Thursday, June 4, 2009

Tua Ketaq!!

Bila sebut pasai tua ketaq ni, aku jadi marah, kadang-kadang emosi aku bercelaru. pernah aku muntah-muntah bila dengar perkataan ni. bukan apa, aku pantang dengar perkataan tua apatah lagi ketaq.. semua ni membuatkan aku teringat kejadian yang menimpa aku ketika aku masih lagi student UTeM. UTeM ni kalau korang nak tahu, terletak di Ayer Keroh, Melaka. so memandangkan aku pure penang, untuk ke melaka aku terpaksa naik bas. selalunya aku lebih gemar menaiki bas yg berjenama Mayang Sari. Entah apa malang hari tu (selalu pun aku memang malang kalau dpt partner dalam bas) partner aku merupakan seorang nenek cina yang tua.. sebenarnya aku tak kisah sangat. bila start naik bas dia mula berbual. aku layan je. tapi masalah mula timbul bila dia tak berhenti cakap.. dah la aku kadang-kadang tak faham apa yang dia cuba sampaikan. mata yang mengantuk ni pun tak boley nak layan. asal aku terlelap je dia mesti gerak.. suro aku bangun dan borak ngan dia.. dia tak boley tido sebab 1st time naik bas.. arghhh tua ketaq ni (bisik aku lam ati) jiwa aku meronta-ronta.. da la topik yang dibicarakan tak best lansung. topik ntah apa-apa. pasal burung nuri kat rumah dia la, ikan koi dia yang pandai la.. bosan2.. perjalanan 6 jam rasa macam 6 hari.. dalam melayan kerenah dia, aku fikir macam-macam idea untuk lepaskan diri. aku buat-buat menguap la, tapi dia macam tak paham. adei.. bila la tua ketaq ni nak lena.. akhirnya hajat aku termakbul jgk, punya la seronok rasa macam nak lompat je dalam bas tu.. kesempatan tu aku amik dengan cepat-cepat menidurkan diri. tapi tak sampai 10 minit bas da sampai melaka. punya la hangin satu badan.. atas kerana rasa marah aku tak kejutkan nenek tu.. aku terus chow sambil memaki hamun dalam diri sendiri.. biar dia kena hantar balik penang.. padan muka kau TUA KETAQ!!

No comments:

Post a Comment