Friday, February 26, 2010

Milah Oh Milah

"Sampai hati dia tak balas surat saya mak" itulah antara rungutan Khalid pada pagi tu. Mak Jah sakit kepala lagi. Bukan hari ni je Khalid merungut. Boleh dikatakan setiap hari. Ada saja yang tak kena. "Malang apa la nasib aku, ada anak yang tak boleh pakai" tiba giliran Mak Jah merungut. "Ni semua salah Mat la ni (merujuk suami Mak Jah) aku suruh minum tongkat ali masa nak ehem-ehem. Dia g bantai minum kopi janda. Kan anak pun dah macam ayam belanda!"

"Kenapa mak? Tell me why? Kenapa dia tak balas surat along" Khalid merungut lagi. Mak Jah dah malas melayan kerenah Khalid. Baik dia layan Akademi Fantasiot lagi bagus. Khalid termenung sendiri bila Mak Jah dah tak pedulikan dia. Dia merenung jauh dari gerigi tingkap terus ke sawah padi yang menghijau di belakang rumahnya. "Sampai hati kau!" tiba-tiba Khalid bersuara keras. Suaranya bagai halilintar memanah bumi. Mak Jah yang leka menghantar sms mengundi terkejut bukan kepalang. Dia segera mendapatkan anaknya di dapur.

"Apa lagi Khalid" Mak Jah terus menyoal. "Sampai hati dia tak balas surat saya, Kat situ saya dah buang ego saya. Saya dah luahkan perasaan saya yang terbuku di hati. Bukan kata nak balas surat, guna sms pun tak boleh ke?" balas Khalid. "Kat sapa kat luahkan perasaan ko?" soal Mak Jah. "Kat Miley Cyrus, penyanyi lagu party in the USA tuh. Saya ni peminat sejati dia". "Miley Cyrus tengkorak ko. Mengaji pun tahap PMR. Kerja pun menganggur. Ada hati nak Miley Cyrus. Buat penat aku je melayan karenah ko. Aku sumpah jugak budak ni jadi mentibang laut karang" tiba giliran Mak Jah mencemuh

Wednesday, February 24, 2010

Kes Perbualan Telefon 2

017-xxxxxxx: Hello, Hafiz ada tak?
Hazri: Xde la.. Ni bukan Hafiz. Ni Hazri
017-xxxxxxx: Ye ke.. kk. Sorry

017-xxxxxxx: Hello, Hafiz ada tak?
Hazri: Ni bukan Hafiz. Ni Hazri!
017-xxxxxxx: Ye ke.. kk. Sorry

017-xxxxxxx: Hello, Hafiz ada tak?
Hazri: Ada. Ada. Ni Hafiz la. Ada pe hal?
017-xxxxxxx: Ni bukan Hafiz kan. Suara lain macam je. Jangan menipu la wei. Ni bukan Hafiz
Hazri: A'ah ni atok ko. Hafiz Nazaruddin -__-!

Monday, February 22, 2010

Selamat Datang Ahli Keluarga Baru

Setelah lama menyepi, aku kini kembali. Kembali berblog setelah blog ni ditinggalkan tanpa sebarang pesan. Kesibukan yang melampau-lampau membuatkan aku jarang update. Blog kawan-kawan tetap aku baca. Cuma tak tinggal komen je. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa aku diam ek. Sebenarnya aku menyambut kelahiran keluarga baru.

Sapa keluarga baru aku tu? Adik baru ke? Mustahil mak aku mengandung lagi. Kucing aku melahirkan anak? Lagi mustahil sebab kucing aku tu jantan. So dah semua silap abis sape keluarga baru aku ni? Dah malas nak citer panjang. Korang tengok la gambar ni. Segala persoalan akan terjawab. Adios...




Ni la keluarga baru aku



Aku bagi nama dia Paul Smith



Pasni boleh la aku g keja guna ahli baru ni. Nak ngorat pun boleh jugak :p


Saturday, February 6, 2010

Hidup Segan Mati Tak Mahu


Ketika aku berborak di ruangan chatting terkenang zaman masa di mrsm dulu. Waktu itu handphone masih belum menjadi barangan HOT lagi. Malah aku tidak pernah kenal apa maksud sms (semua mawi sapu) aku hanya berhubung dengan teman-teman berjauhan menggunakan sehelai kertas yang bernama surat. Aku memang rajin tulis surat dulu, sebab masa perhimpunan kalau kami dapat surat, nama akan diumumkan. Mendapat surat merupakan satu kebanggan. Buka apa, pasti ramai membe-membe yang jeles sebab hanya mereka yang tertentu saja akan mendapat surat. Surat-surat ini sudah pasti daripada makwe-makwe yang berjauhan. Hatta surat ayah hantar suruh rajin belajar pun dikatakan daripada awek (demi menjaga sebuah harta yang bernama maruah dan reputasi).


Dalam berhubung menggunakan surat ni, aku telah diperkenalkan oleh seorang kawan untuk menggunakan sahabat pena. Aku merasakan sahabat pena merupakan langkah yang terbaik. Dari saat itu, maka bermulalah kegiatan aku melayan sahabat pena. Dalam keadaan suasana HOT dengan sahabat pena, tiba-tiba salah seorang rakan perempuan aku telah memperkenalkan kami dengan trend baru iaitu sahabat dari luar negara. Bersahabat dengan orang UK. Kami yang memang dasar jakun serta mudah terpengaruh mula menaruh harapan untuk mendapat sahabat pena dari luar negara. Sahabat aku yang bernama Hayyum berkawan dengan sahabatnya di UK bernama Guila Tolomeli. Rupa kawan luar negaranya ni cukup comey. Cukup manis untuk menggoda mata lelaki yang gersang tahap musang. Maka ramailah anak muda berebut mahu mendapatkan contact Guila Tolomeli. Tetapi hanya Hayyum saja yang mempunyai gambar dan contactnya.


Musim yg kami lalui selepas itu penuh dengan nama Guila Tolomeli. Ke mana saja aku pergi pasti nama Guila Tolomeli disebut-sebut. Malah ada juga anak muda yang mula menaruh hati terhadap Guila Tolomeli. Aku tak terlibat kerna aku jarang menunjukkan sebarang reaksi sebenar. Suasana bertambah gamat apabila gambar Guila Tolomeli yang dipuja-puja telah hilang dari simpanan Hayyum. Keadaan ketika itu menjadi sangat gawat. Lagi gawat dari lagu GELI MAT Mat mat (makin sayup). Gambar Guila Tolomeli hilang hampir seminggu. Ketika kami semakin buntu akhirnya soalan terjawab. Salah seorang daripada rakan kami telah mencuri gambar Guila Tolomeli akibat ransangan jiwa yang kacau & gelora. Mengikut cerita, gambar Guila Tolomeli telah disimpan di dalam seluarnya hampir seminggu. Kacau-kacau. Kini gambar Guila Tolomeli telah kembali. Walaupun sedikit kusut masai + kedut-kedut namun masih ramai anak muda mencintainya & malah lebih mengasihinya.


Air yang tenang jangan disangka tiada ikan koi. Rupa yang cantik jangan disangka puteri. Akhirnya kami mendapat berita yang amat mengejutkan. Terkejut sehingga ada anak muda yang muntah-muntah serta jatuh pengsan. Aku juga tak terkecuali. Kata hayyum, Guila Tolomeli yang kami puja-puja sebenarnya adalah seorang lelaki. Buekkkkkkk. Tambah hayyum lagi, sebab tu dia hanya layan hayyum sebab hayyum ni perempuan, kami ni lelaki. Sebab tu surat-surat yang kami hantar tak pernah Guila Tolomeli balas. Kami pulak tersilap info yang Guila Tolomeli ni perempuan, jadi dia nak berkenalan rakan perempuan luar negara. Semunya silap. Kami marahkan hayyum kerana menipu kami, tidak memberitau perkara ni kepada kami lebih awal. Hayyum hanya menjawab dengan muka selamba "da korang tak tanya". Guila Tolomeli yang dipuja-puja seorang lelaki. Ini memang tak masuk akal. Jadi dengan siapa kami memuja selama ni. Gambar siapa yang diletak di dalam seluar ayie (bukan nama sebenar, kalau benar maka muka aku akan pecah) Maka apabila terkenang peristiwa ni, aku akan muntah-muntah hingga hilang selera makan. Guila Tolomeli....

Thursday, February 4, 2010

Pasrah

Kes perbualan telefon dengan orang yang tak dikenali

013-xxxxxxx: Hello, Hafiz ada tak?
Hazri: Xde la.. Ni bukan Hafiz. Ni Hazri
013-xxxxxxx: Oo... Ok-ok
Putuskan talian

Selang 10 minit

013-xxxxxxx: Hello, Hafiz ada tak?
Hazri: Xde la.. Ni bukan Hafiz. Ni Hazri
013-xxxxxxx: Oo... Ok-ok
Putuskan talian

Selepas 30 minit

013-xxxxxxx: Hello, Hazri ada tak?
Hazri: Xde la.. Ni bukan Hazri. Ni Hafiz
013-xxxxxxx: Oo... Ok-ok
Putuskan talian