Wednesday, April 28, 2010

Pro

Ape maksud pro nih? Pro merupakan satu anugerah yang diberikan kepada mereka yang pakar. Tak kira la pakar dalam bidang memasak, melukis, bermain DOTA mahupun memancing. Pro dalam cita aku kali ni tentulah berkaitan dengan aksi memancing. Walaupun aku selalu je berstatus bizi. Namun ajakan kawan-kawan untuk memancing tak pernah aku tolak. Kegiatan memancing kali ni berlaku di jambatan pailing iaitu jambatan kedua yang tersadai (tak siap). Projek berjuta-juta ni terbengkalai setelah berlaku peralihan kuasa. Bagus jugak jambatan ni tak siap. Sekurang-kurangnya ia menjadi syurga bagi para pemancing sebab kawasan tu dah jadi macam tukun.

Punya nak jadi cerita, umpan kami malam tu hanyalah udang hidup memandangkan kawan aku lupa nak beli umpan lain. 30 ekor udang dikongsi 7 orang. What the what... Memandangkan kami dah sampai di jeti bukit tambun, terpaksalah bergerak juga ke destinasi. Honestly aku memang keciwa gila bila dapat tau umpan tak cukup. Nak memancing 7-8 jam, umpan hanya sekadar 30 ekor udang. DAMN. Tapi itula. Rezeki kalau tuhan nak bagi, tak cukup umpan pun leh dapat ikan saiz mega. Waktu 3 pagi ikan mula menggila. Dan umpan tinggal sekor udang je. Di saat-saat kecemasan ni la kawan aku mendapat tarikan yang begitu lahanat rasanya. Drag dia berbunyi kuat dan tali dibawa sejauh mungkin. Kami atas bot hanya berdebar-debar menanti ikan apakah yang telah meragut umpan. Setelah 40 minit bertarung, ikan pari dianggar 4 kilo ditawan. Tapi pari ni pelik sikit sebab dia berbintik-bintik. 1st time aku tengok pari jenis ni. Kami kemudian bergerak ke tempat yang ada banting pasir untuk menjala umpan.

Kat sini la aku guna kemahiran yang diajar oleh 'Pak Dan' untuk menangkap belacak. Aku guna teknologi suluhan mata yakni menyuluh mata belacak menggunakan toshlight. Hasilnya aku berjaya tangkap 8 ekor belacak. Hasil menjala pulak kami dapat ikan belanak. Umpan masa tu dah cukup tapi ikan saiz mega tak kembali lagi. Mungkin dah abis waktu sarapan. Walaubagaimanapun aku tetap berpuas ati dengan trip kali ni. Sekilas pandang jom usha gambar selingan kat bawah untuk efek yang lebih menarik. Sila klik gamba untuk tumbesaran.



Wajah pemancing terpaksa di'blur'kan atas permintaan beliau



Gelama, tanda, loban dan ^%^^*&(&



Pari bintik yang aneh



Sila abaikan perkataan rasuah di surat kabar



6 comments:

  1. cuba ko check mana2 website pasal pari
    kalau memang x ada blh jual gambar tu kat newspaper... lumayan kot. hehe


    Latest Entri:
    KANTOI AKU MEMINATI SESEORANG

    ReplyDelete
  2. hebat....hang pe kabaq wey..

    ReplyDelete
  3. kapten: Pari tu dah jadi pari cicah asam.. kalau panggil news pun nanti makan kaki diorang je. Wakaka

    Jalak: Tu la namanya pro 'gol' kekek.. saya berkabaran baik seh

    ReplyDelete
  4. hang semakin aktif ke alaut..bila nk tukar profesion jadi nelayan laut dalam lak

    ReplyDelete
  5. woi macam best je ni..aku nak join la ko g mancing..dpt ikut skali je pn jadi la...

    ReplyDelete
  6. Shazruls: Laut dalam aku tak boleh pergi. Aku kan mabuk cinta.. Eh mabuk laut...

    Ian: Siyes ke? Nak try ikan bibir merah dulu tak? Umpan dia cuma duit note bewarna hijau ke atas...

    ReplyDelete