Wednesday, September 9, 2009

Abang...


Wajah abang masih muram. Wajahnya yang kian berusia itu tampak jelas tambah-tambah ketika beliau dalam keadaan murung. Sudah seharian abang menghadap mukanya ke tingkap. Abang seolah-olah tidak bermaya. Wajahnya yang gusar menggamit simpati dalam diriku. Abang merenung jauh seolah-olah gerigi tingkap tidak menjadi penghalang untuk dia menggelamun. Aku kesian melihat abang begini. Sudah aku suarakan kerisauan kepada mak. Mak beritahu abang baru dapat panggilan dari tempat temuduga. Aku sudah menduga keputusannya. Kalau tidak, masakan abang bersikap demikian.

Sudah 10 tahun abang tidak bekerja. Selepas tamat di universiti abang masih tidak bekerja. Bukan abang tak berusaha, namun rezekinya belum tiba. Semangat yang mula-mula membara kini kelihatan sudah tinggal baranya. Bahkan mungkin tinggal abu. Kesian abang. Minggu lepas abang beriya-iya memberitahu aku mahu berubah. Tidak berputus asa untuk mencari kerja. Tetapi hari ini semangat abang seakan-akan hilang. Hilang dibawa bersama panggilan yang baru diterimanya

Aku sudah tidak boleh bertahan lagi. Kenapa nasib abang begini? Abang bukan tidak berkelayakkan. Tetapi kenapa susah benar abang diberi kepercayaan. Aku kira, kalau abang diberi peluang sudah tentu dia akan buat yang terbaik. Nah seperti aku katakan tadi, mungkin rezekinya belum tiba. Dengan perlahan aku mendekati abang yang masih merenung jauh. Dengan berhati-hati aku bertanya abang. Bagaimana pekerjaannya. Walaupun aku pasti, jawapanya tidak menggembirakan. Abang memandang aku dengan wajah sayu, menambahkan perasaan kesianku padanya.

"Adik..." abang bersuara lemah. "Abang baru saja terima panggilan dari tempat abang temuduga, abang diterima kerja" suara abang semakin sayup. Apa?? Aku cuba mendapatkan kepastian. Salahkah apa yang aku dengar sebentar tadi. Abang diterima kerja? "Habis kalau diterima, kenapa sedih" ujarku sambil berkerut kening. "Bukan apa, esok kan abang da start kerja, lepas ni tak boleh la nak goyang kaki lagi, tak boleh makan free lagi" balas abang dengan wajah penuh sugul. Cis dasar pemalas. Baru aku tahu, selama ni abang bukan tidak diterima kerja. Tetapi dia sendiri yang menolaknya. Menurut mak, abang memang dasar malas. Tahap kemalasannya tak ubah seperti memerang bukit.

Petang itu abang menghadap mukanya ke tingkap. Abang seolah-olah tidak bermaya. Wajahnya yang gusar menggamit perasaan benci dalam diriku. Dalam diam aku mencemuh dan memaki abang. Ceh pemalas. Menyesal aku kesiankan k0!

9 comments:

  1. hahah.. abang macam tu elok halau kuar umah je bro.. nyusahkan org je.. nak tanye skit abg tu umur die bape ek?

    ReplyDelete
  2. ciss!! unta padang pasir pun x malas camtu..

    sape la punyer abg tu..

    ReplyDelete
  3. fhad: mengikut kiraan yang dibuat umur lepas universiti 24 + 10 tidak bekerja = 34 tahun. uish tuanya.. ngee

    Metamorphosis Boy: entahla. kalau aku pun, tak ngaku abang. hehe

    ReplyDelete
  4. haha..baru je nak kesian kan kat abg tu..tiba2 berubah terus feeling nih :D

    ReplyDelete
  5. cehh.. memang dasar pemalas..

    abg betul ke? atau sekadar cerita.. saifa konfius coz entri kamoo ni dah macam cerpen.. sangat best di baca.. :)

    ReplyDelete
  6. Afifee: orang camtu tak payah dikesiankan. pukui je. heheh

    ReplyDelete
  7. mizz saifa: cerita sekadar rekaan semata-mata. tidak berkaitan yang masih hidup atau yang sedang pengsan :p

    ReplyDelete
  8. ciss... benggong punya abg.. memang dasar pemalas pon.. ;p

    ReplyDelete
  9. jai@jezz: itu la pasal. abang camni patut humban je dalam sungai. biar buaya makan :)

    ReplyDelete