Friday, August 20, 2010

My Pet Part 2


Ok macam aku cakap sebelum ni.. Entry kali ni aku nak bagtau soalan-soalan yang selalu ditanya oleh orang ramai masa aku tunjuk iguana a.k.a Draco aku. Soalan-soalan ini telah diubah suai sedikit sebanyak supaya menambahkan lagi keghairahan anda untuk membaca. Apa lagi jom semak..

1) S: Iguana ni selalunya makan apa?

J: Iguana orang lain aku tak tahu, tapi iguana aku, kami bagi dia makan bijrin, sawi dan kangkung. Bukan kongkang ye. Kongkang tu ular boa je yang makan

2) S: Iguana ni gigit orang tak?

J: Tentulah dia gigit. Buktinya mak aku pernah kena gigit ketika beliau sibuk menjemur pakaian

3) S: Iguana ni kalau gigt berdarah tak? Batal puasa tak kalau kena gigit dengan dia

J: Dah kena gigit tentula berdarah. Ape ingat gigitan cinta ke, tinggal kesan je. Perkara yang membatalkan puasa ialah keluar haid atau nifas. Jika tangan anda berdarah digigit iguana maka puasa anda tidak batal. Lagipun bukan dengan sengaja. So jangan banyak alasan ye.

4) S: Bisa tak gigitan seekor iguana?

J: Yang berbisa tu biawak komodo. Ni iguana ye. So xde bisa. Bukti? Mak aku sihat je sampai sekarang

5) S: Di manakah habitat sebenar bagi seekor iguana?

J: Okay macam haiwan lain, iguana jugak ada banyak spesis. Spesis iguana aku dari golongan green iguana atau nama saintifiknya Iguana iguana . Sila rujuk info untuk maklumat pasal iguana. So Ian aku tak buat lawak pasal nama saintifik iguana ni. Hehe. Berbalik pada soalan asal, iguana aku spesis yang tinggal di perairan pantai. Berdekatan dengan kawasan berbatu.


6) S: Senang tak nak jaga iguana ni?

J: Senang je. Yang penting korang jaga makan minum dia. Iguana bukan binatang yang cerewet.


7) S: Iguana ni puasa tak? Bak kata fnd

J: Dah nama pun binatang. tentu-tentu tak puasa. Kita ni yang manusia janganla ikut perangia binatang ye. Sedikit usrah ehsan dari lebai kampung aku.


Akhir kata sayangilah haiwan peliharaan anda kerana ia juga makhluk yang punyai perasaan. Jaga dan layanilah mereka dengan baik seperti mana anda mahu dilayan oleh orang lain. Sekian

13 comments:

  1. uhh.vege rupennye iguana ni...:)
    kene ade lesen ke nak bela beliau..?

    ReplyDelete
  2. asal tak bagi makan nasik lemak ke? tradisional kita tuh!!

    ReplyDelete
  3. byk sungguh soalan yg anda dapt ye...

    ReplyDelete
  4. aku ada soklan.

    iguana tu tak boring ke bertuan kan kau?

    ReplyDelete
  5. cik tiram: kena ada lesen tapi saya bela secara illegal.. janag report perhilitan ye :p

    mofasad: aku dah try bagi.. dia tak nak la.. dia cakap dia vege.. dia cuma makan timun dalam nasi lomak tu je

    hairunnisa: err awak nak tanya jgk ke? :D

    yob: dia ada jugak bgtau dia boring. bukan sebab bertuankan aku, tapi sebab takde kekasih. his his

    ReplyDelete
  6. oh...kena ada lesen ke..lecehlah kalau camtu.cubalah kau amik gambar tengah peluk iguana tak puasa tu...nak gak tengok kemistri antara korg

    ReplyDelete
  7. sejak bila hg bela menatang eksotik ni...

    ReplyDelete
  8. fnd: aku dah try peluk dia.. kuku dia masyallah tajam cam jahaman. rasa badan macam kena cengkam ngan burung helang. serik aku.

    shazruls: tu la.. aku ingat nak buat rendang iguana la raya ni.. hang nak mai rasa dak?

    ReplyDelete
  9. hahah...xtaw lark nk tny ape..hahah..
    mahal x harge seekor iguana????

    ReplyDelete
  10. hairunnisa: mahal la jugak.. time beli tu besar mengkarung je dah harga RM300 >.<

    ReplyDelete
  11. gila mahal...
    da besar daaa kamoo punye iguana kan

    ReplyDelete
  12. hairunnisa: memang mahal. a'ah dah besar. ni kalau jual koman-kona boleh dapat rm10k >.<
    tapi takut duit tu abis buat bayar saman je. hehe

    ReplyDelete
  13. saman ape???
    saman membela iguana tanpa lesen...
    hahhaa...
    eh mmg harga yg besar leh smpai rm10k ??
    wah...kaya$$$$...hahah

    ReplyDelete