Monday, September 14, 2009

Kad Raya Kepada Gangster


Ke hadapan Din Petai yang aku benci selalu,

Mesti kau terkejut dengan kehadiran kad raya ni bukan? Aku mungkin antara ribuan peminat kau, Din Petai. Tetapi ketahuilah bahawa kami semua bencikan kau. Bukan minat sangat pun kat ko. Baik kami minat Datuk Siti Nurhaliza lagi bagus. Kami bencikan kau sebab kau tu gangster! Gangster yang tak pernah ada belas kasihan. Mungkin sejak lahir lagi kau tak dapat kasih sayang dari ibu bapa kau. Sebab tu kau ganas semacam. Harimau pun tak seganas kau. Aku benar-benar marah dengan kau!

Masihku ingat lagi, waktu aku berbuka 2 minggu lepas. Kau dengan kejamnya menghentak muka aku ke meja makan. Lepas tu kau suruh aku makan mee bandung yang aku pesan menggunakan hidung. Tak ke bangang ke cara kau tu?? Sakit hidung aku tahu tak! 2 hari aku terpaksa bernafas menggunakan mulut. Memang salah aku sebab terlewat bayar hutang. Tapi kita kan sesama manusia. Tak bolehkah kau bersikap kompromi dengan memberi aku sedikit masa. Kau keja sungguh-sunguh pun bukan bergaji besar. Aku benci kau Din Petai.

Sejak kau masuk geng Ah Long ni kau semakin liar, ganas dan tak berperikemanusiaan. Sia-sialah kau mempunyai tubuh yang sasa, tetapi tidak digunakan untuk jalan yang betul. Aku rasa kalau kau jadi buruh binaan pun lebih baik. Ah sudahlah.. aku hantar kad raya ni pun bukan nak menasihatkan kau yang memang tiada hati perut. Buang masa aku je. Aku hantar kad ni untuk beri kau amaran. Amaran terakhir aku kira. Kalau lepas ni ada apa-apa perkara buruk yang berlaku ke atas diri kau, jangan cakap aku tak beri amaran!

Kau mesti masih tertanya-tanya kenapa aku beri kau kad raya ni dan bukan bersemuka sendiri dengan kau. Kau nak tahu kenapa?? Sebabnya aku takut. Aku takut badan kau yang sasa tu membelasah aku lagi. Cukup sekadar kad ucapan. Aku pun taknak sakitkan tubuh badan aku ni. Akhir kata aku ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir je.. Batin ko belum buat salah lagi. Jangan cari aku lepas ni. Aku takkan berjumpa dengan kau.

Yang benar,
Mat Rambai (bukan nama sebenar)

5 comments:

  1. aiyakkk sape din petai dan mat rambai? kisah benar ke bro? hahaha

    ReplyDelete
  2. aaiiisshh.. entri yg penuh dgn keganasan..:p

    ReplyDelete
  3. fhad: Kisah ini tidak berkaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang telah lama pengsan :p

    mizz saifa: ganas ke? tu la, yang tukang tulis pun naik seram masa menaip. hehe

    ReplyDelete
  4. Mohd Azmin Abu Bakar: fuh... nama penuh tu. busuk tang mana tu encik Mohd Azmin Abu Bakar :p

    ReplyDelete