Thursday, October 29, 2009

Rasuah


Gejala rasuah makin berleluasa kat negara kita ni. Skang ni nak dapat apa benda pun kena rasuah. Kes paling senang ialah nak lepas diri daripada kena saman. Yang makan rasuah ni sapa lagi kalau bukan anggota POLIS. Seorang yang diberi amanah dan tanggungjawab oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan. Kesal aku kat insan yang bernama polis nih. Lencana kat baju ada harimau 2 ekor. Tak cukup dengan tu siap ada lencan 'Anti Rasuah' tapi sayang kegiatan rasuah tetap berlaku. Kalau lencana tu ada perasaan, tentu dah lama ia menangis tengok perangai tuan dia yang macam jahanam.

Bila cerita pasal rasuah ni aku ada satu cerita menarik nak dikongsikan. Kes ni berlaku masa aku kat U. Ada sorang kawan aku ni nama dia yopi (bukan nama sebenar) suka meronda guna motorsikal. Sebagai mat rempit sejatiiieeeeee ee ee, motor yopi memang tidak mengikut spesifikasi undang-undang yang ditetapkan. Side mirror cuma ada sebelah, dan brek bunyi cam tikus kena makan ular. Crit crit. Bak kata pepatah, sebut saja apa kesalahan yang tak sepatutnya ada pada sebuah motosikal, pasti moto yopi memenuhi ciri-cirinya.

Nak jadi cerita pada suatu hari, yopi mengajak kawan aku aspalela (nama sebenar) untuk menemaninya meronda sekitar Melaka. Dalam perjalanan mereka telah ditahan oleh anggota polis memandangkan moto yopi memang banyak masalah.

Polis: Lawa moto

Yopi: Biasa la tok moto import

Polis: Buat lawak pulak die, mana lesen ko?

Yopi: Ambik wallet sambil tangan menyeluk ke tempat simpanan lesen

Polis: Moto ni salah ni. tapi lesen ok

Yopi: "Tak boleh tolong ke tok? saya orang susah" sambil buat muka sedih.

Polis: Nak tolong macam mane? Bak IC awak

Yopi: Seluk wallet sekali lagi sambil amik IC

Polis: Amik IC sambil pusing ke belakang."awak nak bagi saya satu ringgit? bentuk love plak tu!"

Yopi: Eh tu duit lama. Awek saya yang kasik. Bak sini balik

Kesudahan cerita Yopi telah disaman hampir rm300 atas semua kesalahannya. Kalau ikut logik sebenarnya masa polis tu tanya nak tolong macam mana, yop patut hulurkan IC ngan duit kat belakang IC tu. Tapi dia ni tak faham kot. Jadi polis tu pun hangin dan terus saman die. Tengok ni lah salah satu taktik untuk makan rasuah. Kes ni pernah jadi masa aku ngan bos aku. Dia orang cina. Dan polis tu memang betul-betul amik duit yang cuma rm30. dan lepaskan bos aku atas kesalahan memandu dengan laju. Ni mungkin segelintir kes yang berlaku. Mungkin banyak lagi. Tapi bukan semua polis macam tu. Terpulang pada individu. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk tu dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wednesday, October 28, 2009

Kelemahan Laptop Toshiba

Tu dia.. Tajuk tak boleh blah. Mesti pengguna barang keluaran Toshiba hangin satu badan bila aku kuarkan kenyataan di atas. Sebenarnya bukan nak cerita kelemahan laptop Toshiba ni. Just nak bagi info. Diharap pihak pengurusan Toshiba dan seangkatan dengannya tidaklah menyaman penulis. Sebab penulis bukan kaya pun. Ok berbalik kepada tajuk utama. Hari aku nak cerita macam mana nak bagi touch pad pada laptop Toshiba kembali berfungsi.

Pernah tak anda tiba-tiba mengalami masalah di mana touch pad pada laptop Toshiba anda berhenti berfungsi?? Dan apabila anda menggunakan tetikus (mouse) boleh plak cursor anda digerakkan. Memang pening kepala hotak anda yang bijak tu kan. Jangan risau, masalah anda tidaklah sebesar mana pun dan ia boleh diatasi dalam masa tidak sampai 5 minit. Bagaimana??

Apa yang anda perlu buat ialah jika anda menggunakan Window Vista pastikan "Flash Card" anda berfungsi. Caranya:

1) Pergi search
2) Taip Flash
3) Pergi Setting for flash card
4) Pastikan flash card anda dalam kedudukan enable

Langkah seterusnya ialah dengan menekan Fn + F9. Tada!! Touchpad anda kembali berfungsi. Masalah yang berlaku mungkin disebabkan anda secara tidak sengaja menekan Fn+F9 dan menyebabkan touch pad anda tidak berfungsi. Nah senang bukan?? Bahkan makan kacang tanah lagi susah sebab kena kopek kulit. Selamat Mencuba!

Tuesday, October 27, 2009

Menarik Tertarik


Aku baru je balik dari Langkawi. Best la jugak sebab dapat beli coklat dengan harga yang murah. Duty free la katakan. Bertambah best sebab segala perbelanjaan ditanggung oleh syarikat. Free bak ang! Tercapai gak hajat aku nak pergi Underwater world dan melihat kuda laut. Baru aku tahu kuda laut ni kecik je. Aku ingat kuda laut ni beso. Mana tidaknye nama dia kan kuda + laut. Kuda kan besar tambah plak ngan laut. Tak ke besar? Ni cuma pemikiran budak berumur 6 taun ke bawah. So jangan ambik kisah ye. Perpun aku rasa Penang lagi best kot. Kui Kui Kui. Aku ingat nak tengok naga seperti yang digembar gemburkan. Malangnya sekor naga pun aku tak nampak. Yang ada cuma manusia berkulit naga. Hisap rokok sambil bernafas asap. Manusia berkulit naga paling seronok sebab harga rokok memang murah bangat. Nasib aku tak termasuk dalam golongan perokok. Kalau tak mesti duit aku abis hisap menatang tu je. 2 minggu lagi pergi Pulau Tioman pulak. Akhir bulan ni meronda sakan. Masyuk-masyuk..

Friday, October 23, 2009

Cari Pasal

Tadi masa aku geledah pc aku, terjumpa plak gamba ni. Masa ni 1st time aku belajar edit guna adobe photoshop. Ambik gamba pun guna handpone nokia 7250i (hp tu dah hangus dijilat api. kes ubat nyamuk) Korang tengok la sendiri macam mana rupa aku kalau ditransformasikan.


Amaran: Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan usus perut selepas melihat gambar ni. Bagi mereka yang berada di opis, disarankan supaya jangan lihat ketika bos anda berada di sana. Anda mungkin kehilangan kerja serta merta. Kerakusan dan peningkatan hormon dalam badan ketika melihat gambar ni juga tidak ditanggung oleh pihak syarikat. Semoga anda terhibur.





Minggu ni aku nak pergi langkawi. Sapa nak ikot? Angkat kaki anda dan beli tiket feri. Nak pesan coklat? Boleh tapi korang bayar barang+cukai. Amacam kejam tak aku? Boleh apply keja ah long atau ceti haram tak?


Wednesday, October 21, 2009

Trouble Is A Friend



Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

Aku minat gila lagu ni. Dinyanyikan oleh Lenka. Dengar banyak kali pun tak jemu. Kalau orang yang 1st time dengar pun mesti cakap lagu ni best. Kira lagu ni first impression pun orang akan cakap best. Lagu ni masuk dalam koleksi LAGUMESTIDENGAR. Yang belum dengar tu bawak-bawak la dengar. Tak rugi. 5 Star wa cakap lu.

Sunday, October 18, 2009

Puaka Tebing Biru


Aku memang nampak puaka tu. Dengan 2 biji mata aku nih. Buat apa aku menipu. Buat tambah dosa je!! Cerita Ali kepada rakan-rakannya di warung Pak Kasim. Petang tu suasana jadi heboh bila Ali yang baru pulang dari memancing, memberitahu mereka yang berada di warung bahawa beliau telah terserempak dengan puaka. Puaka itu ditemuinya ketika dia sedang leka memancing di Tasik Berudu. Masing-masing tercengang mendengar cerita Ali. Ada yang percaya, dan tak kurang yang merasakan Ali hanya mereka-reka cerita untuk mendapatkan populariti. Tapi untuk apa dia berbuat demikian. Ali bukanlah seorang artis!

Agak panjang lebar Ali bercerita. Sambil tu tangan dia memegang cawan berisi limau ais. Sambil bercerita Ali sempat meneguk air tersebut untuk menghilangkan rasa dahaga dek letih bercakap. "Entah siapa la yang letak benda tu kat situ. Buat orang susah hati je" tambah Ali. "Kalau korang nak tengok rasanya benda tu ada lagi. Masa aku blah benda tu masih di tebing. Aku rasa tuan dia dah taknak dia lagi" sambung Ali. Kalau nak, petang ni pakat ikut aku. Sama-sama kita pergi dan lihat samada aku menipu atau tidak.

Ali semakin beriya-iya bercerita. Nampaknya usaha Ali ternyata berhasil bila hampir 30 orang kampung mahu mengikutnya ke Tasik Berudu. Mereka mahu menyaksikan sendiri puaka yang menggangu Ali. Dan petang tu ramailah orang kampung berkunjung ke Tasik Berudu. Tasik itu agak jauh dari kampung mereka dan mereka terpaksa menaiki kenderaan untuk ke sana. Setelah sampai mereka terpaksa pula meredah hutan tebal. Mereka semakin percaya kewujudan puaka tersebut memandangkan jalan untuk ke Tasik Berudu memang sedikit seram. Masakan tidak, rumput yang harus dilewati semuanya panjang-panjang belaka. Separas orang dewasa. Setiap orang hanya berdiam diri ketika mengejar langkah Ali yang semakin laju.

Dalam diam, ramai juga anak muda yang mula gelisah. Tak kurang yang sempat bezikir dan berdoa di dalam hati memandangkan keadaan semakin gelap. Setelah hampir 2 jam meredah hutan mereka akhirnya sampai di Tasik Berudu. Suasana ketika itu memang seram kerana keadaan sekeliling yang gelap beserta bunyi cengkerik dan ungas yang saling bersahutan. Ali terus menuju ke tebing dan orang kampung hanya mengikut di belakang. "Nah tengok tu. Nampak tak puaka tu" tiba-tiba Ali memekik. Suasana yang ketika itu ruih rendah jadi sunyi sepi. Mata masing-masing tertumpu pada puaka yang disebut Ali. Orang kampung mula menggosok mata. Mereka mahu mendapatkan kepastian dengan apa yang mereka llihat di tebing tersebut. Agak lama mereka perhati namun tidak kelihatan seekor lembaga pun di tebing itu. Yang kelihatan cuma rumput dan sebatang lilin.

"Korang nampak tak??" tiba-tiba Ali bersuara memecahkan kesunyian. Orang kampung mula menyoal mana puaka yang disebut-sebut Ali. "Tu kad atas tanah tu. Bukan puaka ke? Korang ni dah buta agaknya" Ali bersuara keras sambil tangannya menunjuk ke arah sekeping kad. Di atas kad tersebut tertera gambar A dengan bentuk hati. "Ini kau kata puaka?" tiba-tiba salah seorang dari mereka bersuara. "Ye la, takkan benda lain kot" bentak Ali. "Yang ni bukan puaka. Ni kad poker, kad terup. Bahalol!!" orang kampung bersuara secara serentak. Kali ini giliran mereka pula bersuara tinggi. "Eh, tak sama ke? Bukan orang panggil puaka ke?" Ali bersuara sambil terketar-ketar.

Petang itu kedengaran air berkocak kuat serta suara Ali yang meminta tolong. Badannya kini basah dan dia sedang lemas dihanyutkan oleh sungai yang deras. Dan orang kampung mula bersiap-siap meninggalkan tebing Tasik Berudu dengan perasaan marah yang semakin menebal.

Thursday, October 15, 2009

Salahkah aku??


Dol Taip hanya mengeluh. Dirinya tak pernah dihargai. Segala yang dilakukan hanya tampak salah di mata sesiapa pun. Termasuk ibu bapanya sendiri. Kadang-kadang Dol sendiri menyoal dirinya, adakah mereka ini benar-benar ibu kandungku. Semuanya bermula sejak perkenalanya dengan Man Teratai. Man Teratai cuma insan biasa tetapi mempunyai hobi yang amat gratis. Mulanya Dol tak terjebak dengan semua ini. Namun kata-kata manis Mat Teratai sangat susah dibangkang. Pujuk serta rayuannya bagai seorang lelaki memikat wanita. Lagaknya bercakap tak ubah seperti orang memancing undi. Cuma mat teratai tak pernah pegi bertanding. Malah tak pernah mengundi. "Ah itu semua tak penting" getus Dol.

Bagi Dol, Mat Teratailah sahabatnya sehidup semati. Mula-mula hanya sekadar mencuba. Namun kini dol taip sendiri menjadi ketagih. Tak jumpa siang, malam pun jadi. Asalkan dapat menghisapnya, diri Dol terasa tenang. Jiwanya terasa damai. Indahnya dunia. Tapi sayang tabiatnya kini dihidu oleh sahabat serta keluarga. Sudahlah tidak diterima hobi barunya ini, Dol dihentam bertubi-tubi dengan kutukan serta kejian. Malah ibu bapanya turut mengeji perbuatanya. Kata mereka dol telah memalukan keluarga mereka. Walaupun kini Mat Teratai sudah tidak mengambil benda ni tapi Dol masih mengambilnya. Biarlah Mat Teratai dengan sifat tidak teguh pendirianya. Kalau tidak masakan sampai sekarang dia belum mendaftar untuk mengundi.

Ah biarkan mat teratai dengan sifat jahanamnya itu. Kalau dia tak mengajak Dol untuk menghisap benda ni. Sampai sekarang Dol masih suci. Namun semuanya sudah terlambat. Bagai nasi menjadi bubur. "Mat Teratai takkan aku maafi" begitulah hati dol berbisik. Kini tinggalah Dol sendiri. Saban hari dia dicemuh dan dimaki akibat perbuatanya sendiri. Ibu bapanya juga sudah tidak peduli. Mungkin sudah malas ambil peduli. Bagi mereka perbuatan Dol memang memalukan keluarga. Namun Dol sendiri tidak mengerti.

"Salahkah aku kerna menghisap LOLIPOP????"

Wednesday, October 14, 2009

Tak Nak Kalah

Semalam masa jalan-jalan kat blog kekawan, singgah la kejap kat blog fhad. Dia buat entry pasal Grafiti. Teruja jugak tengok hasil karya dia. So atas dasar tak mau kalah aku pun try buat grafiti aku sendiri. Tapi guna adobe Photoshop. Hasilnya. Jeng Jeng...





Maka bertukarlah gambar kat bawah tu dari yang asal. Ada 2 design. Aku tak tahu yang mana lagi best. So ape komen encik fhad selaku otai grafiti.

Tuesday, October 13, 2009

Komik

Entry hari ni aku nak citer pasal komik kegemaran aku. Komik yang aku paling suka sepanjang zaman. Jom kita semak. Cekkidaud

One Piece
Tempat pertama jatuh kepada komik One Piece. Watak hero pujaan aku dalam komik ni ialah Sanji. Walaupun sanji ni gatai orangnya, pantang nampak wanita seksi namun dia tetap hebat dari segi masakan dan berlawan. Anak murid Zeff Si Kaki Merah ni ada cara sendiri untuk berlawan dengan musuhnya iaitu menggunakan penendang. Sanji merupakan tukang masak atau chef di atas kapal lanun Luffy. Bagi Sanji mati untuk wanita adalah lebih beharga dari nyawa sendiri. Gilo betol.


Watak dari One Piece. Dari depan sebelah kiri Tony Tony Chopper, Monkey D. Luffy, Nami
Barisan kedua dari sebelah kiri Usopp, Vivi, Sanji, Franky, Rorona Zoro, Nico Robin
Belakang dari kiri Ace, Shank



Sanji watak kegemaran aku dalam siri One Piece



Naruto
Tempat kedua pula jatuh kepada Naruto. Dalam komik ni watak kegemaran aku ialah Neji Hyuga. Neji ni satu kumpulan dengan Rock Lee, Tenten. Ketua kumpulan mereka ialah Maito Guy. Neji berasal dari puak Hyuga dan mempunyai kebolehan untuk melakukan Byakugan. Teknik ni dapat melihat titik kelemahan musuh dan dengan cara ni Neji akan menusuk tempat tersebut menggunakan jutsu/jari. Neji bila dah besar rupa sebijik macam orang melayu. Siap pakai kain pelikat tu. Baju putih kain pelikat coklat. Dah macam budak sekolah agama plak aku tgk.


Dari kiri Rock Lee, Tenten, Neji, Choji, Shikamaru, Ino, Sakura, Naruto, Hinata, Shino, Kiba + Akamaru


Bleach
Tempat ketiga pula jatuh kepada Bleach. Buat pengetahuan korang komik-komik ni aku baca secara on9 kat Onemanga atau Mangashare. Karakter yang aku minat dalam Bleach ialah Abarai Renji. Abarai merupakan lieutenant 6th Division dalam Gotei 13 di bawah pimpinan Byakuya Kuchiki. Pedang Abarai (Zanpakuto) diberi nama Zabimaru. Kalau Abarai melakukan Bankai bukan jadi bangkai k Zabimaru akan berubah menjadi Hihio Zabimaru. Abarai dalam komik ni bersifat kelakar dan selalu disalah ertikan sebagai abang Ichigo (watak utama) sebab dua-dua perangai lebih kurang. Sengal-sengal ubi.


Kalau korang nak tahu, mamat rambut warna merah tu la watak kegemaran aku. Abarai Renji

Komik lain yang aku suka baca ialah Eye Shield 21, Gantz, Fairy Tail, Kekkashi, Dragonball dan macam-macam lagi. Baca komik ni memang tak pernah bosan. Tambah-tambah time free. ^^

Monday, October 12, 2009

Jalang Di Terengganu

Seram kan tajuk kat atas?? Sebenarnya jalang di atas bukanlah maksud jalang yang bermain di fikiran tuan-tuan dan puan-puan. Tajuk je gempak. Jalang di atas membawa maksud jalan, tapi bila di terengganu kita sebut jalan sebagai jalang. Maka terjawablah segala kebuntuan dan kerisauan ke manakah aku menghilang. (ada ke orang risau aku hilang? Hee). Jom kita semak apa yang berlaku ketika aku menghilang


Sape kahwin ni?? Asal aku pakai baju kemeja?? baju melayu aku xde warna oren!

Tu dia.. abang aku ngan isterinya + bapa + ibunda kedua pihak

Hantaran kawen


Pengapit tak berjenis. Aku bukan pengapit k. Aku photographer!!

Masjid Kristal di kala malam


Nur Kasih


Make Sotong


Ketam ni memang sedap!


Udang galah + udang laut. Dua-dua pon sedap



Pasar Siti Khadijah


Lagi pasar Siti Khadijah


Benggali jual karpet


Kota Baru Trade Centre


KBTC

Bershopping kat Rantau Panjang


Kat Tasik Banding


Dah mula nak berposing


Try skill ambil gambar (boleh tahan la tak hebat)


Sekian saja gamba aku ketika jalan-jalan di Terengganu, Kelatantan dan Perak. Moral of story: Bercutilah di Malaysia kerana di sini ada segalanya :)

Wednesday, October 7, 2009

Kenapa Ular Tak Boleh Terbang?


Kepada mereka yang di luar sana, mesti kenal kan makhluk karnivor berdarah sejuk ni. Namanya ular. Nama saitifik bagi ular ialah OPHIDIA. Ular boleh dikategorikan sebagai makhluk yang ganas dan tidak berperikebinatangan. Ular selalu dikategorikan sebagai binatang yang garang sebab tu la kalau manusia terserempak dengan ular, hampir 70% manusia secara spontan akan membunuh reptilia berdarah sejuk ni. Walaubagaimanapun bukan semua ular berbisa. Orang tua juga pernah berpesan jangan sebarangan membunuh ular kerana kadang-kadang ular ni jelmaan jin. Jadi kalau tersilap langkah, anda mungkin terbunuh seekor jin yang menjelma menjadi ular. Nanti tak pasal-pasal keluarga anda mendapat malang. Malang apa? Itu yang kita tak tahu.

Pernah anda bayangkan kalau ular boleh terbang? Ada sayap macam burung. Tentu senang binatang ni nak cari makan. Tapi tak ke pelik kalau seekor ular yang badannya panjang tiba-tiba ada sayap. Pelik bin aneh bin ajaib. Ular tak mungkin bisa terbang kecuali bila berlaku sesuatu perkara. Ular hanya boleh terbang bila di dalam perut sang helang. Maka saat itu ular boleh terbang bebas tetapi sudah tidak bernyawa. Terbang sebagai tenaga untuk sang helang mencari mangsa baru..


Kalau anda takut kepada ular yang bersaiz normal, cuba tgk foto ni pulak. seram tak??

Thursday, October 1, 2009

Bara

Kalau boleh aku nak selalu aktif kat blog tapi buat masa skang tersangatlah busy. Ntah la. Keja menimbun-nimbun. Otak ni dah serabut. Jumaat sampai Ahad ni aku ada roadshow kat Queensbay Mall. Sape-sape nak jumpa aku boleh la ke sana. Jangan datang tangan kosong je. Koman-koman bawak la burger MCD. Leh gak makan sekali. Ahaks. Klah sampi sini dulu. Nanti ada masa aku menaip lagi. Kalau betul-betul free aku akan menggarap cerpen yang merapu, merepek, meraban. Nantikan...