Sunday, November 29, 2009

ESM


Ape ESM tu? ESM tu membawa maksud Empowered Success Mastery. Ape kebenda ESM ni? Apa kaitan dia dengan aku. Sebenarnya 2 hari yang lepas iaitu sabtu dan ahad aku telah menghadirkan diri aku dalam kursus ESM ni. Semua yang attend kursus ni tak lain dan tak bukan terdiri dari bangsa cina dan india saja. Senang cita cuma aku sorang ja dak melayu. Tapi yang datang tu tak perasan sangat aku budak melayu sebab rambut aku kot. Lagipun kitorang speeking. Tapi kantoi gak sebab ada name tag. Ayat sama je bila aku start sembang ngan diorang "i thought u are chinese". Hish....

Program ni memang best sangat sebab aku dapat ramai kenalan dan belajar erti kerja berpasukan. Aku dah banyak masuk kem-kem/kursus motivasi dan kursus ni memang lain dari yang lain. Badan memang sakit-sakit sebab setiap kali masuk je room kami kena senaman ala menari pastu ada massage. Time makan sakit sikit sebab aku kena makan kat luar sedangkan lepa ni makan kat dalam. Siap 6 kali makan. Terliur gak tapi tak berani aku makan. Kena ada babs... NAYA!!

Paling aku syok time kursus ni ialah waktu penghabisan. Kitorang main satu game yang dikenali sebagi 'The One'. Perserta perlu lari ke depan dan meluahkan keazaman diri iaitu "I'm the best, I'm the greatest, I Will Succeed" sambil tu akan ada 2 orang akan menggangu kita meluahkan keazaman ni. Kita kena jerit sampai pengadil yang terdiri daripada 3 orang (sorang duduk atas kerusi, lagi dua duduk kat sisi) angkat tangan kata kita lulus. 2/3 vote sudah cukup melayakkan kita menang game ni. Memang penat menjerit pastu ada orang ganggu plak. Masuk round ketiga takdak sorang pun lulus lagi. Aku da mula pecah peluh.

Aku kuatkan semangat. Masuk round ketiga aku lari ke depan. Aku tak peduli suara-suara yang menggangu aku. Aku terus jerit tanpa hiraukan yang lain. Akhirnya aku jadi orang pertama lulus ujian. Tapi masih ada 27 rakan yang lain belum lulus. Naik atas stage aku terus bagi semangat kat yang lain-lain. Aku tengok muka lepa start siyes. Dah tak senyum-senyum lagi. Mesti lepa tercabar sebab aku lulus. Masuk round kelima ada 2 orang dah teman aku. Akhir lepas 3 jam ujian tu selesai. Ramai terima kasih kat aku sebab kata lepa aku bagi lepa semangat untuk lulus ujian ni. Aku senyum je.

Bila start testimonial lepa rakam video aku. Lepa tanya camna aku leh lulus ujian 'The One' Aku cakap kita ni kan ramai. Anggap kita ni kat atas sebuah kapal. Kalau kapal tu karam sorang kena survive. Untuk apa? Survivor ni akan bagi inspirasi kat lain-lain untuk terus hidup. Dan yang lain akan bersemangat untuk teruskan perjuangan. :)

Thursday, November 26, 2009

Bila Hati Dah Hilang Nur


Hari ni aku nak bgtau petikan/kata-kata yang selalu diberikan oleh golongan yang nur sudah hilang dari hatinya. Kira anak buah Azazil paling sejati lah. Bukan nak cakap aku ni baik atau beriman. Aku pun ada gak kekurangan. Tapi sama-samalah kita sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan dengan penuh kesabaran.

Kita = K
OHN = Orang Hilang Nur

K: Kenapa ko minum arak, arak kan haram
OHN: Mana ada haram. Arak haram kalau ia memabukkan. Aku minum tak mabuk pun, mana boleh haram
K: Haram Jadah

K: Kenapa ko tak semayang Jumaat minggu ni. Minggu lepas ko pergi
OHN: Gile ko. 3 kali tak semayang Jumaat berturut-turut leh gelap hati oo. Aku pergi selang sekali, so hati aku takleh hitam
K: .......

K: Kenapa ko tak puasa, adik aku tadika pun boleh puasa
OHN: Bagus la keluarga ko. Adik baru tadika dah puasa. Aku dari tadika sampai la dewasa tak pernah parents aku ajar aku puasa. Niat pun aku tak tahu. Tak niat tak leh puasa kan?

K: Kenapa ko tak sembahyang?Ko tahu tak semayang tu tiang agama
OHN: Eleh ko semayang pun tengok blue jugak. Semayang tak kusyuk la tu. Tuhan tak terima
K: Tengok blue memang salah. Tapi aku semayang untuk cover dosa aku. Ko tu dah la berdosa tengok blue, semayang pun taknak. Nak simpan dosa tu sampai tinggi gunung ke?

K: Ko tahu tak main blog ngan fesbuk ni melalaikan. Sampai kadang-kadang tertinggal yang wajib. Sunat jangan cakap la.
OHN: Ko cakap orang, ko tu buat tak? Ni asal main blog ngan fesbuk ni. Pergi solat cepat


Itulah antara petikan kata-kata dari sesetengah mereka yang dah hilang nur dari hatinya. Aku bukan nak ajar korang ayat ni untuk escape tapi renung-renungkanlah bersama. Salam mesra dari aku :)

Selesai Jua

Kini krisis telah pun berakhir. Tiada lagi muntah-muntah serta pening kepala. Namun blog ni akan tetap sunyi sampai umah aku masuk tenet. Skang ni aku men blog kat opis. Bijak tak aku? Hehe. Jangan isau walaupun kita jauh di mata namun tetap dekat di hati. Jumpa korang semua masa gath nanti. Terima kasih tak terhingga buat En Fhad selaku organiser merangkap ketua yang bertungkus lumus menjayakan apa yang dirancang. Naga akan berhibernasi sehingga gua yakni rumah beliau mempunyai jaringan komunikasi yang dikenali sebagai internet. Sekian. Calooo

Sunday, November 22, 2009

Krisis & Jiwa Kacau


Skang ni aku dilanda krisis. Krisis apa? Itu yang korang tak perlu tahu. Biarlah rahsia. Hanya mereka yang terdekat saja tahu perkara ni. Yang penting benda ni memang buat aku serabut, pening, muntah dan macam-macam lagi sindrom yang pelik-pelik. Buat masa ni blog ni akan jarang diupdate. Kepada mereka yang selalu follow blog aku tak kira la silent readers ke, silent hill ke, aku ucapkan ribuan terima kasih. Kepada mereka yang tak putus-putus klik nuffnang juga aku ucapkan jutaan terima kasih. Kalau aku tak sempat jengok blog korang balik maapkan ye. Nanti ada kesempatan aku akan terjah blog korang sambil mengetik nuffnang. Blog ni akan bersarang agak lama sehingga aku dapat menyetelkan krisis yang dimaksudkan. Tapi aku takkan berhenti berblog. Sekian....

Wednesday, November 18, 2009

Jemputan Kahwin

Aku dengan rasa rendah diri ingin menjemput sahabat taulan, rakan blogger dan sesiapa jua yang mengenali diri ini untuk ke majlis perkahwinan aku.. Eh bukan, abang aku. Kepada mereka yang tinggal berdekatan yakni penang, dijemput untuk turut sama memeriahkan majlis ini. Kad kawin ni aku design sendiri tu. Selain menunjukkan bakat aku yang terpadam aku nak ajak la korang datang kenduri ni. 2 in 1. ok tak?? Datang jangan tak datang.. :) Sila klik gambar untuk tumbesaran.




Monday, November 16, 2009

Mengubah Ikon Pada Pendrive

Anda mempunyai pendrive? Tak kisahla anda menggelarnya data traveler, flash drive mahupun jump drive. Yang penting ia adalah sebuah data simpanan yang mudah dibawa dan senang disimpan. Entry hari ni nak ajar anda mengubah ikon pada pendrive kesayangan anda. Sudah pasti pendrive anda juga comey seperti pendrive saya dimana anda menghiasnya dengan pakaian ala red indian ditambah dengan aksesori tali. Tapi itu hanya bersifat luaran. Apa yang berlaku bila pendrive anda memasuki pc atau laptop. Adakah ikonnya sama saja seperti ikon pada komputer anda? Ini sangat membosankan... Jom semak bagaimana mengubah penampilan pendrive anda dari segi luaran mahupun dalaman.

Apa yang anda perlukan:

* Usb Drive
* Icon image file (.ico) atau anda boleh download di sini jika nak ikon yang menarik Link

Cara nak buat:

1) Masukkan pendrive anda pada mana-mana pc atau laptop (pastikan tiada sebarang virus atau gambar tak senonoh anda di dalam pendrive tersebut)

2)Buat satu fail notepad dan taip

[autorun]
icon=(nama icon anda) . ico










3) Save notepad anda dengan nama autorun.inf

4) Masukkan icon yang telah anda download dari link yang disediakan. Pastikan nama ikon tadi sama dengan nama ikon dalam notepad anda

5) Anda boleh setkan icon dan notepad tadi sebagai hidden fail. Ini akan membuatkan anda kelihatan hebat di mata rakan- rakan

SELAMAT MENCUBA!!

Gambar ikon pada pendrive saya :)




Friday, November 13, 2009

Blogger Gathering.. Terkini!! Sila Baca Dengan Teliti


Message Dari Ketua Gath Fhad


KAWAN-KAWAN BLOGGIES MINTAK TOLONG SIKIT.. SILA BERI KERJASAMA PADA PIHAK PENGURUSAN BAGI TUJUAN GATHERING.. MINTA ANDA SEMUA COMFIRMKAN BALIK NAME KORNG SECEPAT MUNGKIN.. YG BETOL2 FREE PADA 19HB DEC SAHAJA DAN TANPA RAGU2 AKAN DILAYAN.. TARIKH LEWAT PEMBAYARAN ADALAH SELEWAT2NYA PADA 20HB NI SEBAB AKU TAW MANE2 YG KEJE GOBERMEN GAJI LAMBAT KUAR...


EMAIL AKU ADE MASALAH.. INBOX AKU RESET SENDIRI TADI MASE CHECK EMAIL KORNG.. SENARAI YANG LAMA ADE PADA AKU.. TAPI TU PUN ADE PERUBAHAN COZ ADE YANG WAS2 TENTANG TARIKH TERSEBUT.. SO X PAYAH EMAIL TRUS CALL JE

SILA DAFTAR NAME ANDA DI ENTRY INI... BAGI YANG NAK BAJU SAHAJA PUN LETAK KAT ENTRY JUGAK SEKALI NGN SAIZ BAJU DEKAT BAHAGIAN KOMEN... KERJASAMA ANDA SEMUA AMAT DIHARGAI.. BAGI YG MENGIKUTI GATH NI TOLONG WAT IKLAN SKIT KAT BLOG KORNG PASAL NI.. YANG BETOL2 COMFIRM NAK JOIN DAN BELI BAJU SAHAJA AKAN DILAYAN OK..

SEBARANG PERTANYAAN TERUS CALL AKU @ SMS AKU.. 013-2331027 AKU BIARKAN ENTRY NI SAMPAI ISNIN DEPAN.. LEPAS ISNIN SENARAI NAME YANG ADA KAT ENTRY NI SAHAJA AKAN DIPILIH.... SEKIAN =p

(weh no tipon korng xyah letak dalam ni.. kang kene kacau plak dengan orng gile sex.. letak email je sudah)

**bagi yang da bayar tuk gath dan baju aku ucapkan ribuan terima kasih.

Segala kesulitan hendaklah dirujuk kepada saudara Fhad. Arigato Gozaimas

Thursday, November 12, 2009

Suami Isteri Dan dot doy (18sx)

Tajuk tak boleh blah.. Tiada unsur ganas dan porno di sini ye. Kalau nak sila ke ruangan lain. Hehe


Petang itu, di sebuah tasik yang indah lagi permai, kelihatan sepasang kekasih yang sedang bermadu asmara. Mereka kelihatan begitu asyik menikmati keindahan Tasik Baikal


Si Awek : Abang... Abang sayang saya tak?
Si Pakwe : Awak ni.. Dah tentu la saya sayang..
Si Awek : Kalau saya jadi bulan awak nak jadi ape?
Si Pakwe : Saya nak jadi werewolf
Si Awek : Awak ni seram betol la. Nape awak nak jadi werewolf?
Si Pakwe : Awak tahukan werewolf hanya muncul bila bulan mengambang, maknanya tanpa bulan iaitu awak siapalah saya. Lagipun werewolf kan suka mengigit. Sama macam saye.
Si Awek : Awak ni nakal la..Hurm awak... Kalau saya jadi bunga plak awak nak jadi ape?
Si Pakwe : Kalau awak jadi bunga saya nak jadi tukang kebun
Si Awek : Tukang kebun?? Kenapa tukang kebun?
Si Pakwe : Ye la. Abis awak nak saya jadi kumbang? Kumbang ni kalau awak nak tahu, dia hisap madu. Awak nak saya ni kumbang yang hanya hisap madu? Pastu abis madu sepah dibuang. Nak macam tu?
Si Awek : Dah tentu saya taknak.
Si Pakwe : Abis tu.. Saya nak jadi tukang kebun bukan ape, awak tahu kan tukang kebun ni kerja dia jaga tumbuh-tumbuhan. So saya akan jaga awak sebagai bunga agar ia kembang dan cantik selalu

Si awek hanya tersenyum, tak sangka setiap kata-kata kekasihnya penuh makna. Walaupun tak romantik tapi ada benarnya dalam setiap bicara. Sambil itu mereka terus berjalan sambil berpegangan tangan. Tiba-tiba kaki si awek tersadung batu.

Si Awek : Aduh... sakitnya
Si Pakwe: Cis, tak guna punya batu. Abis cedera kaki awek aku. Si pakwe terus ambil batu tersebut dan dicampaknya ke dalam tasik.


Lima tahun berlalu, di sebuah tasik yang sama....

Kelihatan sepasang kekasih sedang berjalan. Kini si awek dan si pakwe sudah sah bergelar suami isteri. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 2 orang anak

Si Isteri: Abang.. Abang sayang saya tak?
Si Suami : Sayang la. Tu 2 orang tu, tak cukup ke bukti kasih sayang saya kat awak
Si Isteri: Erm... Abang.. Kalau saya jadi bulan awak nak jadi ape?
Si Suami : Awak ni buang tabiat ke? Dah elok-elok jadi manusia, nak jadi bulan. Tak payah nak berangan nak jadi bulan. Awak tu datang bulan ada la..
Si Isteri: Mencebik. Masih tak puas hati. Abang.. Kalau saya jadi bunga abang nak jadi ape?
Si suami : Nak jadi ape? Muka blur + marah
Si Isteri: Abang tak nak jadi tukang kebun?
Si Suami : La ilah dia ni, elok-elok saya kerja pengurus syarikat, awak nak saya jadi tukang kebun? Ape kejadahnya awak ni. Ke awak menaruh minat kat tukang kebun kita. Saya tengok bukan main mesra awak dengan dia. Awak ingat sikit.. Kuato saya ni belum cukup lagi. Ada kosong lagi 3 tempat

Si isteri mula tarik muka. Sambil tu mereka terus berjalan. Tiba-tiba kaki si isteri tersadung batu

Si Isteri: Aduh.. Sakitnya..
Si Suami : Awak ni kan.. Mata tu letak ke mana? Bila berjalan tu hati-hati la sikit. Tengok dah rosak batu kat tasik ni.
Si Isteri: .............

Moral of story: Anda komen la sendiri... (^^)


Wednesday, November 11, 2009

Panggilan Haji


Bulan haji telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah


Itu dia sedikit cebisan atau petikan lagu panggilan haji. Sempena bulan haji yang akan kunjung tiba, entry kali ni akan bercerita perihal berkaitan dengan Haji. Bukan Haji Basri atau cara menunaikan haji, tapi aku nak kongsi pengetahuan aku berkaitan Kaabah. Tempat kiblat bagi seluruh umat Islam. Untuk pengetahuan, Kaabah terletak di Masjidil Haram di Makkah. Menurut ahli akademik dan sejarahwan, Kaabah telah dibina semula antara 5 hingga 12 kali.

Apa uniknya Kaabah ni?? Cerita ni telah diceritakan oleh ustaz aku dan benda ni masih terngiang-ngiang kat telinga aku sampai sekarang. Pernah dulu ada golongan munafik mencabar ilmuan Islam dengan mengatakan Kaabah yang umat Islam sembah adalah sebuah berhala. Ini kerana Kaabah dibina daripada batu. Kata mereka Islam melarang penganutnya menyembah berhala sedangkan Kaabah juga merupakan sebuah berhala. Berat juga tomahan yang dilemparkan oleh golongan munafik ni. Ye la diorang akan kaji dan cuba cari kelemahan Islam. Rasanya apa jawapan yang diberikan oleh ilmuan ni?Kalau korang, korang nak jawab ape ye??

Jawapan yang diberikan oleh ilmuan ni cukup menarik dan menyentuh hati aku. Jawapanya ialah. "Kami umat Islam tidak pernah beranggapan Kaabah itu berhala bahkan kami tidak menyembahnya. Ia cuma menjadi garis panduan untuk umat Islam menunaikan Ibadah. Sebagai contoh jika kami di dalam kapal selam, kami tidak perlu mendongakkan kepala kami ke atas sedangkan Kaabah itu sendiri berada di atas tanah. Dan jika kami berada di dalam kapal terbang, kami tidak perlu menghadapkan muka kami ke lantai, sedangkan kapal terbang berada di udara dan Kaabah terletak di bawah. Bagaimana kamu mengatakan kami menyembah berhala sedangkan kami tidak pernah berbuat demikian".

Makna kata kalau kita betul-betul jadikan Kaabah tu tempat penyembahan, waktu dalam kapal selam kita kena dongak ke langit. Sebab kapal selam kan dalam air, Kaabah pulak kat atas darat. Bila kita atas kapal terbang, kita perlu tunduk ke lantai. Ye la Kaabah kan kat bawah masa tu, kita kat atas langit. Tapi kita tak buat kan? Itulah jawapan yang diberikan oleh ilmuan Islam tadi dan aku rasa jawapannya sudah cukup membuktikan bahawa Kaabah bukanlah berhala dan tempat umat Islam sembah. So korang rasa macam mana? Tepuk dada tanya selera..

Tuesday, November 10, 2009

Entry Ke-100!!

Waaaaaaaaa.... Entry aku da sampai tahap seratus tu. Tak sangka dalam aku dok merapu, merepek, meraban ni entry aku boleh cecah angka 100. Target aku nak entry aku cecah tahap 10000000000.. Ermm nak cakap berapa tu ha? Aku sendiri pun tak reti nak jawab. So sempena meraikan entry yang ke-100 ni aku nak bagi award kat follower serta mereka yang sentiasa menyokong blog aku. Tanpa korang siapalah aku. Ceh dah macam tajuk lagu pulak. So kepada peminat (chewah) serta follower sila ambik award nih. Sila beratur dan jangan berebut. Ingatlah orang yang tersayang. Aku dalam mood teruja lebih


Jemput ambik dan sila tempelkan di blog anda. Semoga naga ni boleh jadi perlindung kepada blog anda dari anasir jahat. Nges Nges (^ ^)


Monday, November 9, 2009

Mari Mewarna

Entry kali ni aku nak tunjuk hasil kreativiti aku mengaler (Betul ke ejaan ni. Rosak sungguh bahasa melayu aku). Lukisan yang lawa da bomb ni telah dilukis oleh En dakwat-merah. Kredit untuk dakwat-merah atas lukisan beliau yang lawa nih. Aku suka lukisan ni sebab tu aku amik dan warnakan. So apo laie... Cekkidaut.. Sila klik gambar untuk tumbesaran.

Lukisan Original
Lukisan yang telah dikaler

Sunday, November 8, 2009

Ko Biar Betul?

Ape yang betulnye? Ni hah.. Design terbaru baju untuk gathering nanti. Atas permintaan korang aku dah ubah betuk dan seni reka baju. Simple and easy. You named it, You got it!

Bahagian depan



Bahagian belakang

So kalau nakkan apa-apa perubahan, sila tinggalkan komen anda ye. Kalau nak ubah pape sila bgtau dengan kadar yang segera kerana saya tersangatlah busy buat masa skang. Adios amigos..

Tiada Lagi Ku Dengar Pulau Tioman

Kan hari tu aku ada ura-urakan yang aku akan ke Pulau Tioman. Sebenarnya aku dapat salah info. Tempat yang kitorang pergi bukan Pulau Tioman tapi Pulau Pangkor. Tak kisah lah janji dua-dua pulau. Dan yang penting FREE. So apa aku buat kat Pulau Pangkor tu?? Aku beli satay ikan dengan sotong. Trip kali ni berlansung selama 2 hari satu malam. Paling best masa kat Pangkor ni ialah company dinner. Bukan company aku ok, tapi company tourist kami. Diorang siap ada performance lagi. Terpikat kat queen malam tu nama anis. Oh anis..... Dah mula menggatal


Gambar ni bukan dari kamera 10.0 megapixel aku. Ini adalah ihsan dari internet. Hehe

Wednesday, November 4, 2009

Design Baju Gath 09

Aku dengan rasa penuh tawadukk dan ikhlas mempersembahkan design baju yang aku reka khas untuk blogger's gathering nanti. Sila tinggalkan komen atau cadangan anda di peti komen. Sebarang cacian dan maki hamun tidak akan dilayan. Peserta hendaklah meninggalkan komen dalam 25 patah perkataan. Hanya peserta yang memberi komen terbaik akan memenangi hadiah iaitu berupa cawan kaca tajaan kerajaan langit. Sekian. Ape aku merepek ni??





Sila klik gambarajah untuk tumbesaran


Tuesday, November 3, 2009

BLOGGER'S GATH 09

DATE : 19.12.2009
VENUE : GENTING THEME PARK (meet at KL SENTRAL)FEES : WILL BE CONFIRMED LATER
(included t-shirt and souvenirs)

so, pd rakan blogger yg berminat untuk menyertai gathering ni, leh la bg info anda ke fhadlow86@yahoo.com @ oya_88@yahoo.com sila bg maklumat seperti yg dinyatakan di bawah :

nama :
url blog :
emel :
ym :
no fon :

kepada kawan2 blogger diharapkan dapat menghebahkan pd rakan2 blogger yg lain mengenai gathering blogger ini supaya lebih ramai blogger yg akan turut serta bagi memeriahkn lg gathering kita pd hari tersebut.... Ajak kawan2 ok!!!

Sampainya Hatimu


"Aku bunuh jugak kau Wati" petang itu rumah Mak Lijah digegarkan dengan jerit pekik Tapa. Suaranya bergema seisi rumah seolah-olah halilintar memanah bumi. Tapa jadi bengang, kesal dan hampa setelah pinangannya ditolak oleh Wati. Tidak disangka hubungan mereka berbelas tahun akhirnya diakhiri dengan kecurangan Wati. Sanggup Wati memilih Zack iaitu kawan Tapa sedangkan perkenalan mereka tak sampai 2 tahun. Itupun selepas Tapa memperkenalkan mereka berdua. Hajat dihati mahu Zack tahu siapa bakal isterinya. Tapi lain pulak jadinya. Ini la dinamakan "Harapkan pagar, pagar makan padi". "Harapkan kawan, kawan memusnahkan diri"

Tapa jadi gelisah. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Hatinya begitu panas sekali apabila pinangannya ditolak oleh keluarga Wati. Alasan mereka Wati lebih bahagia kalau bersama Zack. Dalam keadaan marah terselit perasaan kesal dan sedih dalam diri Tapa. Dia tahu menilai diri. Sebagai pekerja operator pengeluaran memang dia tidak mampu menandingi sahabatnya Zack yang bekerja sebagai Supervisor. Tetapi percayalah Tapa mampu memberi kasih sayang yang tidak terhingga dan melebihi harta yang diberi oleh Zack. Tetapi apakan daya,orang tua Wati lebih mementingkan wang ringgit dari kasih sayang.

Setelah lama mundar-mandir di rumah, Tapa akhirnya berhenti. Ibunya, Mak Lijah berasa lega setelah melihat Zack kembali tenang. Namun sangkaan Mat Lijah ternyata meleset sekali apabila Tapa mengasah parang. Sambil asah, Tapa menyumpah nama Zack dan Wati. Kecut perut Mak Lijah melihat perlakuan Tapa. Dia cuba menenangkan Tapa sambil memujuk beliau supaya tidak bertindak terburu-buru. Ternyata usahanya tidak berhasil. "Diorang belum kenal lagi sapa Tapa, kita ni ada darah keturunan ninja. Ni Ninja Tapa la. Berani diorang sakitkan hati saya mak" ujar Tapa ketika ibunya cuba memujuk.

Sebentar kemudian dengan pakaian gelap ala ninja bersama parang dibelakang, Tapa lesap dalam kegelapan malam. Mak Lijah hanya berdoa supaya tidak ada perkara buruk yang berlaku. Selepas 4 jam menanti, akhirnya Tapa pulang dengan setin biskut merry ditangan. Ibunya yang agak hairan bertanya apakah yang telah berlaku. Dalam nada puas Tapa memberitahu ibunya. "Tapa dan koyakkan baju kesayangan Wati, Tapa guna parang ni la. Lepas tu Tapa ugut Zack serahkan tin biskut ni. Tapa tahu diorang sayangkan benda ni. Biar diorang rasa macam mana kehilangan benda kesayangan." Mak Lijah hanya terlopong mendengar penjelasan Tapa. Dalam diam dia hanya mampu menggelengkan kepala.

Sunday, November 1, 2009

Aku Masih Di Sini


Aku masih terlekat kat KL skang ni. Dah lupa jalan balik penang kot. Hehe. Sebenarnya aku datang jumpe kawan blogger. Tambahkan komuniti. Kali ni aku dapat jumpe effa, fhad ngan ian. Diorang ni memang sporting abis. Seronok dapat kenal korang. Banyak topik yang kami sembang termasukla perancangan nak gathering di Genting. Follower atau member yang rasa berminat nak join dipaksa mendaftarkan diri di blog fhad. Sila klik link yang disediakan. Jika kurang mahir minta bantuan dari orang yang lebih dewasa. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas semasa melakukan aktiviti. Aku management ni tak bape pandai. Hee. Perpun memang enjoy abis la jumpa geng blogger nih. Bila lagi nak tambahkan kawan-kawan. Time keja ni lagi susah. So kalau ada peluang, just grab it. Aku harap leh jumpa ramai lagi kawan pasni. Hope rancangan gathering tu akan berjaya. SUKSESS. Aku?? Aku masih di KL...