Thursday, March 25, 2010

Pelik bin Ajaib

Hari ni hari jumaat. Buat geng lelaki yang beragama islam jangan lupa g semayang jumaat Time ni la nak eratkan silaturahim. Jumpa member kampung, member bandar. Bukan time raya je nak beramah mesra. Huyoo dalam bulan ni saja, macam-macam aku aku alami. Sampai sekarang pun aku masih terkejut dan terkedu. Aku masih tak jelas apa yang berlaku sebenarnya.. Ahh abaikan je la. Yang penting hajat aku dalam list bendamestidapat dah tertunai. Gaji bulan ni aku nak update pc. Lepas tu nak simpan duit beli keta. Amik 2nd hand je. Senang aku nak g jalan jalan. Niat utama aku nak guna keta ni pergi memancing. Senang aku nak simpan jiran dan sebagainya. Insyallah ada rezeki aku amik keta wira. Ada kawan kat opis aku ni boleh plak melawak pasal nama blog aku. Dia cakap blog ko lucah. Aku pelik jugak tang mana lucah tu. Dia cakap cuba tengok nama blog ang, "merapu, merepek, MERABA" kepala hek dia. Rasa cam nak bagi dia makan buah lutut je. Main-main ngan orang tua. Meraban la bai, bukan meraba. Hurm minggu ni masuk gaji, pastu keja plak shift malam. Alahai rahmatnya.. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Sampai sini dulu.

Adios amigos <--- aku suka guna perkataan ni masa ending tulis surat dulu. Maksud dia, selamat maju jaya (betol ke ni)

Monday, March 15, 2010

Mati Hidup Semula

Lamanya tak jengok & update blog aku nih. Dah bersarang, berhabuk, berdebu dah pun. Bukan ape, kebizian yang melampau dengan tugas harian menyebabkan aku xde masa nak berblog dan blowalking. Kepada rakan-rakan yang masih rajin berblog tu, teruskanlah usaha korang. Dalam diam-diam aku berjaya jugak merembat handphone/pda idaman iaitu HTC Diamond 2. Pasni aku cadang nak upgrade pc pulak. Insyallah blog ni takkan ditutup. Cuma aku akan jarang update je. Kepada mereka yang masih datang singgah blog aku, terima kasih tak terhingga aku ucapkan. Semoga korang semua sihat-sihat belaka. Senyum selalu :)