Thursday, September 10, 2009

Bukanku Tak Sudi


"Abang... Hari ni hari ape?" tiba-tiba Soleha menanyakan soalan itu kepadaku. Aku jadi kaget. Terdiam sebentar sambil akal berputar ligat memikirkan hari apakah hari ni. Aku cuba periksa list di dalam telefon bimbit berjenama nokia. Namun usahaku ternyata sia-sia. Tiada sebarang catitan penting yang dicatitkan hari ini. Cuba menyemak buku nota. Juga tidak berhasil. Aku semakin gelabah babun. Hari apakah hari ni?

Soleha masih berdiri dekat denganku. Matanya yang buntang dengan senyuman yang manis membuatkan aku terpana sebentar. Namun aku tahu, di sebalik wajahnya yang tak ubah bak bidadari, soleha sedang mengharapkan sesuatu. Mengaharapkan jawapan dari insan tersayang. Maafkan abang soleha, soalanmu tidak bisa kujawab. Sudah puas berfikir, jawapannya seolah-olah tidak muncul. Menandakan memori aku tidak berfungsi dengan baik.

Aku cuba fikirkan hari ulang tahun perkahwinan kami. Tapi tekaan ni ternyata meleset sekali. Apa tidaknya, baru minggu lepas kami raikannya. Dan kerana itulah aku terpaksa berbelanja hampir seribu gara-gara makan di hotel. Masakan aku lupa tentang hal seperti ini. Lebih-lebih lagi melibatkan pengaliran wang. Aku tak mungkin lupa. Hari jadi Soleha? Atau anak sulong kami. Kenyataan ini juga jauh menyimpang kerana anak sulongku lahir pada bulan Januari dan Soleha di bulan Jun. Sekarang sudah bulan September, tak mungkin hari lahir mereka. Jadi hari apakah hari ni??

Aku tertunduk, takut berhadapan dengan Soleha. Soleha bertanya lagi "Abang... hari ni hari ape?" Dengan berat hati aku menjawab "abang tak tahu sayang, maafkan abang." Riak wajah Soleha yang gembira tadi aku lihat sedikit berubah. Aku tahu dia kecewa dengan jawapanku. Tetapi peracayalah, aku benar-benar tiada jawapan. Dari aku terus berdiam, lebih baik aku berterus terang. Bukankah itu menunjukkan aku ni seorang manusia yang jujur. Agak lama Soleha berdiam diri dan akhirnya dia menunjukkan reaksi. "Abang... Hari ni kan Jumaat. Abang tak pergi Sembahyang jumaat ke? Dah pukul berapa ni..."

Serentak dengan itu aku baru tersedar. Hari ni hari Jumaat rupanya. Maka bergegaslah aku bersiap untuk ke Masjid. Dan seperti biasa aku terlewat untuk mendengar khutbah. Abang benar-benar lupa Soleha....

8 comments:

  1. kah kah kah... lawak jumaat nih... mau aku tanya hubby aku klu dia wat2x lupa semayang jumaat... dah apa tunggu lagi.. pegi ah semayang jumaat..~

    ReplyDelete
  2. semayang jumaat lupe..malam jumaat tak lupe plak!! cehh!!

    ReplyDelete
  3. jai@jezz: ok cik jezz.. yang penting aku pergi arini. siap dengar khutbah lagi (muka bangga) :)

    Metamorphosis Boy: malam jumaat banyakkan membaca yassin. mana boleh lupa :p

    ReplyDelete
  4. hahaha!!!hari jumaat penghulu hari,so seyiap yg berkaitan hr jumaat kna igt tau,lau dh nk trlupa gak nk wat cne kn?kn?kn?

    ReplyDelete
  5. hahaha... aku kantoi semalam x g smayang.. aku g mines carik brg... huhuhu.. xpe x pegi coz aku tiap2 jumaat aku dok blakanag imam je... haha

    ReplyDelete
  6. ratu pink: ada orang kadang-kadang buat lupa. contohnya fhad. heheh

    fhad: ye ke belakang imam? minggu ni mesti imam tu cari ko. :p

    ReplyDelete
  7. oit pe ni aku jd contoh terdekat? hahaha.. nak wat contoh jahat pun pilih la org lain.. hahah.. yelah aku mesti dok blakang imam punye.. x kire lah line ke bape mesti blakang imam.. xkan aku nak dok depan imam plak time smayang? hahahah... baik aku je jd imam camtu... wakakak

    ReplyDelete
  8. fhad: aku ingat ang jadi siak masjid. betol-betol belakang imam :p hmm dengar cite duit gaji da masuk. belanja songkok satu. haha

    ReplyDelete