Wednesday, August 4, 2010

Blue Screen


Aku hempas ribbon cartridge tu. Sakit benar hati ni. Balik-balik dapat tiket keja. Kalau tiket wayang takpe jugak. 2 kilang tapi satu orang je jaga bahagian IT. GILA. Aku mula membebel seorang diri. Nasib ada si dia. Dia cakap tak baik mengeluh. Berdosa. Hati aku tenang jap. Baru nak mula suam-suam kuku, telefon berbunyi lagi. "Hello, sorry aa, u got one more ticket. Pc Blue screen". Aku pun pelik. Asal je pc kat sini suka blue screen. Pekerja kilang ni suka tengok cita blue ke? Entah. Aku tutup panggilan walaupun Helpdesk tengah bgtau details pemanggil. Takde gunanya. Bukan masalah tu boleh settle sendiri.

Lepas pakai smoke dan kasut esd, aku turun production. Nasib ada awek comel kat module 9a. Kalau tak, mau je aku mengamuk. Sampai je kat tempat problem aku mula membebel. Semua pakat tengok aku. Ada sorang dua datang menyabarkan aku. "Patutla kat sini orang keja tak lama. Keja cam nak mampos" aku cakap sambil tangan perbetulkan pc. Sorang mak cik kat sebelah aku mula bukak mulut "Ni la orang melayu, keja susah sikit merungut, bila la bangsa kita nak maju". Aku tak puas hati. Aku cakap balik "Abis tu jom kta tukar postion, mak cik jadi ITSS, nak?". Mak cik tu dah mula cuak. Sudahnya dia cakap " Kami gaji rendah, SPM pun tak lepas".

Ape kaitan gaji rendah ngan tukar position? Macam-macam la diorang ni. Nak cakap gaji aku tinggi la tu. Ni mesti nak kenen aku belanja dia KFG. (Mula buruk sangka). Hati aku dah tenang sikit bila dapat membebel. Lega sikit. Rasa macam hilang tekanan dalam otak. PC pun dah tak blue screen. Bila pikir-pikir balik, mana ada keja senang kat dunia ni. No pain, No Gain orang putih cakap. Kat sini banyak yang aku belajar. Gaji pun ok. Kalau dulu aku terpaksa mengemis untuk dapatkan keja, skang dah dapat mengeluh pulak. Betul cakap dia, tak baik mengeluh. BERDOSA

7 comments:

  1. ala..rileks la bro.
    aku yg keje kerani ni lg tension.
    terutama dr manager yg berkulit hitam ni.
    paham2 la ckp pun berbelit2.

    ada je yg x kena di mata dia.

    ReplyDelete
  2. Gaji sedap..kja kna susah sket lah iye dak.barulaah berbaloi baloi

    ReplyDelete
  3. so apa penyebab blue screen itu? aku kena troubleshoot blue screen yang kasteme maikrosof dapat guna emel, lagilah tension

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat.

    Mcm mana nak dpt kawalan malaikat? Jom kita hayati bersama! ^_^

    ReplyDelete
  5. enuLwanie: Aku tengah rilek la nih (sambil tangan lepmpar mouse kat dinding)

    fnd: Tu la..Berbaloi-baloi

    Ijai: Mengikut pengalaman aku, blue screen terjadi sebab si pengguna install benda biru (lucah). Ok aku tipu. Selalunya berkaitan hardware problem. Paling ketara hardisk. Aku guna symantec cd copy user data. pastu re-image HD tu. Settle.

    baincardin: Insyallah

    ReplyDelete
  6. takziah der
    blue n segala mcm blue ni
    mmg kadang menyooosahkan!
    lu rilex2. esok2 puasa. ehh??


    >>___<<

    ReplyDelete
  7. Frodo Baggins: Eh lu dah puasa ganti blom? Haha

    ReplyDelete