Sunday, September 27, 2009

Kerja???

Hari ni isnin tanggal 28 Sepember 2009 bersamaan 9 Syawwal 1430M. Hari ni pasti ramai anak-anak muda yang dah mula start bekerja. Kerja dari sudut sains ialah satu daya yang malar digunakan untuk menggerakkan suatu jasad adalah sama dengan hasil darab magnitud sesaran dan komponen daya yang selari dengan arah sesaran itu.

Jika daya yang bertindak ke atas suatu jasad adalah sama arah dengan sesaran jasad.

Kerja, W = F × s

Di mana:

  • F = magnitud daya itu
  • s = magnitud sesaran itu
Ya itulah maksud kerja kawan-kawan. Hurm bila aku menerjah blog kawan-kawan ramai yang cakap hari ni nak sambung kerja tertangguh la, mula start nak menaip dalam blog la. Ah perdulikan itu semua. Semua tu tak penting. Cewah tetibe je emo tak tentu pasal. Saje je nak tarik perhatian korang baca blog aku. Menjadi tak taktik ni? (sambil kenyit mata)

Alahai dah abis cuti raya. Rasa macam tak cukup je seminggu. Anak sedara, jiran tetangga semua dah pulang ke tempat masing-masing. Tinggal la aku terkulat-kulat kat kampung sorang-sorang. Masih lagi setia menjadi wakil kampung. Raya taun ni tak banyak sangat rumah yang aku kunjungi. Rasanya lagi kerap ke cc dari umah kawan-kawan. Bila pakat kumpul ramai-ramai mula la nak pergi main snooker la. G main Left 4 Death la. Yang penting sempat jugak aku balik kampung kat gopeng ngn batu gajah. Dan yang paling aku suka time raya ni ialah open house. Rasanya dalam sebulan ni ada saja open house. Best sungguh dapat makan free. Okla sampi sini saja tulisan penulis. Aku nak bersedia untuk open house seterusnya. Kikiki. Jumpa lagi di episod yang akan datang. Adios amigos...

Friday, September 18, 2009

Entry Terakhir. Selamat Tinggal Follower...

Baca tajuk di atas cam gempak je kan. Bunyi macam aku nak stop dari berblog. Malangnya tekaan korang meleset sama sekali. Kepada mereka yang menyampah dengan hasil penulisan aku mesti bengang tahap siput sedut sebab penulis masih lagi setia menggarap. Menggarap cerita yang merapu, merepek dan meraban. Ya! penulis masih lagi aktif cuma akan bercuti sementara. Sekarang ni mood berayasakantakingatkerja telah pun diaktifkan. Kepada mereka yang menyambut hari raya aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Blog ni akan sunyi sepi dalam 3 hari kot. Mungkin lebih lama sebab penulis akan beraya sakan. Kepada mereka yang nak ajak aku pergi beraya dirumah pun apa salahnya. Beri alamat dan contact anda kepada emel yang disediakan ryofu_goku@yahoo.com, nercaya dengan pantas aku akan sampai. Sebelum tu diingatkan kepada si pengajak untuk menyediakan makanan yang istimewa buat menjamu kerakusan aku. Makanan mestilah berasaskan santapan diraja. Hehe. Oklah kepada semua follower dan pembaca sampai sini dulu. Chow Sin Chi....

Wednesday, September 16, 2009

Oh Kad Raya

Kad raya seterusnya dari Enchik Silent Thinker. Jom kita layan. Zassss.... (Aku masih dalam mood terkezut. Kes handphone dicuri time dekat nak raya)

Geram + Sakit Hati

Hari ni aku betul-betul tension. Sakit hati. Apa tidaknya handphone aku kena curi. Curi depan mata plak tu. Cerita dia macam ni. Tadi dalam pukul 3.30ptg aku pergi sembahyang zohor. Masa sampai kat masjid ada orang tua sapa aku time aku tengah bukak kasut. Orang tu mintak pinjam handphone sebab kunci kereta dia tertinggal dalam kereta. Dia nak telefon kawan dia mintak tolong. Aku pun atas dasar kesian bagi la dia pinjam. Lagipun orang tu dah tua. Dalam masjid plak tu, aku yakin dia takkan menipu.

Lepas tu dia cakap kawan dia nak jumpa kat satu tempat. Aku cakap bagi aku sembahyang dulu. Dia cakap, dia nakkan sorang teman sebab baru withdraw duit. Kat tangan dia ada rm3k. Dia siap tunjuk sampul surat tempat dia letak duit tu. Dia nak teman sebab takut kena paw. Aku pun setuju nak tolong. Lepas sembahyang aku pun ikut dia pergi tempat yang dimaksudkan. Tempat tu betul-betul depan balai polis. Aku memang tak syak apa-apa. Dia mintak pinjam handphone sekali lagi sebab kawan dia tiada kat tempat yang ditunggu. Dia suruh aku pegang sampul surat dia sambil tu dia bersembang dengan kawan dia. Lepas tu dia terus lintas jalan dan cabut lari. Aku dah start tak sedap hati terus kejar dia.

Waktu aku kejar, dia masuk celah orang ramai, aku dah tak nampak bayang dia. Aku tanya orang berdekatan, diorang cakap tak nampak kelibat orang tua tu. Aku boleh rasa diri aku ditipu. Aku cuba call no phone aku. Masuk voice mall. Sah handphone aku da kena balas. Sedih aku. Kena tipu bulat-bulat. Bukan sedih sebab handphone tu kena curi. Harga dia tak seberapa sangat. Yang aku sedih sebab orang boleh menipu dalam bulan puasa. Dah la orang tua. Dalam masjid pulak tu. Aku tak boleh bayangkan insan macam ni masih lagi wujud. Dalam perjalanan aku ke tempat kawan dia tunggu tadi pun dia sempat tanya aku puasa ke tak. Dia cakap bulan puasa ni memang allah bagi untuk umat islam kumpul pahala banyak-banyak. Dan bila aku buka sampul surat tadi (orang tua tu cakap dia smpan duit dia dalam tu) yang ada cuma kertas dan sampah sarap. ishk-ishk. Dunia-dunia....

Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya Lagi

Kad raya kedua dari alam siber ni datangnya dari Cik Maisyara Jamaluddin (siap nama ayah tu ahaks). Arigato gozaimas idayu. Sape lagi nak bagi aku kad raya? Sila-sila


Kad raya ketiga lak datangnya dari adik comey mizz saifa. Beliau mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin kepada kawan-kawan yang mengenali diri beliau. Chewah... da macam radio plak aku. baca ucapan raya. keh keh



Monday, September 14, 2009

Kad Raya Kepada Gangster


Ke hadapan Din Petai yang aku benci selalu,

Mesti kau terkejut dengan kehadiran kad raya ni bukan? Aku mungkin antara ribuan peminat kau, Din Petai. Tetapi ketahuilah bahawa kami semua bencikan kau. Bukan minat sangat pun kat ko. Baik kami minat Datuk Siti Nurhaliza lagi bagus. Kami bencikan kau sebab kau tu gangster! Gangster yang tak pernah ada belas kasihan. Mungkin sejak lahir lagi kau tak dapat kasih sayang dari ibu bapa kau. Sebab tu kau ganas semacam. Harimau pun tak seganas kau. Aku benar-benar marah dengan kau!

Masihku ingat lagi, waktu aku berbuka 2 minggu lepas. Kau dengan kejamnya menghentak muka aku ke meja makan. Lepas tu kau suruh aku makan mee bandung yang aku pesan menggunakan hidung. Tak ke bangang ke cara kau tu?? Sakit hidung aku tahu tak! 2 hari aku terpaksa bernafas menggunakan mulut. Memang salah aku sebab terlewat bayar hutang. Tapi kita kan sesama manusia. Tak bolehkah kau bersikap kompromi dengan memberi aku sedikit masa. Kau keja sungguh-sunguh pun bukan bergaji besar. Aku benci kau Din Petai.

Sejak kau masuk geng Ah Long ni kau semakin liar, ganas dan tak berperikemanusiaan. Sia-sialah kau mempunyai tubuh yang sasa, tetapi tidak digunakan untuk jalan yang betul. Aku rasa kalau kau jadi buruh binaan pun lebih baik. Ah sudahlah.. aku hantar kad raya ni pun bukan nak menasihatkan kau yang memang tiada hati perut. Buang masa aku je. Aku hantar kad ni untuk beri kau amaran. Amaran terakhir aku kira. Kalau lepas ni ada apa-apa perkara buruk yang berlaku ke atas diri kau, jangan cakap aku tak beri amaran!

Kau mesti masih tertanya-tanya kenapa aku beri kau kad raya ni dan bukan bersemuka sendiri dengan kau. Kau nak tahu kenapa?? Sebabnya aku takut. Aku takut badan kau yang sasa tu membelasah aku lagi. Cukup sekadar kad ucapan. Aku pun taknak sakitkan tubuh badan aku ni. Akhir kata aku ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir je.. Batin ko belum buat salah lagi. Jangan cari aku lepas ni. Aku takkan berjumpa dengan kau.

Yang benar,
Mat Rambai (bukan nama sebenar)

Sunday, September 13, 2009

Kad Raya

Hurrey!! kad raya pertama untuk bulan ni datangnya dari saudara afifee. Secara jujur, aku lebih suka duit raya. (^ ^) Perpun thank bagi kad raya ni. Warna hijau. Warna kegemaran aku..



Thursday, September 10, 2009

Bukanku Tak Sudi


"Abang... Hari ni hari ape?" tiba-tiba Soleha menanyakan soalan itu kepadaku. Aku jadi kaget. Terdiam sebentar sambil akal berputar ligat memikirkan hari apakah hari ni. Aku cuba periksa list di dalam telefon bimbit berjenama nokia. Namun usahaku ternyata sia-sia. Tiada sebarang catitan penting yang dicatitkan hari ini. Cuba menyemak buku nota. Juga tidak berhasil. Aku semakin gelabah babun. Hari apakah hari ni?

Soleha masih berdiri dekat denganku. Matanya yang buntang dengan senyuman yang manis membuatkan aku terpana sebentar. Namun aku tahu, di sebalik wajahnya yang tak ubah bak bidadari, soleha sedang mengharapkan sesuatu. Mengaharapkan jawapan dari insan tersayang. Maafkan abang soleha, soalanmu tidak bisa kujawab. Sudah puas berfikir, jawapannya seolah-olah tidak muncul. Menandakan memori aku tidak berfungsi dengan baik.

Aku cuba fikirkan hari ulang tahun perkahwinan kami. Tapi tekaan ni ternyata meleset sekali. Apa tidaknya, baru minggu lepas kami raikannya. Dan kerana itulah aku terpaksa berbelanja hampir seribu gara-gara makan di hotel. Masakan aku lupa tentang hal seperti ini. Lebih-lebih lagi melibatkan pengaliran wang. Aku tak mungkin lupa. Hari jadi Soleha? Atau anak sulong kami. Kenyataan ini juga jauh menyimpang kerana anak sulongku lahir pada bulan Januari dan Soleha di bulan Jun. Sekarang sudah bulan September, tak mungkin hari lahir mereka. Jadi hari apakah hari ni??

Aku tertunduk, takut berhadapan dengan Soleha. Soleha bertanya lagi "Abang... hari ni hari ape?" Dengan berat hati aku menjawab "abang tak tahu sayang, maafkan abang." Riak wajah Soleha yang gembira tadi aku lihat sedikit berubah. Aku tahu dia kecewa dengan jawapanku. Tetapi peracayalah, aku benar-benar tiada jawapan. Dari aku terus berdiam, lebih baik aku berterus terang. Bukankah itu menunjukkan aku ni seorang manusia yang jujur. Agak lama Soleha berdiam diri dan akhirnya dia menunjukkan reaksi. "Abang... Hari ni kan Jumaat. Abang tak pergi Sembahyang jumaat ke? Dah pukul berapa ni..."

Serentak dengan itu aku baru tersedar. Hari ni hari Jumaat rupanya. Maka bergegaslah aku bersiap untuk ke Masjid. Dan seperti biasa aku terlewat untuk mendengar khutbah. Abang benar-benar lupa Soleha....

Wednesday, September 9, 2009

Abang...


Wajah abang masih muram. Wajahnya yang kian berusia itu tampak jelas tambah-tambah ketika beliau dalam keadaan murung. Sudah seharian abang menghadap mukanya ke tingkap. Abang seolah-olah tidak bermaya. Wajahnya yang gusar menggamit simpati dalam diriku. Abang merenung jauh seolah-olah gerigi tingkap tidak menjadi penghalang untuk dia menggelamun. Aku kesian melihat abang begini. Sudah aku suarakan kerisauan kepada mak. Mak beritahu abang baru dapat panggilan dari tempat temuduga. Aku sudah menduga keputusannya. Kalau tidak, masakan abang bersikap demikian.

Sudah 10 tahun abang tidak bekerja. Selepas tamat di universiti abang masih tidak bekerja. Bukan abang tak berusaha, namun rezekinya belum tiba. Semangat yang mula-mula membara kini kelihatan sudah tinggal baranya. Bahkan mungkin tinggal abu. Kesian abang. Minggu lepas abang beriya-iya memberitahu aku mahu berubah. Tidak berputus asa untuk mencari kerja. Tetapi hari ini semangat abang seakan-akan hilang. Hilang dibawa bersama panggilan yang baru diterimanya

Aku sudah tidak boleh bertahan lagi. Kenapa nasib abang begini? Abang bukan tidak berkelayakkan. Tetapi kenapa susah benar abang diberi kepercayaan. Aku kira, kalau abang diberi peluang sudah tentu dia akan buat yang terbaik. Nah seperti aku katakan tadi, mungkin rezekinya belum tiba. Dengan perlahan aku mendekati abang yang masih merenung jauh. Dengan berhati-hati aku bertanya abang. Bagaimana pekerjaannya. Walaupun aku pasti, jawapanya tidak menggembirakan. Abang memandang aku dengan wajah sayu, menambahkan perasaan kesianku padanya.

"Adik..." abang bersuara lemah. "Abang baru saja terima panggilan dari tempat abang temuduga, abang diterima kerja" suara abang semakin sayup. Apa?? Aku cuba mendapatkan kepastian. Salahkah apa yang aku dengar sebentar tadi. Abang diterima kerja? "Habis kalau diterima, kenapa sedih" ujarku sambil berkerut kening. "Bukan apa, esok kan abang da start kerja, lepas ni tak boleh la nak goyang kaki lagi, tak boleh makan free lagi" balas abang dengan wajah penuh sugul. Cis dasar pemalas. Baru aku tahu, selama ni abang bukan tidak diterima kerja. Tetapi dia sendiri yang menolaknya. Menurut mak, abang memang dasar malas. Tahap kemalasannya tak ubah seperti memerang bukit.

Petang itu abang menghadap mukanya ke tingkap. Abang seolah-olah tidak bermaya. Wajahnya yang gusar menggamit perasaan benci dalam diriku. Dalam diam aku mencemuh dan memaki abang. Ceh pemalas. Menyesal aku kesiankan k0!

Tuesday, September 8, 2009

Maafkan aku

Mat tapa masih duduk termenung di satu sudut. Ayam goreng yang dimasaknya tidak sedikit pun dijamah. Entah kenapa perasaan bersalah masih membelenggu dirinya. Semua ini gara-gara ayam goreng tersebut. Petang tadi mat tapa beriya-iya mahu makan ayam gorang. Dkejar ayamnya satu persatu namun semuanya pantas melarikan diri. Cuma seekor saja yang berlagak tenang. Seperti tidak mengendahkan apa yang berlaku. Dengan mudah ayam tersebut ditangkap. Setelah ditangkap ayam tersebut dimasukkan ke dalam sangkar sementara menunggu pisau diasah.

Sambil mengasah pisau, mat tapa bersiul-siul kecil tanda kegirangan yang terkata. Hajatnya nak makan ayam goreng hari ni semakin nyata. Dalam sibuk mengasah pisau tu mat tapa sedikit kehairanan. Ayam yang baru ditangkapnya tadi kelihatan seolah-olah bermuram. Masakan ayam mempunyai perasaan seperti manusia. Tapi lagak ayam tersebut benar-benar menyentuh perasaan mat tapa. Ayam itu seperti berkira-kira dengan hari kematiannya.

Selesai mengasah pisau mat tapa terus memulakan upacara penyembelihan. Ayam yang bermuka muram tadi tidak diendahkan lagi. Yang penting hajatnya nak makan ayam goreng untuk juadah berbuka puasa tercapai. Selepas menyiapkan segalanya, ayam tersebut digoreng. Tetapi entah tiba-tiba hati mat tapa terkenangkan ayam tersebut. Riak wajahnya yang berbulu menunjukkan tanda kesedihan bermain di fikiran mat tapa. Mat tapa mula gelisah. Mungkin ayam ni ayam bertuah, mat tapa mengomel sendiri. Dan ketika itulah selera makannya putus . Sah ayam ni ada sesuatu padanya.

Tiba-tiba lamunan mat tapa tersentak. Tedengar namanya dipanggil, sahut-sahut kemudian makin jelas. Bala apakah di malam ramadhan ni? Di luar pak abu telah siap sedia dengan parang kontotnya. Dengan lagak seperti panglima perang dia memanggil-manggil nama mat tapa. 'Keluar kau setan!!' tempik pak abu. Mat tapa keluar dari rumahnya dengan muka tak bersalah. 'Kenapa bising-bising ni pak abu? Tak tahu ke sekarang waktu berbuka. Nanti nak ke terawih pulak. Kot ye pun masukla dulu. Pekena ayam goreng' balas mat tapa penuh kelembutan.'Pasal ayam la aku ke sini. Kau sembelih ayam aku buat juadah berbuka. Bijak sungguh!! Kau mana ada bela ayam. bela rambut ada la. Keja menanggur ada hati bela ayam kunun, ke sini kau' suara pak abu semakin meninggi.

Sudahnya malam tu orang kampung dikejutkan dengan suara mat tapa menjerit meminta tolong. Di belakangnya kelihatan pak abu sedang mengejar dengan parang kontot.

Sunday, September 6, 2009

Bergaya Sakan

Hari ni tangan tiba-tiba gatal nak snap gamba sendiri. Beginilah lah rupa aku dalam mood nak raya. Rasa-rasa kalau kena dengan baju melayu boleh tackle angelina jolie tak? keh-keh

Apehal cerah semacam je. Bukan kesan edit atau salah kamera. Tapi aku duduk betul-betul menghadap matahari


Mula beraksi


Cuba meniru lagak ariel peterpan

Moral of the story: Kejelitaan adalah milik setiap insan. Peace no war

Saturday, September 5, 2009

Pagi yang kurang enak

Sekarang ni pagi-pagi aku terganggu. Gangguan dari makhluk bangang aku kira. Masakan tidak, miss call aku di pagi buta. Aku call balik masuk voice message. Aku hantar message. Nak tahu ape dia jawab

Aku: sape ni?

Si bangang: sori saya silap telefon. Nombor awak sama dengan no tunang saya

Jelas kebangangannya sebab no tunang sendiri pun tak safe. Pastu menyusahkan aku pagi-pagi buta. Aku stress. Hari ni dia call lagi. Sudahnya aku hantar sms berbunyi seperti berikut:

Jangan kacau orang pagi2. kalau betol no ni nk sama dgn no tng awk. kenapa x save je no die. jangan nyusahkan org lain ats kelemahan memori awk

(teks sms di atas tidak diubah)

Taekwondo Vs Silat


Mungkin anda tidak pernah tahu. Aku sebenarnya seorang ahli taekwondo WTF. Ini merupakan fakta dan bukan auta semata-mata. Kejayaan aku dalam ahli seni bela diri ni sudah sampai ke tahap 2nd grade. 2nd grade ni maknanya kalau lulus satu lagi ujian, akan terus ke tali pinggang hitam. Ini bukanlah tali pinggang hitam biasa yang selalu dimainkan-mainkan. Kalau kepingin nak merasa side kick aku cuba buat lawak dengan tali pinggang hitam kulitmu. Pasti kau akan terasa cepat benar nak ke hospital. Tapi dek kekurangan wang masa aku kecil dulu, niat untuk sambung ke tali pinggang hitam terbengkalai macam tu je. Sampai sekarang aku tak sambung. Malas rasanya.

Cukup bercerita tentang kehebatan aku. Bercerita panjang lebar pun akan menyebabkan korang rasa mual dan hayal. Kita stop di sini. Bukan stop cerita ok. Stop bercerita kehebatan aku. Heh. Entry kali ni nak cerita pasal taekwondo vs silat. Silat apa? Silat abjab. Silat ni pernah masuk dalam paper iaitu silat yang terpesong. Aku mula berkecimpung dalam arena taekwondo ketika darjah 2. Aku memang cekap. Skali ujian terus naik tali pinggang hijau. Tak perlu menunggu tali pinggang kuning. Hebat kan aku. Mula bangga lagi. Menyampah. Dulu sekolah aku selalu buat hari kantin. Hari di mana semua benda dibeli dengan kupon. Menarik bukan? Bila ada hari kantin ni kami ahli taekwondo selalu diberi peluang untuk buat demontrasi. Dan aku kerap terpilih. Bukan sebab aku handal. Tapi sebab aku bertubuh kecil. Jadi nampak bergaya sekali ketika seorang budak kecil menumpaskan lawan yang lebih besar. Lebih-lebih lagi lawan yang mempunyai senjata.

Ini sekaligus menarik minat anak-anak muda untuk mengikuti taekwondo. Tak kurang ibu bapa yang akan memaksa anak mereka memasuki kelab ni. Kegiatan ni berjalan lancar sehingga aku darjah 6. Masuk tahun tu kami mempunyai persaingan dari kelab lain. Dan tak lain tak bukan pencabar kami datangnya dari kelab silat abjab. Mereka juga turut sama membuat demontrasi menarik minat. Aku sedikit kagum apabila dikatakan ahli silat mereka mempunyai badan KEBAL. Acara dimulakan dengan seorang remaja dibelasah sekumpulan budak kecil. Remaja ni dibelasah dengan teruk sekali. Ni pukul betul-betul punya. Bukan seperti bergurau senda. Reaksi anak muda tu kelihatan tenang sekali. Aku cukup tertarik melihat aksi ni. Si guru yang berada di sebelah belum berpuas ati kerana terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan semua tu bohong belaka. Dipukul budak-budak kecil manakan terasa sakitnya. Lalu si guru mengambil atap genting rumah yang cukup tebal, dihentamnya ke belakang si remaja. Sejurus dihentam si remaja mula menunjukkan reaksi. Aku lihat dia mengeliat macam cacing kepanasan. Kemudian meraung-raung macam orang kena sampuk. Sah ilmu kekebalannya tak berjaya melawan genting atap. Sudahnya remaja itu diusung pergi.

Demontrasi seterusnya diambil alih oleh si guru sendiri. Beliau menyusun atap genting sebanyak 6 keping. Lagak seperti encik satan dia terus 'mengkarate' atap genting tersebut. Semuanya patah. Hebat!! Tapi tak cukup hebat kerana apabila dia memberi salam hormat, aku nampak darah mengalir dari celah jarinya. Sejak dari hari itu tiada lagi demontrasi silat abjab. Aku pun tak pasti samada silat ni masih terpesong atau tidak. Yang pasti aku dah tak sekolah di situ. Lepas darjah 6 aku masuk asrama.

2 dalam 1

Mana nak dapat. Sekali award dapat 2 terus. Award ni datangya dari cik saifa. Kiut btol award nih. Sama macam tuan die. Tq ye saifa. Aku bile plak nak kasi award kat orang ye? Hurm tunggu follower sampai tahap 100 nanti aku kasi korang award.

Award pertama



Award kedua (harus bagi teka teki dulu baru dapat award)

So teka tekinya ialah:
Hari apa yang ditakuti oleh suami dan isteri?

Dan award seterusnya menjadi milikku

Adeh Sakit Kepala

Hari ni bangun je saho rasa badan letih-letih. Pas abis subuh aku terus tido balik. Bangun dalam pukul 11 camtu. Badan memang terasa berat. Sah aku demam. Adus tak selesa betol. Masuk kali ni dah 2 kali kali aku demam. Dalam jangka masa yang singkat plak tu. Baru bulan lepas aku demam. Bulan ni pun demam lagi. Ishk-ishk. Lemah sungguh antibodi badan aku. Dari tadi aku terperuk cam beruk kat dalam bilik. Tak larat. Harap-harap cepat sembuh. Kawan-kawan tolong doakan ye. Kes H1N1 memang menakutkan aku. Nehi-nehi H1N1. Holick 1 nescafe 1 aku boleh.

Friday, September 4, 2009

Award bukan masuk ward

(~',')~ sila klik gamba untuk terus ke link bodek comey di atas ~(','~)


Ok kali ni award dari cik jezz kita. Tag yg dijawab...

A. nyatakan 6 faktor menarik tentang pemberi award ni..

1) Jezz suka promosi blogger baru
2) Dia klaka tapi tak sampai tahap badut
3) Rajin masuk blog aku
4) Rajin komen kat blog aku
5) Muke die comey (ni leh masuk dalam list ke?)
6) Jezz sangat spotting orangnya

B. setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta @ hobi diri sendiri..

1) Aku suka melukih di waktu lapang
2) Aku gak suka main game (tak kira ps2 atau pc)
3) Gila main pet society ngn rock legend
4) Suka menangkap ikan. Tapi skang lebih kepada memancing
5) Kalah perang kalau ada gadis menangis. Maksudnya mudah tersentuh
6) Suka g karaoke nyanyi lagu rock cintan
7) Nak jadi orang kaya kalau boleh
8) Suka filem action dan klaka
9) Tak pernah g genting higland

C. Pilih 10 rakan orang penerima award & discripe tentang mereka...

Alamak aku pun baru lagi dalam arena blog ni. So all award diberi kepada semua follower saye. Love u all for da support.

Peubahan!!

Kepada mereka yang selalu masuk blog aku tentu perasan yang banner blog ni dah berubah. Bukan ape, saja nakkan perubahan. Harap korang suka dengan perubahan baru ni. Hehe. :)

Thursday, September 3, 2009

Kena Patuk Ular




Entry kali ni nak sambung balik cite bagaimana penulis dipatuk ular. Ulau orang melaka cakap. Ok kes ni berlaku masa aku tingkatan 2. Tingkatan dua bermakna aku berumur 14 tahun. Menangkap ikan masih menjadi hobi ketika itu. Satu hari selepas pulang bercuti (aku duduk asrama) abang aku mengajak aku bersama-sama teman lain untuk menimba ikan. Katanya dia da jumpa 'port' baik untuk menangkap ikan. Jadi tanpa berfikir panjang aku terus tukar short dan bersama sebuah timba ke tempat yang dimaksudkan. Sampai di tempat kejadian kami terus menimba. Kali ni tak payah tarah rumput sebab kawasan tali air tu memang clear. Cuma air je yang lebih. So dalam 40 minit kami dah mula menangkap ikan.

Hasil agak lumayan hari tu dengan seekor haruan sebesar lengan. Tapi hati belum puas sebab kalau boleh nak dapat lagi besar. Sedang leka menangkap ikan, abang aku memberi tip baru. Beliau cakap ikan haruan ni suka duduk dalam lubang di dalam air. Dan sedikit peringatan lubang tersebut mestilah semua di dalam air dan bukan lubang dalam air tetapi lubang keluar menghala ke atas. ITU LUBANG ULAR!! Tips baru yang diperolehi memang berhasil dan aku berjaya memperolehi seekor ikan haruan yang lebih besar. Perasaan teruja terus meningkat.

Dalam keadaan syok mengkap ikan di dalam lubang aku terlupa pesan abang aku. Semua lubang aku geledah. Hinggakan lubang yang menghala ke atas pun aku geledah. Masa aku masukkan tangan dalam lubang tu dapat rasakan seekor ikan yang sangat besar. Rasanya paling besar untuk hari tu. Dan sisiknya amat jelas. Aku terus menarik ikan tersebut untuk keluar. Tetapi yang menjadi kemusykilan ikan tersebut sangatlah panjang. Dan aku mula rasa tak sedap hati bila rasa ikan tersebut mempunyai LIDAH BERCABANG. Terasa lidah dia sedang bermain kat jari aku. Terus aku tarik tangan dari lubang tersebut. Tapi ternyata sudah terlewat. Ketika tangan aku berada di permukaan air. Seekor ular yang agak besar terus mematuk jari aku. Ular tu keluar dari permukaan air sejibik macam filem anaconda. Yang bezanya saiz dia tak sebesar anaconda. Kalau tak, dah tentu aku yang kena baham dan bukan jari aku. Selepas dipatuk aku jadi hilang semangat. Terasa dunia gelap gelita. Aku terus menangis sebab takut mati. Ye la, masa tu mana ingat benda lain. Kena patuk confirm mati. Dan ketika itu terdengar azan maghrib.

Rupa-rupanya kami dah terleka tangkap ikan hingga masuk waktu maghrib. Patut perkara tak elok berlaku. Aku terus cepat-cepat cuci tangan yang masih berdarah. Lepas tu kami semua bergegas pulang ke rumah. Sampai di rumah aku terus mandi dan solat maghrib. Lepas tu terus masuk tido. Otak dah tak boleh pikir apa-apa masa tu. Tuuuuuuuuuuut....... End of the story











Tiba-tiba aku terasa diri aku dikejutkan. Abang aku tanya "woi dah mati ka' fuh nasib aku masih bernyawa. Abang aku suro bangun dan solat isyak. Selepas dibuat kajian bersama raka-rakan lain kami membuat kesimpulan ular yang mematuk aku merupakan jenis tidak berbisa. Dan ular tersebut merupakan ular yang diberi nama ular guni buruk. Tak tahu macam mana asal usul nama ular ni diambil. Sempena guni atau buruk. Yang penting aku selamat. Dan sejak dari hari tu aku dah tak tangkap ikan pakai tangan. Aku mancing je. SERIK!!

Wednesday, September 2, 2009

1st Award

I present u my 1st award. Jeng jeng.. Thanx to Liez for the award ^^


Tag = Tembak Aksi Gaban

1.Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
Should i answer this question? Hurmm

2.How did u feel when u woke up this morning?
Ahhh very sleepy..

3.Who was the last person / people you took photo with ?
Start with 'N' and last with 'A'

4.Would u consider urself spoiled ?
Never!!

5.Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
Too many. Can consider that? But no special.. Huhu

6.Do you want someone to be dead?
Sometimes

7.What does your last text message say?
Ngah buat ape tu?

8.What are you thinking right now ?
I'll be missing U

9.Do you want someone to be with you right now ?
Sure. The one that can make me feel comfortable

10.What was the time you went to bed last night ?
2.00am

11.Where did you buy the tee you are wearing now ?
This one got from my company

12.Who was the last person who text you ?
'Sha'

13.TEN Lucky Person to do this quiz.
All my beloved follower

Tuesday, September 1, 2009

Kena Belit+Patuk Ular


Entry hari ni nak cerita pengalaman aku (penulis) dipatuk/dibelit ular. Pernah anda bayangkan diri anda dipatuk atau dibelit oleh seekor ular? Macam mana rasanya? Bagaimana keadaan emosi dan fizikal anda ketika keadaan tersebut berlaku? Jom kita semak pengalaman aku bersama sang ular.

Kes Pertama : Masa tu aku pergi camping bersama beberapa teman karib. Tengah syok bercanda tanpa disedari seekor ular telah menyelinap masuk ke dalam khemah aku. So bila time nak masuk tido, maka terkejut beruk la aku melihat kelibat seekor ular hitam yang amat garang rupanya. Tanpa banyak bicara ular tersebut terus mematuk aku. Dan 'poop' aku terbangun. Ceh mimpi rupanya. Kata orang kalau mimpi ular, ada orang berkenan kat kita. Betul ke? Hehe kes pertama fail sebab mimpi. Jadi aku tipu.. Sorry ye. Tak best la terus masuk tajuk utama. Kena ada bunga-bunga sikit. Betol tak?

Kes Kedua: Ok kali aku serius! Benda ni berlaku ketika aku darjah 6. Aku tinggal dekat dengan kawasan sawah. Bila time kemarau, air-air dari tali air yang digunakan untuk mengairi sawah akan surut dan kering. Time ni la kami, kanak-kanak cukup gembira. Apa tidaknya masa ni la kami bersama rakan-rakan lain akan berpesta menangkap ikan. Tempat yang aku pergi untuk tangkap ikan memang seram sikit. Kawasan ni penuh dengan semak samun. Namun bila start menimba dan kawasan semak ditarah kawasan tersebut bertukar menjadi luas. Seluas mata memandang. Tangkapan aku yang pertama berhasil dengan seekor ikan keli. Kemudian ramailah rakan-rakan akan turun ditempat yang sama untuk berentap menjadi juara menangkap ikan. Dan yang pastinya kami mencari raja ikan di tali air iaitu ikan haruan. Masuk hari kedua raja masih belum dapat dijejaki. Paling besar pun sebesar lengan. Abang aku cakap raja belum dijumpai dan dia yakin masih berkeliaran di kawasan tersebut. Nah benar seperti yang dia cakap. Keesokan harinya yakni hari ketiga, abang aku menjadi juara. Beliau telah mendapat seekor ikan haruan sebesar paha. Cukup besar hingga terpaksa 2 orang (kanak-kanak darjah 6 dan tingkatan 1) angkat ikan tersebut. Aku sedikit cemburu kerana nama abang aku disebut-sebut sebagai juara. Aku masih tak berputus asa dan merasakan ada lagi yang besar daripadanya. Kalau ada raja mesti ada permaisurinya. Begitulah pendirian aku.

Tiba-tiba kawan aku bernama jony memanggil namaku. Panggilan itu sekaligus melenyapkan lamunaku. Jony cakap dia dah jumpa permaisuri. Dia cakap ikan haruan tersebut berada di bawah kakinya. Aku terus ke tempat jony dan merasa sendiri haruan yang dimaksudkan. Dalam selut yang lembut tu dapat aku rasakan sisik ikan. Dan ikan ni memang besar. Sah jony tak menipu. Ketika tangan aku menyeluk ke dasar air, tiba-tiba haruan tadi mengganas. Dan aku rasa kaki aku dibelit. Masakan ikan haruan mampu membelit. Aku gagahkan tenaga yang ada untuk mengangkat 'ikan' tersebut. Terkejut bukan kepalang kerana ikan yang disangka bukanlah seekor ikan, tetapi seekor ular. Ular Katang Tebu! Ular ni kalau korang nak tahu warnanya berbelang kuning, merah dan hitam. Memang cukup seram. Aku ditinggalkan rakan-rakan yang berlari lintang pukang naik ke tebing. Dek kerana perasaan takut aku terus mencapai kepala dan ekor ular tersebut dan membebaskannya dari melilit bahagian paha aku. Aku terus buang jauh-jauh dan berlari naik ke tebing dengan tercungap-cungap. Lega bercampur takut. Sudahnya semua yang berada di situ cabut lari ke rumah masing-masing. Aku jadi fobia menangkap ikan. Tapi tak lama, lepas 2 hari kami start turun kes sawah untuk memburu raja ikan iaitu haruan. Kes kena patuk akan diceritan pada entry berikutnya. Nantikan..