Wednesday, April 28, 2010

Pro

Ape maksud pro nih? Pro merupakan satu anugerah yang diberikan kepada mereka yang pakar. Tak kira la pakar dalam bidang memasak, melukis, bermain DOTA mahupun memancing. Pro dalam cita aku kali ni tentulah berkaitan dengan aksi memancing. Walaupun aku selalu je berstatus bizi. Namun ajakan kawan-kawan untuk memancing tak pernah aku tolak. Kegiatan memancing kali ni berlaku di jambatan pailing iaitu jambatan kedua yang tersadai (tak siap). Projek berjuta-juta ni terbengkalai setelah berlaku peralihan kuasa. Bagus jugak jambatan ni tak siap. Sekurang-kurangnya ia menjadi syurga bagi para pemancing sebab kawasan tu dah jadi macam tukun.

Punya nak jadi cerita, umpan kami malam tu hanyalah udang hidup memandangkan kawan aku lupa nak beli umpan lain. 30 ekor udang dikongsi 7 orang. What the what... Memandangkan kami dah sampai di jeti bukit tambun, terpaksalah bergerak juga ke destinasi. Honestly aku memang keciwa gila bila dapat tau umpan tak cukup. Nak memancing 7-8 jam, umpan hanya sekadar 30 ekor udang. DAMN. Tapi itula. Rezeki kalau tuhan nak bagi, tak cukup umpan pun leh dapat ikan saiz mega. Waktu 3 pagi ikan mula menggila. Dan umpan tinggal sekor udang je. Di saat-saat kecemasan ni la kawan aku mendapat tarikan yang begitu lahanat rasanya. Drag dia berbunyi kuat dan tali dibawa sejauh mungkin. Kami atas bot hanya berdebar-debar menanti ikan apakah yang telah meragut umpan. Setelah 40 minit bertarung, ikan pari dianggar 4 kilo ditawan. Tapi pari ni pelik sikit sebab dia berbintik-bintik. 1st time aku tengok pari jenis ni. Kami kemudian bergerak ke tempat yang ada banting pasir untuk menjala umpan.

Kat sini la aku guna kemahiran yang diajar oleh 'Pak Dan' untuk menangkap belacak. Aku guna teknologi suluhan mata yakni menyuluh mata belacak menggunakan toshlight. Hasilnya aku berjaya tangkap 8 ekor belacak. Hasil menjala pulak kami dapat ikan belanak. Umpan masa tu dah cukup tapi ikan saiz mega tak kembali lagi. Mungkin dah abis waktu sarapan. Walaubagaimanapun aku tetap berpuas ati dengan trip kali ni. Sekilas pandang jom usha gambar selingan kat bawah untuk efek yang lebih menarik. Sila klik gamba untuk tumbesaran.



Wajah pemancing terpaksa di'blur'kan atas permintaan beliau



Gelama, tanda, loban dan ^%^^*&(&



Pari bintik yang aneh



Sila abaikan perkataan rasuah di surat kabar



Wednesday, April 14, 2010

Kawan & Lawan


Apakah maksud kawan & lawan dari sudut pandangan sains dan geografi? Aku pun tak tau. Cuma definisi yang aku nak bgtau nih hanya pandangan aku sendiri. Aku bukan para ilmuan dan cerdik pandai, so berkemungkinan pandangan aku salah. So what? Peace no war (buat bijak bahasa inggeris plak)

Kawan - Ada waktu senang dan susah
Lawan - Waktu senang dia muncul, siap jadi penolong setia. Waktu susah? Gone with the wind

Kawan - Boleh memberikan pendapat, serta senang nak diceritakan apa-apa masalah. Tak bagi komen pun dia akan jadi pendengar yang setia
Lawan - Masalah dia je kita kena dengar, masalah kita, dia tak amik peduli. Paling ramjat dia g cita masalah kita kat kawan-kawan lain. Pastu guna modal untuk kutuk kite. Cantik!

Kawan - Selalu dalam hati. Kalau kita senyap dia mesti amik peduli. Risau katanya.
Lawan - Lantak ko lah nak jadi ape. Kita mati kena langgar lori pun dia tak peduli. Waktu datang kenduri arwah baru dia sedar. Tu pun sebab nak makan free.

Kawan - Senang nak memberikan pertolongan. Tak kira dari segi material atau apa jua pertolongan yang diperlukan
Lawan - Kedekut ya amat. Duit kita senang pulak dia nak pinjam. Kalau tang kita, siap kenakan bunga. Pastu hutang RM10 pun kecoh satu dunia. Cun melecun

Kawan - Yang tak pernah kita lupa walaupun terpisah 20 x 8 juta taun
Lawan - Kalau boleh kita nak buang jauh-jauh. Tak nak ada dalam simpanan memori. Sanggup brain wash otak demi melupakan insan tersebut.

So korang rasa aku ni kawan korang ke lawan? Errrr.........