Friday, August 13, 2010

My Pet

Apa yang korang bayangkan bila masuk blog dengan tajuk yang berbunyi seperti di atas? Tentu dalam kepala hotak korang akan terbayang wajah-wajah comey si kitty. Si tikus hamster yang pandai makan dan bersenam. Si arnab yang telinganya panjang dan turun ke bawah. Dan tak lupa landak kuning seperti yang dipelihara oleh encik siggplus *(betol ke landak? aku main cakap je). So binatang apa yang sesuai untuk aku yang ganas ni. Tengok nama blog aku la, Dragonail. Binatang peliharaan aku pun tentulah bukan calang - calang punya. Mesti memenuhi citarasa tuan yang berklas tinggi. Tu dia perasan nak mampos. Sebelum korang lempar aku dengan objek aneh dan keras jom semak binatang peliharaan aku. Cekidaud..








So korang nampak tak binatang yang tersadai tu? Jangan buat-buat tak nampak pulak. Kurang pahala puasa untuk mereka yang menipu. Binatang ni bukan biawak komodo ok. Nama dia iguana. Atau nama saitifiknya Iguana iguana (bukan aku reka, dah nama dia macam tu. Sumber sahih dari wikipedia). Dah macam guano-guano plak. Apa-apa pun Iguana ni dah lama jadi binatang peliharaan kami sekeluarga. Ada lam 4 tahun. Aku bagi nama dia Drako. Entry lepas ni aku nak bgtau soalan yang selalu dikemukan bila aku tunjuk gambar binatang peliharaan aku ni kat orang. Korang pun ada soalan? Tanya la kat ruang komen :)

8 comments:

  1. dia tak bela landak.. dia bela benda macam kartun super sonic tuh...

    ReplyDelete
  2. iguana iguana pale otak hang...hahahaha cilake pecah bibir aku gelak bace entry ko ni..dahla bulan pose bibir kering...

    ReplyDelete
  3. mofasad: ye ke? agak-agak kalau aku pukui menatang tu dia kuar golden ring tak? kaya aku nanti

    Ian: woi betui la nama saintifik dia iguana iguana. bulan puasa mana boleh menipu. siot punya ian sun wukong

    ReplyDelete
  4. emmm...xgeli ke pegang iguana?? rasa nak pegang tapi sbb terbayang mcm biawak so xjadi lor..huhu

    ReplyDelete
  5. Wanie-san: fakta menarik tentang iguana. anda tidak akan berasa geli ketika memegangnya. sebaliknya dia yang akan berasa geli kerana dipegang oleh anda :p

    ReplyDelete
  6. pehhh..nikalau ajak teman jalan2 kat taman boleh buat modal pancing awek ni

    ReplyDelete
  7. hentakbelipat: awek suka ke rapat kalau ada iguana? takut diorang lari tak menyempat-nyempat je nanti.. hehe

    ReplyDelete