Sunday, January 31, 2010

Pemancing Tegar


"Sabtu ni jadi kot mancing. Kalau tak dapat jugak ikan idaman, pasni kita tak payah pergi dah bawah jambatan". Itu antara ayat yang kawan aku cakap sabtu lepas. Target kitorang kali ni ialah menumpaskan talang 3 kilo ke atas. Seramai 6 orang menyertai ekspidisi memburu talang. Tiang jambatan no 21 menjadi pilihan. Sampai je aku terus sangkut Davy Johnes dengan harapan dapat kerapu. Lepas tu aku apollo roka untuk mendapatkan ikan bilis.


Ikan bilis dicakuk hidup-hidup dan dibuang ke dalam laut. Air hari tu sangat kuat dan tali kami dibawa jauh dari tempat asal. Aku tertarik melihat ketam di tepi batu jambatan. Tak macam kami guna apollo, ketam hanya menggunakan sepitannya. Aku tengok gaya ketam tak ubah macam beruang menangkap ikan salmon. Bezanya ketam menangkap ikan bilis. Selepas 3 jam kami berjaya memperolehi 3 ekor ketuka, mayung dan juga ikan gelama. Talang masih belum muncul. Malu-malu agaknya.


Selang beberapa jam, kami dikejutkan dengan batang rod kawan aku disentap hebat. Dia mula mengayuh. Sambil tu dia berteriak "aku rasa pari! berat semacam". Masing-masing tinggalkan rod dan memberi perhatian sepenuhnya pada kawan aku. Akhirnya mangsa dibawa naik. Seekor belut berwarna keemasan diangkat dan dianggarkan seberat 1 kilo. Lepas tu tiada seorang pun memperolehi ikan. Tepat jam 6 kami pulang dari bawah jambatan.


Masa dalam bot aku sempat bukak peti orang lain. Rasa geram ya amat bila tengok dalam bekas mereka terisi talang seberat 5 kilo. Ada jugak siakap merah dalam 3 kilo. "Pasni kita datang lagi. kita try tiang lain plak" kata kawan aku bila sampai di jeti. Aku dalam hati "Ceh tadi kata kalau tak dapat ikan idaman taknak pergi dah." Tiba-tiba kawan aku mencelah "dah nama pun pemancing TEGAR". Aku terdiam. Terkejut sebab dia macam boleh baca fikiran aku -__-!

Tuesday, January 26, 2010

Biarkan Aku

Kau tahu, di siniku setia menunggu,
Namun kau tetap dengan sikapmu,
Egomu diletak ditempat yang terlalu tinggi,
Sehigga sampai satu masa,
Aku menjadi jemu,
Tak mahu lagi memujukmu,
Tak mahu lagi mengisahkan dirimu.

Tatkala hati mulai sembuh,
Kau muncul semula,
Dengan renggekan manja penuh mesra,
Diriku dipujuk dan dirayu,
Tapi semua itu hanya tinggal kenangan,
Hati ini tak pernah lagi terbuka untuk dirimu
Sorry kutakkan luv u lagi.

Jika dulu dirimu kupuja,
Kukira itu hanya sia-sia,
Jangan lagi berharap untuk menumpang kasih,
Kerna antara kita, tidak sehaluan lagi,
Aku mahu memulakan kehidupan baru,
Usah kau hampiri lagi,
Cukuplah sekali kuterluka,
Ku tak mahu batinku tersiksa
Lebih baik kuputuskan saja,
Cari teman baru!

Thursday, January 21, 2010

Kelakar Ke??


Kambing : Amboi cik yam berseri pagi ni, nak ke bandar ke?


Ayam: Takde maknanya. Aku kan tiap-tiap hari melawa. Jambul aku ni saja insuran rm8k. Tu belum kira bulu lagi.


Kambing: Ala cik yam, ko menyemart sekalipun tetap tak pakai kasut. BERKAKI AYAM


Ayam: Ko kambing kadang-kadang aku kesian tengok ko..


Kambing: Asal plak? Nak kata aku tak mandi? Itu semua taktik lama la. Macam ko mandi!


Ayam: Bukan... Aku tengok ko ni bukan main ALIM. Janggut simpan. Tapi telo tunjuk merata kampung. Ape jadah


Kambing: -__-! zzZZZ


Entry dulu. Saja buat balik :)

Anda juga mungkin meminati:


Tuesday, January 19, 2010

Cinta Merah Di Ufuk Timur


"Wei Amran, Ayu kirim salam kat kau.. Kau ingat lagi tak budak kelas kita tu, Marayunis? dia ada hantar surat kat aku.. Dia dah luahkan isi hati yang sebenarnya dia sukakan kau... Sebelum dia ke luar negara, dia nak kau tahu satu hakikat yang dia cintakan kau seikhlas hati..." kata-kata Yusof itu membuat hati Amran seperti ditumbuk ahli tinju.. Berdegup kencang bagai terputus dari arteri pulmonarinya... Ayu? siapa yang tidak kenal dengan si gadis comel dari kelas 5 tuah itu? Kedipan matanya saja mampu merebahkan puluhan malah ratusan lelaki maskulin termasuklah guru disiplin dan pengetuanya sendiri.. Rambutnya yang ikal mayang diselitkan di belakang telinga menampakkan pipinya yang gebu dan licin tanpa seurat jerawat... Bibir merahnya yang selalu diukir dengan senyuman pernah membuatkan pengetua sekolah membatalkan persekolahan pada hari isnin kerana demam walaupun pada hakikatnya senyuman itu bukanlah untuknya.. Bentuk badan Ayu cukup mengiurkan walaupun dalam unifom sekolah.. abang kantin pernah menyapu muka ibunya sendiri dengan penyapu usang ketika membersihkan lantai di hadapan tandas hanya kerana terpandang Ayu yang berjalan di hadapannya.. Akibat dari perbuatannya itu ibunya terus menggelar abang kantin itu anak durhaka.. Sudah sepurnama abang kantin tidak pulang ke rumah setelah dihalau ibunya itu...

Begitulah tahap kesempurnaan yang ada dalam diri Ayu.. Ke mana saja dia pergi, bercakap, malah menguap sekalipun, orang akan terpaku dan terkesima sebaik sahaja memandang wajah Ayu. Keluarganya juga bukanlah dari kalangan orang calangan. Ibunya berdarah arab dan vietnam. Bapanya yang juga merupakan seorang CEO Shell memiliki dua buah kereta mewah berjenama mercedes dan kancil. Ramai yang berhasrat untuk mengambil Ayu sebagai teman wanita namun harapan mereka jelas sekali berkecai kerana Ayu lebih suka menumpukan perasaannya pada buku-buku pelajaran. Amran juga tidak terlepas dari golongan ini yang lebih gemar dikenali sebagai loser. Sejak Ayu berpindah ke kelas Amran dari sekolah lamanya, Amran lebih suka menyendiri. Matanya tidak terlepas memandang Ayu walaupun sesaat biarpun beribu jenis kuman dan habuk bertenggek di anak matanya. Pernah sekali Amran dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit pada kornea mata. Tidak hairan Amran kini berkaca mata dengan alasan banyak membaca buku. Sudah lama Amran merancang untuk meluahkan isi hatinya pada Ayu tapi setiap kali berhadapan dengan Ayu, lidahnya kelu seribu bahasa. Lututnya tak henti diketuk untuk memulihkan semangatnya. Peluh bertitisan dari hujung umbutnya sampai ke buku lali. Basah baju Amran bermandikan peluh. Sebab itulah Amran selalu membawa baju salinan di dalam beg sekolahnya..

Amran pernah mengupah seorang kawan untuk meyampaikan surat yang ditulis berlandaskan isi hati tulusnya dengan harapan Ayu menerimanya seadanya. Sejak dari itu Amran selalu membayangkan Ayu lari dan mendakapnya setelah membaca surat yang ditulis sepanjang malam itu. Hatinya ikhlas untuk menjaga dan menemani Ayu di kala Ayu memerlukan seseorang. Penantian Amran selama enam bulan tidak membuahkan hasil apabila Ayu tidak langsung memberikan apa-apa jawapan dan balasan surat. Seminggu sebelum peperiksaan SPM barulah Amran mendapat tahu bahawa kawan yang diberi sepenuh kepercayaan oleh Amran itu tidak memberi suratnya kepada Ayu sebaliknya mengepos surat itu ke pusat jagaan kanak-kanak kurang upaya. Duit upahnya pula digunakan oleh kawannya itu untuk membelanja teman wanita sambil menonton wayang midnight. Amran semakin tertekan. SPMnya berakhir dengan keputusan 8D 2E. Harapan untuk membawa Ayu ke jinjang pelamin terkubur menyembah tanah. Bagi Amran, Ayu memang bukan untuknya. Dia relakan Ayu pergi bersama orang yang lebih berjaya dari dirinya. Amran sanggup berkorban demi kebahagian Ayu biarpun hatinya remuk dan kemik kerana terpaksa berpisah dengan Ayu. Dia tidak mahu Ayu bersedih. Amran tidak mahu Ayu menunggunya yang tidak ada masa depan walaupun pada hakikatnya Ayu tidak tahu langsung tentang perasaan Amran. Hanya Amran yang bertepuk sebelah tangan...

Akan tetapi ungkapan dari mulut Yusof sebentar tadi membangkitkan semula semangat Amran untuk mendampingi Ayu. Sungguh tidak dijangka oleh Amran yang Ayu meminati dirinya yang serba kekurangan, dengan kata lain tidak ada keistimewaan lansung. Dengan potongan rambut yang kusut masai dan berhidung besar disulam dengan bibir hitam yang tebal serta mempunyai dua buah butir jerawat batu kesayangannya, Amran sangat dibenci para gadis. Tapi semua itu dipersetan oleh Amran. Amran tidak mahu peduli apa kata orang. Yang penting Ayu sudah dalam genggamannya. Sudah tiba masanya Amran mengukir awan-awan cinta bersama Ayu, gadis pujaan hati tulusnya. Amran tidak sabar untuk membaca surat yang diutuskan oleh Ayu kepada Yusof yang berkisar tentang dirinya itu. Dengan pantas Amran bertanya perihal surat itu kepada Yusof. Hatinya tak mampu lagi menahan nafsunya yang membuak-buak untuk mengetahui isi hati Ayu yang dicoret dalam tintanya itu. Apa yang diharapkan oleh Amran, dia sempat berjumpa Ayu sebelum Ayu berlepas ke luar negara dan sama-sama meyampaikan perasaan cinta yang sudah lama berputik dari pasangan beauty and the beast itu. Yusof segera menjawab" Laaaaa.... kau percaya ke? aku tipu je la... takkan lah Ayu nak kat kau yang hodoh ni.. cermin muka dulu la Amran....," dunia Amran terasa gelap. Segala perasaan yang disemai dalam awan kosongnya lesap. Amran rebah ke bumi. Nafasnya sangkut. Tidak disangka yang dia memang seorang loser..... Amran memejam mata sebelum dikejarkan ke hospital akibat hentakkan yang sangat kuat di bahagian kiri hati...


Hasil nukilan Tank (dia nak aku post entry nih)

Tamat Sudah

Ok hari ni tanggal 19 Januari 2010 bersamaan 3 Safar 1431 tamatlah sudah kuiz yang aku buat sebelum ni. Terima kasih kepada yang sudi turut serta. Malangnya takde sorang pun yang berjaya jawab dengan tepat. Kalau tak merasa korang nak top up rm30 dengan free. Jawapan yang sebenar ialah:

A= Ikan Belanak
B= Ikan Sembilang
C= Ikan Duri
D= Ikan Gelama
E= Ikan Ketuka

Anak pari dikenali sebagai ketuka. Sama macam bahasa inggeris jugak, anak kucing dipanggil kitten. Bila dah besar kita panggil cat. Sekian xD. Next time cuba lagi.Terima kasey!

Tuesday, January 12, 2010

Bukan Official Contest

Kelmarin bersamaan 12 Januari 2009 aku pergi memancing kat tepi persisiran pantai. Belakang Pantai Bersih. Lebih spesifik dekat dengan R&R. Walaupun kulit aku putih gebu, jangan ingat aku takut panas. Memancing merupakan salah satu hobi aku. Inilah hasil tangkapan aku. Kalau korang pandai, sila namakan jenis ikan yang dipaparkan. Dan kalau lebih pandai bezakan antara ikan yang kena pancing dan ikan yang kena jala. Pemenang akan membawa pulang hadiah lumayan dan akan diumumkan pada entry yang akan datang :)


Sila namakan ikan-ikan tersebut berdasarkan huruf yang disediakan. Contohnya

A = ? (ada 2 ekor)
B = ? (ada 3 ekor)
C = ?
D = ?
E = ?

Jawab jangan tak jawab :)


Ni pulak hasil tangan aku setelah digigit oleh unknown spesis. Abang aku cakap cam kena patuk ular je. Gatai ya amat. Dan jangan teka aku kena gigit ape. Takde hadiah untuk jawapan yang betul. Lagipun aku pun tak tahu menatang ape yang gigit aku.

Sunday, January 10, 2010

Seni Itu Buta

Hari ni masa aku selongkar pc, aku terjumpa hasil seni time kat U dulu. Aku buat benda ni menggunakan Paint. Memang bosan time tu. Aku rasa aku buat benda ni time kelas JAVA. Jangan tanya aku apa itu JAVA. Kalau jawa aku tau. Dengan bakat yang terpadam satu lukisan seakan-akan di pameran di muzium seni telah tercipta. Tak percaya?? Jom usha..

Lukisan ni diberi Tajuk Majumia


Yang ni plak HD (hi dude)


Spit Fire

Friday, January 8, 2010

Oh Saerah


Gambar di atas sekadar hiasan. Tidak berkaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah pergi tak kembali

Kunjungan penulis ke Simpang Empat, Perlis memberi kesempatan kepada penulis untuk singgah di rumah Pak Lang. Pak Lang seorang yang amat disegani kerana beliau seorang yang sangat berilmu. Pak Lang dengan penulis bukanlah orang lain. Kami mempunyai pertalian darah melalui bapa penulis. Kunjungan penulis di rumah Pak Lang disambut dengan begitu mesra. Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah anak Pak Lang, Saerah namanya. Orangnya sangat cantik pada pandangan penulis. Penuh dengan adat dan tatasusila seorang gadis melayu. Matanya yang lentik, pipi pauh dilayang membuatkan penulis jatuh cinta pandangan pertama pada Saerah.

Keayuan Saerah membuatkan penulis terpukau, Saerah juga tidak loket melemparkan senyuman ketika menghidangkan minuman. Kerana itulah penulis tak berkelip mata melihat Saerah. Jiwa penulis berdebar setiap kali kami bertentang mata. Dalam diam penulis meyimpan niat untuk menjadikan Saerah sebagai sebagian daripada hidup penulis. Mungkin sebagai calon isteri. Dan yang pastinya Saerah juga memberikan respons yang baik terhadap penulis.

Pulang dari Perlis, penulis jadi angau dan gila bayang. Wajah ayu Saerah sering terbayang-bayang di mata penulis. Penulis tidak lagi lalu untuk menjamah nasi, mandi juga tidak lama seperti selalu. Kadang-kadang penulis mandi tanpa bersabun. Begitulah hebatnya penangan Saerah kepada penulis. Penulis tekad mahu bertemu Pak Lang dan menyuarakan hajat penulis. Mesti Pak Lang tidak berkira kerana penulis juga sebahagian dari keluarganya.

Hajat penulis untuk kembali ke rumah Pak Lang terlaksana apabila penulis sempat berkunjung ke Perlis ahad yang lalu. Apabila tiba di Simpang Empat, penulis tidak membuang masa dan terus pergi ke rumah Pak Lang dengan hati yang berbunga-bunga. Salam penulis disambut manja oleh Saerah yang ketika itu sedang duduk di tangga rumah. Seerah yang berkain batik mebuat jiwa penulis meruntun hebat. Selepas memberitahu hajat penulis untuk berjumpa Pak Lang, Saerah masuk ke rumah. Lenggoknya membuatkan penulis terpana.

Sebentar kemudia Pak Lang keluar sambil membetulkan songkok dan kain pelikatnya. Salam penulis disambut mesra oleh Pak Lang sambil dipersilakan duduk."Dengar cerita ada hajat besar datang ke mari" Pak Lang memulakan bicara. "Betul Pak Lang..Err mana Saerah??" balas penulis. Penulis tidak mahu tergopoh gapah dalam soal menentukan hidup. Kalau boleh penulis nak melafazkannya di depan Saerah. Baru la nampak gentleman."Bini muda aku tu?? Ada kat dapur kot, tengah buat air" Pak Lang menjawab. Tatkala mendengar jawapan Pak Lang, terasa luluh jiwa penulis. Terasa hati ni hancur berkecai tak ubah gelas terhempas ke lantai.

Sudahnya penulis pulang ke rumah tanpa menikmati hidangan kuih di rumah Pak Lang dengan alasan ada hal kecemasan. Penulis pulang dengan perasaan hampa. Dan penulis berkira-kira, kalau dijamah juga kuih serta air teh buatan Saerah, sudah pasti ianya kelat dan tak manis. Dan petang itu, penulis rasa macam nak main takraw guna buah durian



Thursday, January 7, 2010

Kucing Tua


Aku dah start kerja. Minggu ni aku shift pagi. Hobi aku skang ialah tido. Ape-ape pesanan sila sms aku. YM ngan blog totally off. Berkaitan keja aku?? Ade ke kat kilang tempat aku kerja tu diorang cakap aku freshiee. Paling jibaouk cakap aku praktikal. Tau la aku ni awet muda. Tak dimakan usia orang cakap le katakan. Nges nges. Kenapa aku terlebih perasan??

Tuesday, January 5, 2010

Penunggu Bukit


"Pernah dengar insiden manusia berkepala harimau kat lebuhraya Karak?" Soalan itu menjadi ayat permulaan Man Todak pada petang itu. Siapa yang tak kenal Man Todak. Orang paling berani di Kampung Lepat. Kalau Man Todak ada di kampung, pasti beliau akan menceritakan cerita-cerita seram kepada orang kampung. Dan petang itu orang kampung disajikan dengan cerita hantu berkepala harimau di lebuh raya Karak. Semua kusyuk mendengar cerita Man Todak sehingga ada anak muda tidak berkelip mata mendengar cerita seram tersebut.

Selepas pulang dari mendengar cerita Man Todak, Kodek berasa sungguh tidak berpuasa hati, Baginya Man Todak sengaja mengada-ngadakan cerita untuk menakutkan orang kampung. Masakan ada manusia berkepala harimau. "Mereka semua tu bonggok. Percayakan benda karut." Kodek terus memaki hamun Man Todak. "Yang engkau ni kenapa? Dah tak percaya cerita orang tu, Buat apa ko pergi dengar" Supi yang tadi asyik diam mula bersuara. Dia berasa amat marah sekali dengan sikap Kodek. Siapa tak kenal Kodek, anak ketua kampung. Dia anggap dirinya sahaja betul. Malah dia yang dimanjakan sejak dari kecil memang tak mahu mengalah. Semua katanya harus orang turuti. Dalam diam Supi menyimpan perasaan mahu kenakan Si Kodek.

Malam berikutnya dia mengajak Kodek ke rumah Man Todak. Dengar cerita Man Todak baru sahaja menangkap beberapa ekor penunggu dari belakang bukit. Penunggu ni dah lama menggangu kampung jiran. Kodek menyahut jemputan Supi tanpa banyak bicara. Katanya kali ni biar kita lihat siapa yang betul. Namun ungkapan itu hanya sementara apabila Kodek yang tadi rancak berbual hanya terdiam apabila mereka mendekati rumah Man Todak. Apabila sampai dan dijemput masuk, Kodek hanya melangkah dengan perlahan dan muka yang penuh ketakutan. Supi tersenyum puas melihat Kodek bersifat demikian. Baru padan muka dia. Cakap terror sangat. Bisik hati kecil Supi. Terketar-ketar tangan Kodek ketika menyambut salam Man Todak. Dia kini pucat dan tidak keruan.

Sambil membetulkan kain pelikatnya, Man Todak memulakan bicara. "Untuk apa kalian ke mari? Adakah berhajat untuk melihat penunggu yang telah hamba tangkap?" Lagak Man Todak yang tak ubah orang dulu-dulu membuatkan Supi tersenyum simpul. "Kami memang berhajat nak melihat penuggu tu. Dengar citer tok dah pagar benda tu? betul ke?" Supi bersuara. "A'ah tok dah pagar, kalau korang nak tengok kejap tok bawakkan. Benda ni memang liar sikit. Penat juga tok hambat dan kejar untuk mendapatkannya" balas Man Todak. "Matanya merah, giginya tajam, harap korang tak takut ye.." tambah Man Todak. Kini giliran Supi terdiam. Kelihatan keringat jantan membasahi pipinya. Dia mula berasa takut apabila terdengar Man Todak mengatakan penunggu itu bermata merah dan bergigi tajam. Supi memang fobia dengan makhluk bermata merah dan bergigi tajam dek kerana kisah hitamnya waktu di sekolah menengah.

Sebentar kemudian Man Todak masuk ke dalam biliknya. Sambil tu Supi dan Kodek hanya mampu berpelukan kerana ketakutan. Selang beberapa minit Man Todak keluar dengan sebuah sangkar yang dibalut kain pelikat. Pelukan Supi dan Kodek semakin erat tatkala melihat kelibat sangkar tersebut. "Tok buka ye..Korang jangan bising-bising sebab benda ni tengah tido. Takut korang buat dia terjaga. Susah aku karang" Man Todak memberi pesan. Supi dan Kodek hanya mengaggukkan kepala. Kemudian kain yang membalut sangkar tu pun dilabuhkan. Serentak kemudian terdengar bunyi tumbukan dan sepak terajang yang menggegarkan rumah Man Todak.

"Aku dah kata dia penipu, ko taknak percaya" ujar Kodek sambil berjalan pantas. "Mana aku tau, aku ingat dia tu betul-betul handal" balas Supi yang mengekor dari belakang. Kedua-dua mereka berjalan pantas sambil menggengam penumbuk yang masih belum puas. Di rumah Man Todak, kelihatan kelibat orang tua tu yang lebam-lebam di sisi sangkarnya. Di dalam sangkar tersebut kelihatan 2 ekor memerang bukit yang sedang tidur lena.

Saturday, January 2, 2010

Farewell My Hair

Face it guys.. Aku dah tak berambut panjang dulu. Aku kini tak ubah macam mawi mati bini. Bukan ape, aku saja nak ubah penampilan sempena tahun baru. Sekaligus menunjukkan aku protes terhadap shampoo sunsilk. Hak Hak. Balik dari Genting aritu aku terus potong rambut. Aku lakukan semua ni demi kerjaya, tapi tahu ape kompeni tu cakap? Rambut awak yang asal lagi ok (diorang tegok dalam resume) Hampeh. Aku baru tahu yang kompeni cina tak kisah pun kita rambut panjang ke tak. Yang penting skill kite. Namun semua dah terlambat. Kerna tersilap percaturan, aku kini dah hampir botak. Harap korang masih berkawan dengan aku. Aku kini bukanlah lagi seorang artis pujaan kalian. Aku kini kembali menjadi manusia paranormal. Ni gambar terbaru aku. Sila jangan mencarut di komen :)

Aku???

Friday, January 1, 2010

Ada Apa Dengan Tahun Baru


Uish lamanya aku tak tulis entry baru. Semangat je mintak emel kekawan. Pastu diam. Cam pundek kan perangai aku? Bukan ape aku teramat la sibuk buat masa ni. Tahun baru, azam pun la baru ye tak? Aku dah dapat kerja baru. Lepas ni semua barang nak tukar baru. 1st thing aku nak tukar ialah pc aku. Pc yang aku guna skang dah tahap tukun. Elok campak je dalam laut. Pastu aku ingat nak angkat pda. Aku nak guna aplikasi GPS dalam tu. Nanti senang nak g lepak umah kawan-kawan. Banyak lagi aku nak buat. Semua dalam kepala. Semalam aku mimpi gathering kat Kutub Utara. Siap duduk dalam Igloo. Rindu gile kat bebudak Genting. Sampai mimpi-mimpi. Adakah aku dah capai tahap kronik? Yang korang sibuk-sibuk cakap pasal tahun baru nih. Tahun baru Islam korang tahu ke bile? Ha gelabah beruk ko!