenarnya tahu anda mampu mengubahnya.Oleh itu ayuh!! Bangkitlah ..Sertai kami menjadi pejuang.Darah2 muda kalian amat diperlukan melambangkan keluhuran jiwa perajurit pertiwi.Inilah yang menentukan masa depan sejauh mana kolebrasi kita bersama. Perang Apa Kalau Bukan Perang Kita!
Jom join Perang Bebola Cat aka Paintball !!!










Lokasi: Nur Lembah Pangsun, lot batu 9 3/4, Ulu Perdik, Hulu Langat INDEPENDET PAINTBALL

Bayaran: RM 55 perkepala (200 peluru..boleh order peluru hidup ,charge lebey untuk cop sijil mati) 1 pusingan 50 peluru, boleh main sampai 4 round!! Mengikut kata responden 1 round dah pancit.So sementara menunggu adrenalin naik balik, boleh adekan sesi minum2 lepak2 sambil mendengar ceramah perdana pengalaman menjadi perajurit dari askar pancen komander Lalok.

Tarikh Perang: Ikut kelulusan PBB (perangai budak budak),bila2 kalian free, boleh runding.

Kelebihan: Jika anda menyimpan dendam dan rasa tak puas hati dengan rakan2 anda atau bekas rakan sekelas dan rakan rumah, inilah masanya, be gentle not turtle!
+ Boleh kumpul ramai2 + Ganti plan cuti + dah sep bajet daripada cuti.+ boleh bahan yob.



Sila Reply To All sama ada anda 'On Setuju' atau 'Off Bangkang' untuk kami menilai sejauh mana Keteluran anda. Kerjasama kalian amat dihargai.Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui email kepada suadara Daud sebagai Presiden Perang.

*Kalau ade name2 askar wataniah yang tertinggal sila rekemen.

Sekian terima kasih.










Prebet Bersara,
Sang Algojo.
<------ Semangat Ibu Pertiwi

Wednesday, July 15, 2009

Budiman


Cerita pasal hukum agama ni buat aku teringat kat kawan-kawan sewaktu di mrsm dulu. masa aku form 3 kami diajar pendidikan islam oleh seorang usatz yang bernama zaid. jadi kami panggil ustaz zaid. dah ajar pun agama mestila panggil ustaz kan. takkan nak panggil penggali kubur kot. ok la sambung bab agama balik. satu hari ni, ustaz zaid mengajar kami tentang hukum bersuci. dalam penerangan beliau, ustaz zaid pun bagi la contoh beserta soalan yang buat kami tertanya-tanya. kata ustaz, apa hukumnya jika kita mandi sungai dan ada seekor babi menyeberang sungai yang kita mandi? hah. korang kan pandai-pandai belaka. so apa hukumnya? patutkah kita samak seluruh badan kita? any answers??? jawapanya ialah tak payah. sebab sungai tu kan besar. dah lebih 2 kolah. jadi kita tak payah samak.

Atas soalan yang agak best beserta penerangan yang cukup menarik maka seorang pelajar yang juga merangkap sahabat aku bernama budiman terpanggil untuk membuka soalan baru. budiman ni orang kelate. tidak diketahui asal usul beliau dinamakan budiman, mungkin ibu bapanya nakkan seorang anak yang berbudi. mungkin.. jadi budiman ni pun mula la menyoal ustaz dengan soalan yang seakan-akan bodoh. lawak pun ada. soalannya berbunyi "ustaz.. apa hukumnya kalau saya mandi dalam sungai, lepas tu saya mandi sekali dengan babi. kan 2 kolah jadi tak perlu samak kan? betul tak ustaz?"

Ustaz zaid hanya tersenyum kemudian menjawab dengan penuh kasih. "dalam banyak-banyak penerangan saya hari ni. bab babi yang kamu minat? lepas tu teringin nak mandi dengan babi pulak? awat ang takmau mandi dengan gajah?". (ustaz zaid orang kedah) mula-mula suara ustaz zaid tenang je. lepas tu meninggi dan terus meninggi. sudahnya budiman dicerca dan dimaki oleh kami sekelas kerana soalan yang memang cam bangang. dan ustaz zaid hanya mampu menggeleng.

Thursday, July 9, 2009

Hukum Memakai Tali Leher Ketika Sembahyang


Sewaktu terik mentari membakar kulit. berjalanlah dua orang sahabat dari sekolah untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan Ali dan Azman berbual-bual tentang topik agama islam yang dipelajari oleh mereka sewaktu di sekolah.

Ali : Man, kau kan terer (pandai) bab-bab agama ini. lagipun baru tadi kita belajar tentang hukum sah dalam sembahyang.

Azman : Kenapa? ada benda yang kau musykil ke?

Ali : Ada kot. ermmm mengikut pandangan kau yang bijaksanan ni, apakah hukum untuk sesorang yang sembahyang dan memakai tali leher.

Azman : Hermmm.... Sah la. soalan ni pun kau nak tanya

Ali : Ishk kau ni biar betol. sah kau cakap. mana sah. malah HARAM!!

Azman : Haram?? mana kau belajar ni? mazhab mana kau ikot?

Ali : Cuba dengar soalan aku betul-betul. seseorang tu pakai tali leher. hanya tali leher, tak pakai seluar dan baju. mana sah. kan HARAM... Heheh

Azman : ...........

Tuesday, July 7, 2009

Isteri Kesayangan

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel tersebut. Dalam kebosanan dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Penang pula, seorang janda baru sahaja sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara atau teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama, si janda tersebut terus jatuh pengsan. Anak lelaki janda tersebut bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai sambil berbuih mulut dan tangannya menunjuk di skrin komputer. si anak yang kehairanan pun membaca mesej yang tentera di skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai sayang..

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Yang sentiasa merinduimu,
Abang Man

My Brute

Pernah main my brute?? game yang menggunakan aplikasi flash. skang ni aku memang obses ngn game nih. yang menariknya apabila tiba masa naik level tak sabar rasanya nak tengok watak yang kita cipta dapat senjata, binatang peliharaan atau skill baru. hero aku dah ada seekor serigala yang bagi aku memang banyak membantu. hebat tol serigala ni sampaikan hero aku tak payah susah-susah pukui musuh. semua dia sapu. yang menjadi masalah ialah apabila serigala ni dibunuh. hero aku bukan ada senjata. setakat kayu goku je. memang peratus untuk kalah adalah amat tinggi. tapi diingatkan serigala aku ni bukan calang-calang. dia pandai mengelak. nak tengok lebih dekat hero aku?? cuba korang usha image yang dipaparkan. Iklan. Tahukah anda apakah itu carta kekeluargaan? kalau anda tahu, sistem mybrute menggunakan carta ni. makna kata kalau seseorang itu ada serigala, chance untuk watak yang dicipta dibawah watak tersebut adalah tinggi. iaitu 50%. so kalau korang teringin nak mempunyai serigala yang comel macam aku. masukla bawah aku. http://mangkerai.mybrute.com/ cuba try test :)








Thursday, July 2, 2009

Kenapa Lalat Gosok Kaki??


Entry kali ni akan memaparkan perihal si lalat. binatang pengotor yang selalu mengundang kemarahan di kalangan manusia. aku juga tak terkecuali sering marah kalau ada lalat yang menghinggap makananku tambah-tambah ketika aku sedang berselera untuk makan. tapi dalam keadaan marah kadang-kadang timbul juga pertanyaan dalam diri ketika melihat makhluk kerdil ni menggosok-gosok kakinya sebelum menghinggap makanan yang tersedia. aku jadi pelik. antara persoalan yang bermain difikiranku ialah kenapa lalat harus menggosok kakinya. adakah ia seperti manusia yang kebiasaanya akan menggosok tangan mereka ketika melihat makanan yang sedap dan mewah tersaji di depan mata. atau lalat ini cuba membuang kotor di kakinya. ye la saban hari ia terbang dan hinggap di merat tempat termasuk najis dan sampah. untuk mengelakkan ia terkena kotoran di kakinya sebab itu ia gosok. pelik...

Apa yang hairannya lalat merupakan binatang yang pengotor. masakan ia mahu menghabiskan masa beberapa minit hanya untuk pastikan kakinya bersih. mustahil!! adakah ia tidak sabar-sabar untuk menjamah makanan yang tersedia dan mungkin mengalami risiko mati terkena kejutan elektrik. mungkin juga. walau apa pun sebabnya aku masih tertanya-tanya kenapa lalat harus menggosok kakinya. lalat bukanlah dicipta dengan sengaja. telah diingatkan oleh tuhan yang maha ESA setiap kejadian ada sebab dan musababnya. kemudian timbul pula persoalan di benak aku apa hukum kalau ada lalat terjatuh dalam minuman kita. mengikut pendapat ulama perihal lalat terjatuh di dalam minuman kita ialah:

Jikalau lalat terjatuh pada salah satu tempat minumanmu, hendaklah ditenggelamkan seluruh badan lalat itu ke dalam tempat minum tersebut, kemudian buanglah ke luar. Sebab pada salah satu sayapnya ada ubat dan pada sayap lainnya terdapat penyakit. HR Bukhari.

Jadi dirumuskan di sini kalau ada lalat yang terjatuh ke dalam minuman kita jangan segera dibuang. sebaliknya tenggelamkanlah seluruh badan lalat tersebut dan kemudian buangkannya kerana ada ubat dan penyakit di kedua sayapnya. jangan pulak dibantai minum air tersebut tanpa membuang lalat! renung-renugkanlah..