Monday, May 31, 2010

Thinking outside the box

Maksud berfikir di luar kotak ni ialah kita berfikir secara berbeza, luar biasa atau dari perspektif baru. Perkataan atau ungkapan 'Berfikir di luar kotak' selalunya merujuk kepada novel, berfikir kreatif dan cerdas. Untuk berfikir di luar kotak kita perlu melihat lebih jauh dan cuba untuk tidak memikirkan hal-hal yang jelas, dan kalau boleh berfikiran lebih dari satu perspektif.

Berfikir di luar kotak memerlukan beberapa perkara yang berbeza meliputi:

  • Bersedia untuk memuat perspektif baru dalam pekerjaan.
  • Terbuka untuk melakukan hal-hal yang berbeza.
  • Fokus terhadap nilai yang melibatkan perkara baru dan bertindak terhadap perkara tersebut.
  • Berusaha untuk mencipta sesuatu dengan cara baru
  • Sedia mendengar kritikan
  • Menyokong dan menghormati pendapat orang lain ketika mereka memberikan idea baru


Terpengaruh dengan idea 'Thinking outside the box' seekor ikan buntal tidak lagi berkeadaan seperti biasa


Lihat sahaja bentuknya. Apa yang 1st anda terfikir? Buntal dalam bentuk kotak bukan? Inilah kehebatan berfikir di luar kotak :)



Tuesday, May 18, 2010

Poster untuk cabal contest


Aku buat poster ni sempena Cabal Chronicle Contest. So apa pendapat korang??

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru (GTO)

Selamat Hari Guru buat guru-guru seantero Malaysia. Diharapkan semua guru di Malaysia akan terus dedikasi dengan tugas masing-masing. Jadilah pendidik yang sentiasa berbakti kepada nusa dan bangsa

Fakta menarik tentang guru: Aku jugak pernah menjadi seorang cikgu. Tapi cikgu sementara la di Sekolah Kebangsaan Alma Jaya. Cita-cita aku memang nak jadi cikgu, tapi sampai skang blom ada rezeki. Tak percaya? Usha gamba kat bawah sebagai bukti. Heh. jangan marah aaa... Sila klik gambar untuk tumbesaran














Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Ibu


Tiba-tiba je aku rasa rindu. Rasa sunyi, rasa cam keseorangan. Rasa sebak. Sebak yang amat-amat. Perasaan ni kalau dilayan makin teruk rasanya. Semuanya disebabkan pagi tadi. Pagi tadi masa aku beli teh o ais, orang kampung aku tegur aku. Hang anak sapa ha? Aku jawab.. Pak Bakar.. Oooo anak Bakaq.. Mak ang Ramlah kan.. Lepa panggil dia maksu.. Maksu tu dulu baik sangat ngan aku. Sayang dia dah meninggal. Dah besaq pun hang rupanya. Dengar je kenyataan tu aku jadi sebak. Masuk tahun ni dah 13 tahun mak tersayang meninggalkan kami berenam. Belum puas rasanya aku bermanja dengan mak. Mak pergi masa aku darjah 6. Betul-betul nak periksa UPSR.

Dulu masa mak ada, aku selalu suruh mak bancuh air milo. Air kegemaran aku. Pukul 2 pagi pun kalau aku mintak, mak mesti buat. Mak tak pernah mengeluh. Rindu sangat nasi kandar, masak lemak, asam pedas masakan mak. Paling sedap mak suka buat ikan bilis masak sambal dengan terung kecik. Makan time hujan kalau kena dengan kopi o sangat nikmat. Tapi sayang semuanya tinggal kenangan. Mak pergi tak kembali lagi. Tuhan lebih sayangkan mak melebihi kasih sayang kami.

Dalam ingatan aku, mak sangat cantik. Kulitnya kuning langsat. Malah mak juga kuat merajuk. Dulu aku lihat ayah selalu mengusik mak. Ayah cakap dia suka tengok mak merajuk. Kalau mak bersolek, mak macam artis. Mak hanya tersenyum kalau aku memuji. Last-last aku akan pujuk mak buat air milo. Minuman kegemaran aku.

Mak menderita kanser payudara. Masa tu kes ni baru menyerang wanita di Malaysia. Mak terpaksa mendapatkan rawatan di Ipoh. Aku ingat lagi kata-kata mak sebelum semuanya berlaku. Mak pulang ke kampung seminggu selepas mendapat terapi di Ipoh. Rindu pada anak-anak katanya. Hari tu mak belanja kami makan burger. Siangnya mak bawak anak sedara pergi jalan-jalan di kampung. Sebelum pulang ke Ipoh mak kata mak akan pulang lagi. Mungkin hari isnin depan. Mungkin duduk lebih lama dan selama-lamanya di kampung. Hati aku masa tu girang sangat sebab rindu kat mak tuhan saja yang tahu.

Isnin berikutnya, aku sangat hairan bila tiada sesiapa pun mengejutkan aku ke sekolah. Aku bertambah pelik bila ramai adik beradik berkumpul di kampung aku. Kata mereka mak aku akan pulang dari Ipoh. Aku sangat gembira sekali mendapat perkhabaran ini. Aku terus mandi dan bersiap untuk menunggu kepulangan mak. Kemudian aku menonton tv bersama adik aku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan ketukan yang agak kasar di pintu beranda. Aku segera membuka pintu. Aku terkedu ketika pintu dibuka. Di depanku, pak ngah sedang menangis teresak-esak. Aku cuba menenangkannya. Pak ngah memeluk aku. Dalam pelukannya yang erat dia memberitahu ibu tercinta sudah pergi buat selamanya.

Luluh jiwa aku mendapat berita itu. Terasa dunia ni kosong. Masa seakan-akan berhenti. Kini giliran aku pula menangis. Aku menangis sepuas-puasnya. Tidak kusangka, mak memang pulang, tetapi pulang sebagai jasad yang tidak bernyawa lagi. Rindu sangat kat mak. Semoga roh mak dicucuri rahmat. Semoga mak ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kalau mak masih ada, nak saja aku ucapkan yang aku benar-benar sayangkan mak. Rindu sangat kat mak.... Al-Fatihah buat mak tersayang Ramlah Bt Ismail.




Thursday, May 6, 2010

Gadis & Iron Man 2


Tarikh pembukaan iron man 2 sepatutnya berlansung pada 30 hb. Namun Aeon Jusco Penang mempercepatkan tarikh tayangannya kepada 29hb. Aku yang ketika itu sedang membeli pc mengambil kesempatan untuk melihat tayangan filem ini sebelum ia ditayangkan secara rasmi. Dalam banyak-banyak sut iron man, aku paling suka sutnya yang pertama iaitu ketika beliau diserang musuh bertali. Kejadian yang berlaku di tapak race formula 1 itu menyaksikan Tony Stark mengenakan sut iron mannya yang pertama bewarna silver dan merah. Kombinasi warna yang cukup menarik. Sayangnya sut yang begitu bergaya dipakai dari suitcase itu cuma dipakai sekali saja. Malah sut itu juga cepat rosak. Kalaulah Tony Stark nak lupuskan sut itu, aku rela ambil biarpun ia sudah bercalar dan rosak teruk.


Kisah iron man 2 tak terhenti di sini. Selepas selesai menyaksikan tayangan ini. Aku yang duduk di barisan tengah terpaksa berganjak ke arah kanan panggung untuk membolehkan penonton lain bergerak keluar. Aku masih menantikan suprise yang digembar gemburkan selepas sari kata. Namun niat aku berubah setelah seorang gadis comel senyum kat aku. Aku yang ketika itu sedang menoleh ke kiri untuk melihat penonton keluar barisan menjadi terkedu dan terkesima. Masakan gadis secomel itu senyum padaku. Namun aku yakin senyuman itu dilemparkan ke arah aku memandangkan hanya aku dan kawanku saja berada di ruang duduk sebelah kanan.


Kawan aku memberitahu yang gadis itu senyum padaku. Kalau dia tak bagitahu pun aku siang-siang dah perasan. Mungkin kawan aku ni jenis yang ambil berat kot, atau mungkin dia juga mengusha gadis tu. Biasa la lelaki. Kaum wanita pun sama. je Yang cantik dan menarik perhatian tentu korang pun usha kan. Niat untuk melihat suprise terus terbatal. Aku bingkas bangun dari tempat duduk untuk mengejar gadis comel tadi. Dia bergerak agak laju bersama temannya. Aku yang mengekori dari belakang terpaksa mempercepatkan langkah untuk mengejar gadis tersebut. Sayangya niat aku tidak kesampaian kerana tiba-tiba saja aku rasa nak terkucil, kawan aku juga turut menyatakan yang dia juga sudah tidak tahan lagi. Kami terus bergerak ke tandas sambil melepaskan hajat.


Antara gadis yang comel dan melepaskan hajat, pasti aku pilih melepaskan hajat. Kalau aku dapat kejar gadis tu pun, tak mungkin aku boleh dapatkannya. Aku kan jenis pemalu. Nak tegur pun susah, inikan pula mengacau gadis secomel itu. Aku pasti gagal. Sikap aku ialah aku akan tegur seorang gadis kalau aku betul-betul kenal dengannya. Kalau setakat tahu nama, aku akan senyum je. Apa-apa pun gadis comel tadi tak lagi aku jumpa selepas keluar tandas. Bukan jodoh agaknya. Gadis comel dan melepaskan hajat, itu juga merupakan satu kombinasi yang menarik