Monday, September 27, 2010

We Will Miss You

Putih dilahirkan tak sempurna macam kanak-kanak lain. Sejak lahir putih dijangkiti selsema yang tak sudah-sudah. Namun putih tetap tabah. Kata orang malang tak berbau, ketika berumur 2 tahun putih ditimpa kemalangan. Ini meyebabkan sebelah kakinya tempang. Namun putih masih tabah. Dia masih meneruskan kehidupan tanpa pernah mengeluh.

Memang kami sedikit memilih kasih. Abang putih dibenarkan untuk tidur bersama kami. Sedangkan putih kadang-kadang tidur di ruang tamu. Dan kadang-kadang terpaksa bermalam di luar. Ketika di bulan puasa pun, hanya si abang saja yang dapat makanan lazat, sedangkan putih hanya mendapat sisa. Tapi putih tak pernah merungut. Dia tak pernah memilih makan.

Hari ini keluarga aku benar-benar terasa kehilangan. Putih sudah tiada lagi di sisi kami. Putih jarang keluar rumah. Entah kenapa, hari ni putih bersikap luar biasa. Dia keluar bermain di luar. Dan kesudahannya putih mati dilanggar kereta. Patutlah pagi tadi sebelum keluar rumah, aku lihat putih sayup memandang aku. Tak ku sangka rupanya itu kali terakhir aku melihat putih.

Putih.. kami tahu kamu tak dapat bersama kami lagi. Aku harap kau tetap tabah. Harap kita akan bertemu lagi. Aku tahu kau pasti masuk syurga kerana kau tak pernah melakukan dosa. Harap kau bahagia di alam baru. We will Miss You.


Putih dalam kenangan 2009 - 2010.



2 comments:

  1. cian putih, tu lah kan, kadang2 depan mata susah nak hargai..even dia kucing, tp kesian dia, sian dia kena tidur luar, semualah.. :(

    ReplyDelete
  2. Lia: hurm.. skang abang putih pun dah pergi. kami dah takde kucing lagi.. sedih T_T

    ReplyDelete