Friday, March 11, 2011

Kau Tahu??

Salam semua pembaca ....


Kau tahu kenapa aku tak update blog?
Kau tahu ke mana aku menghilang selama ni?
Kau tahu apa arah tujuan aku untuk tahun 2011?
Kau tahu tak semalam Jepun kena tsunami?

Ha itu antara contoh soalan yang boleh korang ajukan kat blog aku ni. Hidup aku sekarang lebih senang berdepan dengan manusia, realiti dari bersembunyi di belakang keyboard, alam fantasi. Aku lebih sukakan realiti dari bersusah payah mencari publisiti dan bekarya. Bukan cuba menyembunyikan diri, tetapi tangan ni hampir kaku, otak jadi beku bila aku mula masuk blog aku sendiri. Idea yang mencurah-curah semakin pudar dan hilang tatkala aku berdepan dengan PC sendiri. Sudah tuakah aku? Rasanya aku baru 26 tahun. Masih muda remaja. Yang penting aku sukakan kehidupan aku sekarang. Harap semua blogger di luar sana sihat dan ceria. Cukup sampai sini dulu entry aku. Aku cuba mengumpul semangat dalam mengolah entry yang baru. Salam

Monday, December 13, 2010

Puncak Mutiara Cafe

Apa la nak jadi dengan aku. Dah bertahun aku tak update blog ni. (bertahun dah ke?). Tak kisah la berapa lama pun, tapi aku rasa ada la dekat 2 bulan aku tak update. Jenguk tu ada, tapi aku takde feel nak update. Pudar je perasaan aku. Masuk dashboard je kepala aku kosong. Tak tahu nak tulis ape. Pastu aku log out, pergi terjah blog orang lain. Sekarang aku lebih kepada membaca dari menulis.

Baru-baru ni aku pergi makan kat Puncak Mutiara Cafe yang terletak di Kampung Pelet, Penanti, Bukit Mertajam. Sepanjang hidup aku, baru aku tau kat Penang ni ada makanan eksotik. Yang paling memeranjatkan (ayat skima), tempat tu dekat je dengan umah kawan perempuan aku. Kawan yang aku selalu kuar g shopping dan jogging. Damn. Tempat tu memang menarik. Tapi yang lawaknya guna GPS pun sesat sebab kena naik bukit.

Sebelum bertolak, aku bercadang nak makan landak, yang adik aku dengan saudara aku pulak bercadang nak makan tupai dengan biawak. Biawak mana boleh makan. Gila betol. Bila dah sampai, hati aku memang terpikat abis kat tempat tu. Tempat tu macam perkampungan bunian. Walaupun aku tak pernah pergi kampung bunian, tapi aku tau sebab kampung bunian selalu masuk tv. Siyes aku suka lokasi dan pencahayaan yang ada kat situ.

Sampai je kat tempat kejadian, aku tanpa segan silu terus order landak masak merah. Mamat yang amik order tu sengih kat aku sambil bgtau yang landak tak termasuk dalam dalam senarai. Seingat aku, kat situ kita boleh order kijang, burung unta, arnab, kambing, ayam piru, ayam dan macam-macam lagi. Tupai, landak, biawak tak masuk dalam senarai. Jadi kami pun order la arnab saleem (aku pun tak ingat nama dia), rusa grill, ayam masala, satay burung unta. Sebagai pencuci mulut, kami order iceberg kacang, susu kambing mutiara dan sirap PMI. Aku pun tak pasti maksud PMI ni. Rasanya perdana menteri india kot. Hahah. Lucu di situ.

Ahhh.. Malas aku nak taip panjang-panjang. Korang bukan baca sampai abis pun. Lagipun aku kan dah bgtau sebelum ni. Aku nak jadi pembaca, bukan penulis. Keke.. Jom layan gambar aku kat Puncak Mutiara Cafe. Sila klik untuk tumbesaran



Puncak Mutiara Cafe


Pembaham


Juadah untuk dibaham


Ayam Massala


Kambing Grill


Arnab Saleem


Pembaham 2


Satay ostrich

Amacam? Ada bran nak turun penang ikot serta aku pergi Puncak Mutiara ni? Kalau korang datang penang, roger la aku. Boleh kita try pergi tempat ni. Makanan dia memang sedap dan harga dia standard. Berbaloi-baloi bak kata AMY SEARCH

Tuesday, October 26, 2010

2 Kali

Lelaki kalau kumpul ramai-ramai mesti sembang pasal gadis. Tak sah kalau geng lelaki yang berjumpa tak bercerita perihal gadis. Kalau tak sembang, korang mungkin dari spesis arbok atau GAY atau geng imam muda. Maaf aku tergolong dalam lelaki yang disebutkan sebelum ni. (geng sembang pasal gadis). Sembang-sembang ni selalunya berkaitan raut wajah gadis tersebut. Tapi bukan tu je, lelaki lebih kerap berbicara pasal tubuh gadis. Body mashuk, toit, mesti mari adalah antara ungkapan yang biasa digunakan oleh kawan-kawan aku untuk menggambarkan tahap tubuh seseorang gadis. Entry kali ni aku nak cerita pasal tubuh cerita lawak yang berlaku bila geng lelaki berkumpul. Ok aku ada di tempat kejadian

Si Polan A: Wei hang tengok awek tu. Body masyuk. Dia punya barang, ranum tu, dah elok dipetik.

Si Polan B: Mesti mari!

Aku: Wei ang tengok yang mana? Yang pakai skirt tu ka? Tu bapok la

Si Polan A: Nak haram, memang bapok la. Awat dia pakai baju ketat-ketat macam tu. Hilang nafsu aku. Haramjat

Si Polan B: Puih. Bapok sey!

Lepas abis cuci mata dan beli barang keperluan kat pasaraya.......


Si Polan A: Ha yang ni baru betoi. Toit gila babi. Peha putih gebu

Aku: La.. tu bapok tadi

Si Polan A & B: .............................................



Sunday, October 17, 2010

Dasar Pemalas

Salam muhibah, salam 1 Malaysia. Lama jugak aku tinggalkan blog ni. Kesian dia. Mesti dah berhabuk, bersawang, berpenunggu. Tak kisah la 'ber' apa pun. Yang penting blog ni tak mati udah le. Bukan apa. Aku sedang menikmati dunia sebenar. Yang nyata lebih gembira, lebih syok, lebih masyuk dari dunia alam maya.

Minggu lepas aku pergi Bukit Merah bersama yang tersayang dan rakan-rakan. Bukit Merah dah tak macam dulu. Sesuai untuk budak-budak sekolah tahun 6 je. Banyak permainan dah tutup. Ada sebab lain aku jarang update. Aku busy dengan kehidupan duniawi. Ahaha. Akhirat tak dilupakan. Kadang-kadang ada orang antar pc kat umah aku untuk di'repair'.

Terbaru, ada sorang akak sedara mintak tolong aku design kad kahwin untuk dia. Dia nak design hiam putih. Nak tengok? Korang usha la kat attachment di bawah. Ceh bahasa nak skema. Cam haram. Dan paling terbaru, aku dah potong rambut. Aku nak apply cikgu la. Rindu nak mengajar. Doakan aku ye wahai kawan-kawan. Orang cakap 40 kali sebut jadi betul. Kalau semua geng blogger kumpul dan doakan aku, insyallah impian akan menjadi kenyataan. Perpun jom layan kad kawin dulu. Cekidaud........



Depan. Sila klik untuk tumbesaran


Belakang


Saturday, October 2, 2010

Sedih sangat (>.<)

Kalau korang baca entry aku sebelum ni, korang mesti tahu kisah si putih. Dan hari ni aku kehilangan abangya plak. Gemok. Dia masih sihat dan ceria sebelum aku kuar pergi kerja. Bila sampai opis arini, dalam pukul 7.30pm camtu, adik pompuan aku message. Gemok dah pergi sebab excident. Aku speechless. Tak tahu nak cakap apa. Aku call adik aku, dia menangis. Memang kami semua sayangkan gemok. Skang ni aku betol-betol sedih. Sedih rasa macam putus cinta T_T

...............................

Wednesday, September 29, 2010

Design Baju

Ada sorang kawan aku ni, mintak tolong design baju untuk budak-budak hingusan. Eh silap, budak-budak sekolah. Rasanya kalau sebut pasal sekolah ni mesti ada kaitan dengan buku dan ilmu kan? So aku design la satu baju berkaitan buku & ilmu pengetahuan. Aku rasa tema ni tepat la dengan budak-budak sekolah. Tak tahu pulak kalau budak-budak sekolah sekarang ada kaitan dengan rokok atau rempit. Kalau ada, nanti aku design baju rempit plak. Hehe. So apo laie, jom cekidaud: (Sila klik gambar untuk tumbesaran)



Design depan.





Design belakang


Ha. Apa pendapat korang? Komen la sikit...............................................


Monday, September 27, 2010

We Will Miss You

Putih dilahirkan tak sempurna macam kanak-kanak lain. Sejak lahir putih dijangkiti selsema yang tak sudah-sudah. Namun putih tetap tabah. Kata orang malang tak berbau, ketika berumur 2 tahun putih ditimpa kemalangan. Ini meyebabkan sebelah kakinya tempang. Namun putih masih tabah. Dia masih meneruskan kehidupan tanpa pernah mengeluh.

Memang kami sedikit memilih kasih. Abang putih dibenarkan untuk tidur bersama kami. Sedangkan putih kadang-kadang tidur di ruang tamu. Dan kadang-kadang terpaksa bermalam di luar. Ketika di bulan puasa pun, hanya si abang saja yang dapat makanan lazat, sedangkan putih hanya mendapat sisa. Tapi putih tak pernah merungut. Dia tak pernah memilih makan.

Hari ini keluarga aku benar-benar terasa kehilangan. Putih sudah tiada lagi di sisi kami. Putih jarang keluar rumah. Entah kenapa, hari ni putih bersikap luar biasa. Dia keluar bermain di luar. Dan kesudahannya putih mati dilanggar kereta. Patutlah pagi tadi sebelum keluar rumah, aku lihat putih sayup memandang aku. Tak ku sangka rupanya itu kali terakhir aku melihat putih.

Putih.. kami tahu kamu tak dapat bersama kami lagi. Aku harap kau tetap tabah. Harap kita akan bertemu lagi. Aku tahu kau pasti masuk syurga kerana kau tak pernah melakukan dosa. Harap kau bahagia di alam baru. We will Miss You.


Putih dalam kenangan 2009 - 2010.



Tuesday, September 21, 2010

Raya Sakan

Ha... I'm back setelah lama menyepi. Maklumla raya kan sebulan. So aku manfaat sepenuhnya raya tahun ni. So amacam raya korang? Best ke? Dan sebagai soalan berbaur pergaduhan, aku nak tanya korang. Macam mana berat badan? Naik tak? Jangan tipu la kalau korang cakap turun sebab puasa. Raya je korang dah bahan 3 batang lemang. Kalau berat badan tak naik tipu le. Entry kali ni aku nak jamu nafsu korang dengan melihat gambar aku sempena uli-uli aidifitri tahun 2010. Cekidaud. Sila jangan bawak gambar aku pergi bomoh ok. :p



Sesi pertama. Pergi beli baju raya. Tengok takde pun beg plastik kat tangan kami. Pelik bukan? Bukan apa. Kami mengamalkan hari tanpa plastik setiap hari. Untuk menjaga kebersihan Pulau Pinang.



Aku bercadang nak pakai baju raya macam ni tahun ni. Tapi aku takut kena bambu dengan orang kampung plak.



Hari raya pertama disambut di kedai snooker. Hebat bukan? Bersalam dengan apek dan saling bermaaf-maafan antara bangla penjaga batang que



So gambar di atas aku tipu je. Mana boleh sambut raya kat kedai snooker. Nampak sangat kejahilan di situ. Raya pertama di rumah aku.



Di rumah mak cik yang anak gadisnya tak sudah-sudah senyum kat kami. Rumah yang setiap tahun dikunjungi. Selagi anak gadis belum bersuami.




Tak sah kalau takde posing maut time raya ni. Cantik tak lokasi pergambaran siap ada sungai kat sebelah. Memang tip top bukan?



Lagi posing selekoh maut. Gaya artis macam ni boleh menggugat iman korang tak wahai gadis-gadis comel di luar sana?



Ok ni gambar solo aku. Aku tau aku kacak berbaju Melayu. Sila jangan puji aku lebih-lebih. Dah banyak sangat perkataan hensem aku terima sepanjang bulan Syawal. Korang rasa gambar macam ni boleh jadi calon menantu tak?

Tuesday, September 7, 2010

Tag Sebelum Raya

Dah lama aku tak kena tag ni. Best jugak kalau kena tag sekali sekala. Bukan apa, membuktikan masih ada orang yang singgah blog aku. So tag kali datangnya dari Wanda. Saya cuba jawab sebaik mungkin ye cik wanda. ^^


1) SECARA JUJUR, APA PERISTIWA PALING GEMBIRA PERNAH MENYENTAP KE DALAM HATI ANDA PADA TAHUN LEPAS?

1st time hari raya dapat makan lamb chop. Kat umah kawan adik aku. Mana nak dapat lamb chop di pagi raya. Terasa kewesteran di situ.

2) SECARA JUJUR, SIAPA YANG SENTIASA BERADA DI DALAM HATI ANDA SELAIN IBU BAPA DAN KELUARGA?

Kawan-kawan tersayang, nabi junjungan

3) SECARA JUJUR, SEBUTKAN KENAPA ANDA MENULIS BLOG?

Saja suka-suka. Kalau boleh nak dapat lebih ramai kenalan. Boleh kongsi info dan idea

4) SECARA JUJUR, ADAKAH ANDA RASA DIRI ANDA BERHARGA?

Tentulah beharga. Nak order ayam pun ada harga. Inikan diri sendiri. Ayat jahanam di situ

5) SECARA JUJUR, APA CITA-CITA ANDA TIME KECIK2 DULU?

Berapa kali jujur da. Ingat aku suka tipu ke. Ok lari dari tajuk. Cita-cita nak jadi cikgu. Sampai sekarang masih menyimpan niat untuk jadi pendidik

6) SECARA JUJUR, SIAPA YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN ANDA UNTUK DI TAG SEKARANG? SEBUT 5.

Apa barang 5. Bagi 100 terus. Sapa-sapa je la yang ada masa. Rasa rajin. Rasa kacak. Rasa comey dijemput untuk buat tag ni ^^

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin. Terimalah kad yang tak seberapa ni dari aku ikhlas untuk korang. Nak antar kad betul alamat tak tau. So e-kad nilah jadi pengganti. Dam Dam Dum... Kad ni ditujukan kepada semua rakan blogger tak kira jauh atau dekat. Follower serta semua yang mengenali diri ini. Chewah :)


P/S: Walaupun kad ni bukan kad yang korang boleh pegang atau dipos oleh abang posmen sambil ada tulisan dekat sampul Tima kaseh abang posmen. Tapi e-kad ni aku design sendiri tau. Mana nak dapat. Ha rasa sentimental tak di situ?

Thursday, September 2, 2010

Dah Dekat Dah

Hurm sedar tak sedar tinggal bape hari lagi je nak raya. Kat kampung aku tak start kemeriahan lagi. Pelita pun tak nampak dipasang. Bunyi mercun pun tak kedengaran. Haish tahun ni orang tak sambut raya ke? Awal lagi. Orang nak betul-betul raya baru main mercun. Bgtau kawan aku sambil kunyah karipap. Ye ye je. Skang ni tak betul-betul nak raya ke?

Pukul 11 malam dah gelap gelita. Semua pakat tido awal. Pelik.. Semua nak bangun sahur awal kot. Bagus la macam tu. Cuma mana pelita, lampu lip lap, bunyi mercun bola, mercun naga? Kena tunggu anak saudara pakat turun kampung dulu kot, baru meriah. Ok aku jangka hari sabtu ni start kemeriahan. Sebab apa? Sebab semua ahli kanoha akan turun padang.


Semalam aku berbuka makan benda alah ni. Baliniese. OK memang sedap


P/S: Dalam proses buat kad raya guna adobe photo

Saturday, August 28, 2010

Delete recent play list from Window Media Player


Ok tajuk tu memang gempak kan? So entry kali ni aku nak ajar korang delete play list yang ada kat window media player korang. Memang menjadi kemaluan bila pc korang digunakan oleh rakan-rakan yang tidak bermoral. Macam mana dikatakan tidak bermoral nih? Ye la korang bagi pinjam buat assignment, dia pakat bawak masuk geng usha cerita blue. Kan tak bermoral tu. Korang pulak tak sedar perkara ni berlaku, dan kantoi bila pc/laptop ni dibawa pulang ke rumah

Walaupun korang tak buat, tapi bukti ada di play list korang. So macam mana? Jangan risau. Dragonail sedia membantu. Caranya mudah saja. Bahkan makan kacang goreng pun lagi susah. Kena kopek kulit dan sebagainya. Jom semak cara mudah ni

1) Anda pergi kat start (benda kat bawah belah kiri tu. Warna hijau Ada tulis S.T.A.R.T.

2) Klik benda alah tu.


3) Pergi 'run'. Bukan suruh korang jogging ye..


4) Bila anda klik butang 'run' tu, akan keluar satu ruang untuk anda masukkan sesuatu.


5) Masukkan perkataan regedit pada ruang tersebut.


6) Anda akan dipaparkan satu slide yang bertajuk Registry Editor.


7) Dekat situ anda boleh nampak ada my computer dan di bawahnya ada
  • HK_CLASSES_ROOT
  • HK_LOCAL_MACHINE
  • HK_USERS
  • HK_CURRENT_CONFIG
8) Jangan gelabah babun. Apa yang anda perlu buat cumalah mengelik HKEY_CURRENT_USER\ Software\ Microsoft\ MediaPlayer\ Player\ RecentFileList

9) Delete mana-mana file tak berkenaan. Ia berkesan untuk Window Media Player ver. 7 ke atas

10) Tutup Registry Editor anda. Play list akan sentiasa re-create setiap kali anda membuka fail pada Window Media Player. So rajin-rajin la korang check supaya anda tidak kantoi.


Akhir kata selamat mencuba. Jangan korang plak yang buat kegiatan tak bermoral dan sorok benda alah ni. Hempuk kang

Tuesday, August 24, 2010

Sakan

Orang kata raya hanya setahun sekali.. Tiap-tiap tahun aku raya baju sama je. Baju melayu yang sama dipakai berulang-ulang kali sampai warna putih pun dah bertukar jadi kelabu. Tahun ni kehidupan aku agak stabil. So dengan rasa syukur dan tawwaduk aku dah awal-awal pergi baju raya semalam. Tahun ni aku amik tema oren. Sesuai dengan jiwa aku yang sentimental dan sweet. Hehe. Jom layan koleksi raya aku tahun ni. Ha korang pulak macam mane? Dah dah beli baju raya belom?


Baju melayu yang plain tapi ada sedikit corak bunga. Ni nak buat baju kahwin pun ok jugak ni







Raya takkan meriah kalau pakai kasut takde jenama. Paul Smith menjadi pilihan. Baru la boleh beraya sakan. Gabungan warna gothik hitam merah macam kumpulan my chemical romance. Kena sangat dengan aku yang ada rupa penyanyi vokal kumpulan tu. Ok jangan baling selipar jamban tu


Akhir kata, terimalah serangkap pantun:

Buah limau,
Bunga kantan,
Puasa takmau,
Raya sakan


Friday, August 20, 2010

My Pet Part 2


Ok macam aku cakap sebelum ni.. Entry kali ni aku nak bagtau soalan-soalan yang selalu ditanya oleh orang ramai masa aku tunjuk iguana a.k.a Draco aku. Soalan-soalan ini telah diubah suai sedikit sebanyak supaya menambahkan lagi keghairahan anda untuk membaca. Apa lagi jom semak..

1) S: Iguana ni selalunya makan apa?

J: Iguana orang lain aku tak tahu, tapi iguana aku, kami bagi dia makan bijrin, sawi dan kangkung. Bukan kongkang ye. Kongkang tu ular boa je yang makan

2) S: Iguana ni gigit orang tak?

J: Tentulah dia gigit. Buktinya mak aku pernah kena gigit ketika beliau sibuk menjemur pakaian

3) S: Iguana ni kalau gigt berdarah tak? Batal puasa tak kalau kena gigit dengan dia

J: Dah kena gigit tentula berdarah. Ape ingat gigitan cinta ke, tinggal kesan je. Perkara yang membatalkan puasa ialah keluar haid atau nifas. Jika tangan anda berdarah digigit iguana maka puasa anda tidak batal. Lagipun bukan dengan sengaja. So jangan banyak alasan ye.

4) S: Bisa tak gigitan seekor iguana?

J: Yang berbisa tu biawak komodo. Ni iguana ye. So xde bisa. Bukti? Mak aku sihat je sampai sekarang

5) S: Di manakah habitat sebenar bagi seekor iguana?

J: Okay macam haiwan lain, iguana jugak ada banyak spesis. Spesis iguana aku dari golongan green iguana atau nama saintifiknya Iguana iguana . Sila rujuk info untuk maklumat pasal iguana. So Ian aku tak buat lawak pasal nama saintifik iguana ni. Hehe. Berbalik pada soalan asal, iguana aku spesis yang tinggal di perairan pantai. Berdekatan dengan kawasan berbatu.


6) S: Senang tak nak jaga iguana ni?

J: Senang je. Yang penting korang jaga makan minum dia. Iguana bukan binatang yang cerewet.


7) S: Iguana ni puasa tak? Bak kata fnd

J: Dah nama pun binatang. tentu-tentu tak puasa. Kita ni yang manusia janganla ikut perangia binatang ye. Sedikit usrah ehsan dari lebai kampung aku.


Akhir kata sayangilah haiwan peliharaan anda kerana ia juga makhluk yang punyai perasaan. Jaga dan layanilah mereka dengan baik seperti mana anda mahu dilayan oleh orang lain. Sekian

Friday, August 13, 2010

My Pet

Apa yang korang bayangkan bila masuk blog dengan tajuk yang berbunyi seperti di atas? Tentu dalam kepala hotak korang akan terbayang wajah-wajah comey si kitty. Si tikus hamster yang pandai makan dan bersenam. Si arnab yang telinganya panjang dan turun ke bawah. Dan tak lupa landak kuning seperti yang dipelihara oleh encik siggplus *(betol ke landak? aku main cakap je). So binatang apa yang sesuai untuk aku yang ganas ni. Tengok nama blog aku la, Dragonail. Binatang peliharaan aku pun tentulah bukan calang - calang punya. Mesti memenuhi citarasa tuan yang berklas tinggi. Tu dia perasan nak mampos. Sebelum korang lempar aku dengan objek aneh dan keras jom semak binatang peliharaan aku. Cekidaud..








So korang nampak tak binatang yang tersadai tu? Jangan buat-buat tak nampak pulak. Kurang pahala puasa untuk mereka yang menipu. Binatang ni bukan biawak komodo ok. Nama dia iguana. Atau nama saitifiknya Iguana iguana (bukan aku reka, dah nama dia macam tu. Sumber sahih dari wikipedia). Dah macam guano-guano plak. Apa-apa pun Iguana ni dah lama jadi binatang peliharaan kami sekeluarga. Ada lam 4 tahun. Aku bagi nama dia Drako. Entry lepas ni aku nak bgtau soalan yang selalu dikemukan bila aku tunjuk gambar binatang peliharaan aku ni kat orang. Korang pun ada soalan? Tanya la kat ruang komen :)

Friday, August 6, 2010

Penunggu Kampung


"Encik ada duit tak? dah 3 hari saya tak makan". Suara itu memecah keheningan malam. Mahmud yang ketika itu sedang leka bersms dengan aweknya agak terkejut. Dilihatnya di luar kereta, seorang lelaki separuh umur dengan pakaian yang compang-camping sedang berdiri sambil tangannya menghulur meminta belas ihsan. Bau yang kurang enak dari lelaki miskin itu memaksa Mahmud menutup hidung. Dia segera melaraskan butang penyaman udara ke tahap tinggi

Tanpa membuka pintu dan cermin kereta, Mahmud membuat isyarat supaya orang tua itu beredar. Namun orang tua itu tidak berganjak. Seolah-olah tidak memahami bahasa isyarat yang digunakan oleh Mahmud. Hati dia jadi panas. Dahla busuk. Tak paham bahasa pulak orang tua nih, bingkas hati Mahmud. Dia segera membuka pintu kereta dan bertemu orang tua itu.

Orang tua tadi, tanpa sebarang keraguan melemparkan senyuman ketika Mahmud keluar dari kereta mahalnya. "Tolong pak cik nak, pak cik lapar... Dah 3 hari pak cik tak makan" orang tua itu mengulangi kata-katanya dengan harapan Mahmud akan membantu. Malang nasib orang tu itu, sudahlah tidak ditolong malah dia ditolak oleh Mahmud. Jatuh tersungkur dia di bahu jalan. Bajunya yang kotor itu terkoyak sedikit. Ada kesan darah di sikunya.

Mahmud tak peduli, selepas berkelakuan kasar, dia segera memasuki kereta BMWnya. Sambil menghidupkan enjin dia memaki hamun orang tua itu dalam hati. "Aku ingat kat bandar je ada pengemis, kat kampung pun ada. Menyusahkan orang betul!" Mahmud segera beredar dari kawasan itu sambil mulutnya tak habis-habis menyumpah orang tua malang tadi.

Tiba-tiba kereta Mahmud menjadi tidak stabil. Ini memaksanya untuk berhenti dan memeriksa. "Cilaka, time ni la dia nak pancit. Dah la malam. Dalam hutan. Bodoh punya kereta. Harap harga je mahal". Hati Mahmud benar-benar panas. Selepas bersusah payah membuka tayar yang pancit, kini tiba masa untuk memasangya semula. Mahmud jadi kalut apabila menyedari 4 skru tayarnya telah hilang. Suasana yang gelap tidak membantu dia untuk meneruskan pencarian.

Mahmud termenung seorang diri. Dia tidak menunggu lama untuk duduk di luar kerana susanana yang gelap dan berada di kawasan hutan bukanlah tempat yang sesuai untuk dia bersantai. Tiba-tiba cermin kereta Mahmud diketuk. Meremang bulu roma Mahmud apabila kelihatan orang tua yang ditolaknya tadi di luar keretanya. Orang tua itu terus mengetuk cermin kereta Mahmud memaksa dia untuk keluar.

"Tayar anak pancit ye?" tanya orang itu sambil tersenyum, mempakkan barisan giginya yang tidak tersusun dan buruk. "Ye pak cik.. Saya nak pasang balik tapi skrunya dah hilang" jawab Mahmud gugup. "Kenapa anak tak guna skru lain?" tanya orang tua itu. "Nak guna macam mana, kan saya cakap dah hilang!" Mahmud menjawab dengan nada yang keras. Dia jadi marah kerana terasa diperbodohkan oleh orang tua tersebut. "Maksud pak cik, kan kereta ada 4 tayar. Setiap tayar ada 4 skru. Jika anak amik setiap satu skru dari 3 tayar yang masih ada, kan setiapnya akan dapat 3 skru." Serentak dengan itu barulah Mahmud sedar akan kebodohannya. Harap keja je tinggi-tinggi. Pakai kereta mahal-mahal. Tapi otaknya lebih kecil daripada skru.

Kini giliran Mahmud pula tersenyum malu. "Macam mana pak cik boleh terpikir macam tu? terima kasih banyak-banyak la. Kalau tak tak tahu la apa nak jadi dengan saya kat tengah-tengah hutan ni." kini Mahmud bersuara dengan lebih lembut. "Memang pak cik miskin, tapi pak cik tak BODO PIANG macam anak" balas orang tua itu yang kemudiannya berjalan ke depan dan terus terbang dengan pakaian putih. Mahmud yang melihat kejadian itu terlopong. Dan keesokannya orang kampung menemui Mahmud dalam keadaan meracau. Mulutnya tak sudah-sudah menyebut hantu skru!

Wednesday, August 4, 2010

Blue Screen


Aku hempas ribbon cartridge tu. Sakit benar hati ni. Balik-balik dapat tiket keja. Kalau tiket wayang takpe jugak. 2 kilang tapi satu orang je jaga bahagian IT. GILA. Aku mula membebel seorang diri. Nasib ada si dia. Dia cakap tak baik mengeluh. Berdosa. Hati aku tenang jap. Baru nak mula suam-suam kuku, telefon berbunyi lagi. "Hello, sorry aa, u got one more ticket. Pc Blue screen". Aku pun pelik. Asal je pc kat sini suka blue screen. Pekerja kilang ni suka tengok cita blue ke? Entah. Aku tutup panggilan walaupun Helpdesk tengah bgtau details pemanggil. Takde gunanya. Bukan masalah tu boleh settle sendiri.

Lepas pakai smoke dan kasut esd, aku turun production. Nasib ada awek comel kat module 9a. Kalau tak, mau je aku mengamuk. Sampai je kat tempat problem aku mula membebel. Semua pakat tengok aku. Ada sorang dua datang menyabarkan aku. "Patutla kat sini orang keja tak lama. Keja cam nak mampos" aku cakap sambil tangan perbetulkan pc. Sorang mak cik kat sebelah aku mula bukak mulut "Ni la orang melayu, keja susah sikit merungut, bila la bangsa kita nak maju". Aku tak puas hati. Aku cakap balik "Abis tu jom kta tukar postion, mak cik jadi ITSS, nak?". Mak cik tu dah mula cuak. Sudahnya dia cakap " Kami gaji rendah, SPM pun tak lepas".

Ape kaitan gaji rendah ngan tukar position? Macam-macam la diorang ni. Nak cakap gaji aku tinggi la tu. Ni mesti nak kenen aku belanja dia KFG. (Mula buruk sangka). Hati aku dah tenang sikit bila dapat membebel. Lega sikit. Rasa macam hilang tekanan dalam otak. PC pun dah tak blue screen. Bila pikir-pikir balik, mana ada keja senang kat dunia ni. No pain, No Gain orang putih cakap. Kat sini banyak yang aku belajar. Gaji pun ok. Kalau dulu aku terpaksa mengemis untuk dapatkan keja, skang dah dapat mengeluh pulak. Betul cakap dia, tak baik mengeluh. BERDOSA

Saturday, July 31, 2010

Dunia Sudah Berubah

Tu dia. Tajuk sikit punya gempak. Buat - buat bijak sejarah & Geografi la konon. Sebenarnya aku cuma nak bagitau yang header aku dah berubah. Ni kes terpengaruh cerita Sorcerer Apprentice la nih. Aku tengok semua pakat dok tukar header. Paling selalu ialah cik amalina (idioteque) Ada je header baru. So aku pun nak la jugak ikut trend diorang. Tukar-tukar header. Hehe


Header dalam kenangan




New Header :)

Thursday, July 22, 2010

Manusia


Datang dan pergi. Itulah lumrah manusia. Kita pernah ada teman, Boleh kongsi cerita. Kongsi segala suka duka. Kemudian apa jadi? Teman tu hilang. Tak tinggal khabar berita. Apatah lagi nak meseg. Bukan massage ye anak-anak. Pelik jugak. Dulu sembang bagai nak rak. Skang kalau online facebook pun macam tak kenal. Macam tak pernah jumpa kita. Kalau tegor pun, selang dua tiga ayat, pastu diam. Korang pernah kena? Aku tak pernah :) Manusia memang pelik. Cam kata pepatah sekali air bah, sekali pantai berubah. Atau lagu Stacy. Mengapa Bah, kau berubah. Tapi itulah hakikatnya manusia. So tak pelik kalau hari ni kita mengaku kawan, esok boleh jadi lawan.

Skang ni aku rindu semua kawan-kawan aku. Tak kira la kawan dari alam maya ataupun alam nyata. Rasa cam nak turun KL je. Ramai kawan aku duduk KL. Hampeh. Tapi apakan daya, masa yang membataskan segalanya. Rindu nak gelak, rindu nak lepak ramai-ramai, kutuk ramai-ramai, usha awek ramai-ramai sambil bagi ranking. Haha. Rindu segala-galanya. Bila la aku nak dapat cuti panjang. Haish. Kawan blogger masa gath di genting?Tentulah aku rindu. Walaupun aku jarang komen kat blog korang, tapi aku slalu jadi silent reader. Sekurang-kurangnya terubat jugak rindu kat korang. Kawan Seuniversiti/seperskolahan? Lagi la rindu. Bayangkan 4,5 tahun duduk sekali. Masakan aku tak merindui kalian. Rindu -rinduan, senggol-senggolan. Apelah aku merepek ni... -__-!

Friday, July 2, 2010

Ubat Batuk Cap Ibu & Anak

Dulu masa mak (a.k.a mak tiri) aku tak naik pangkat, masa beliau belum busy, kami selalu jalan-jalan. Tahun 2008 menyaksikan aku memegang jawatan pengangur bertauliah. Time tu aku tak keja apa-apa pun. Duduk umah, makan dan tidur. Sungguh jahanam kan perangai aku? Nak buat macam mana, bukan aku tak nak cari keja, tapi kerja yang taknak aku.

Ok tutup kes tu. Aku nak cite pasal ronda-ronda bersama mak aku. Satu hari dia ajak aku dan adik bongsu aku pergi sebuah pasaraya. Mak aku cakap dia dapat kupon rm200. So dia nak bagi aku rm100 buat beli pakaian. Seperti sedia maklum, penganggur seperti aku sudah tentu takkan menolak pelawaan ni meskipun aku tau hajat utama mak aku ialah tolong dia beli pekakas dapur. Maklumla badan aku yang tough ni sesuai nak angkat beras dan gula dua tiga kampit.

Mak aku cakap kami akan bertolak ke Sungai Petani. Ke sebuah gedung pasaraya besar yang baru dibuka. Aku tanya nama pasaraya tu dan mak aku bgtau pasaraya GIAN. GIAN??? pasaraya apa tuh? Adik bongsu aku lak menyampuk. "mak ni pandai-pandai ja GIAN, G Ant la". Lagi aku tak paham. Sudahnya aku follow je mak aku. Teruja jugak nak tahu pasaraya yang digembar gemburkan.

Dalam perjalanan ke pasaraya tu, otak aku sentiasa berputar ligat memikirkan nama sebenar pasaraya tu. Aku memang xcited lebih nak tau sampai tak sedar ada awek naik moto usha aku kat trafic light. Aku tak layan pun diorang. Dah biasa orang tengok aku. Keh keh. Sampai je pasaraya tu, aku gelak besar. Rupa-rupanya pasaraya yang disebut GIAN dan G Ant tu sebenarnya mewakili nama GIANT -__-! Kadang-kadang klaka jugak mak ngan adik bongsu aku nih.

So tamatlah sudah kisah aku ke pasaraya GIANT. Oh pasal kupon rm100 tuh? Aku buat beli baju sukan (baju takde lengan) dengan tie. Tie tu dah hilang sebab aku tertinggal kat seremban masa pergi konvo abang aku

Pasaraya GIAN a.k.a G Ant T_T