Friday, August 6, 2010

Penunggu Kampung


"Encik ada duit tak? dah 3 hari saya tak makan". Suara itu memecah keheningan malam. Mahmud yang ketika itu sedang leka bersms dengan aweknya agak terkejut. Dilihatnya di luar kereta, seorang lelaki separuh umur dengan pakaian yang compang-camping sedang berdiri sambil tangannya menghulur meminta belas ihsan. Bau yang kurang enak dari lelaki miskin itu memaksa Mahmud menutup hidung. Dia segera melaraskan butang penyaman udara ke tahap tinggi

Tanpa membuka pintu dan cermin kereta, Mahmud membuat isyarat supaya orang tua itu beredar. Namun orang tua itu tidak berganjak. Seolah-olah tidak memahami bahasa isyarat yang digunakan oleh Mahmud. Hati dia jadi panas. Dahla busuk. Tak paham bahasa pulak orang tua nih, bingkas hati Mahmud. Dia segera membuka pintu kereta dan bertemu orang tua itu.

Orang tua tadi, tanpa sebarang keraguan melemparkan senyuman ketika Mahmud keluar dari kereta mahalnya. "Tolong pak cik nak, pak cik lapar... Dah 3 hari pak cik tak makan" orang tua itu mengulangi kata-katanya dengan harapan Mahmud akan membantu. Malang nasib orang tu itu, sudahlah tidak ditolong malah dia ditolak oleh Mahmud. Jatuh tersungkur dia di bahu jalan. Bajunya yang kotor itu terkoyak sedikit. Ada kesan darah di sikunya.

Mahmud tak peduli, selepas berkelakuan kasar, dia segera memasuki kereta BMWnya. Sambil menghidupkan enjin dia memaki hamun orang tua itu dalam hati. "Aku ingat kat bandar je ada pengemis, kat kampung pun ada. Menyusahkan orang betul!" Mahmud segera beredar dari kawasan itu sambil mulutnya tak habis-habis menyumpah orang tua malang tadi.

Tiba-tiba kereta Mahmud menjadi tidak stabil. Ini memaksanya untuk berhenti dan memeriksa. "Cilaka, time ni la dia nak pancit. Dah la malam. Dalam hutan. Bodoh punya kereta. Harap harga je mahal". Hati Mahmud benar-benar panas. Selepas bersusah payah membuka tayar yang pancit, kini tiba masa untuk memasangya semula. Mahmud jadi kalut apabila menyedari 4 skru tayarnya telah hilang. Suasana yang gelap tidak membantu dia untuk meneruskan pencarian.

Mahmud termenung seorang diri. Dia tidak menunggu lama untuk duduk di luar kerana susanana yang gelap dan berada di kawasan hutan bukanlah tempat yang sesuai untuk dia bersantai. Tiba-tiba cermin kereta Mahmud diketuk. Meremang bulu roma Mahmud apabila kelihatan orang tua yang ditolaknya tadi di luar keretanya. Orang tua itu terus mengetuk cermin kereta Mahmud memaksa dia untuk keluar.

"Tayar anak pancit ye?" tanya orang itu sambil tersenyum, mempakkan barisan giginya yang tidak tersusun dan buruk. "Ye pak cik.. Saya nak pasang balik tapi skrunya dah hilang" jawab Mahmud gugup. "Kenapa anak tak guna skru lain?" tanya orang tua itu. "Nak guna macam mana, kan saya cakap dah hilang!" Mahmud menjawab dengan nada yang keras. Dia jadi marah kerana terasa diperbodohkan oleh orang tua tersebut. "Maksud pak cik, kan kereta ada 4 tayar. Setiap tayar ada 4 skru. Jika anak amik setiap satu skru dari 3 tayar yang masih ada, kan setiapnya akan dapat 3 skru." Serentak dengan itu barulah Mahmud sedar akan kebodohannya. Harap keja je tinggi-tinggi. Pakai kereta mahal-mahal. Tapi otaknya lebih kecil daripada skru.

Kini giliran Mahmud pula tersenyum malu. "Macam mana pak cik boleh terpikir macam tu? terima kasih banyak-banyak la. Kalau tak tak tahu la apa nak jadi dengan saya kat tengah-tengah hutan ni." kini Mahmud bersuara dengan lebih lembut. "Memang pak cik miskin, tapi pak cik tak BODO PIANG macam anak" balas orang tua itu yang kemudiannya berjalan ke depan dan terus terbang dengan pakaian putih. Mahmud yang melihat kejadian itu terlopong. Dan keesokannya orang kampung menemui Mahmud dalam keadaan meracau. Mulutnya tak sudah-sudah menyebut hantu skru!

4 comments:

  1. Bodoh piang...hahaha.

    I wonder..kalau dia sedekah kat pakcik tu awal2. .Whats gonna happen?

    Fndrocka.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. fnd: pak cik tu dah memang hantu. so kesudahan dia tetap sama. cuma mungkin mahmud merasa makan mee cacing kalau dia tolong pak cik tu. haha

    ReplyDelete
  3. lawak la syial...adui..nasib tak bace siang2..kalu tak..batal poser.

    ReplyDelete
  4. jalak: bila ang nak post entry baru?

    ReplyDelete