Tuesday, September 1, 2009

Kena Belit+Patuk Ular


Entry hari ni nak cerita pengalaman aku (penulis) dipatuk/dibelit ular. Pernah anda bayangkan diri anda dipatuk atau dibelit oleh seekor ular? Macam mana rasanya? Bagaimana keadaan emosi dan fizikal anda ketika keadaan tersebut berlaku? Jom kita semak pengalaman aku bersama sang ular.

Kes Pertama : Masa tu aku pergi camping bersama beberapa teman karib. Tengah syok bercanda tanpa disedari seekor ular telah menyelinap masuk ke dalam khemah aku. So bila time nak masuk tido, maka terkejut beruk la aku melihat kelibat seekor ular hitam yang amat garang rupanya. Tanpa banyak bicara ular tersebut terus mematuk aku. Dan 'poop' aku terbangun. Ceh mimpi rupanya. Kata orang kalau mimpi ular, ada orang berkenan kat kita. Betul ke? Hehe kes pertama fail sebab mimpi. Jadi aku tipu.. Sorry ye. Tak best la terus masuk tajuk utama. Kena ada bunga-bunga sikit. Betol tak?

Kes Kedua: Ok kali aku serius! Benda ni berlaku ketika aku darjah 6. Aku tinggal dekat dengan kawasan sawah. Bila time kemarau, air-air dari tali air yang digunakan untuk mengairi sawah akan surut dan kering. Time ni la kami, kanak-kanak cukup gembira. Apa tidaknya masa ni la kami bersama rakan-rakan lain akan berpesta menangkap ikan. Tempat yang aku pergi untuk tangkap ikan memang seram sikit. Kawasan ni penuh dengan semak samun. Namun bila start menimba dan kawasan semak ditarah kawasan tersebut bertukar menjadi luas. Seluas mata memandang. Tangkapan aku yang pertama berhasil dengan seekor ikan keli. Kemudian ramailah rakan-rakan akan turun ditempat yang sama untuk berentap menjadi juara menangkap ikan. Dan yang pastinya kami mencari raja ikan di tali air iaitu ikan haruan. Masuk hari kedua raja masih belum dapat dijejaki. Paling besar pun sebesar lengan. Abang aku cakap raja belum dijumpai dan dia yakin masih berkeliaran di kawasan tersebut. Nah benar seperti yang dia cakap. Keesokan harinya yakni hari ketiga, abang aku menjadi juara. Beliau telah mendapat seekor ikan haruan sebesar paha. Cukup besar hingga terpaksa 2 orang (kanak-kanak darjah 6 dan tingkatan 1) angkat ikan tersebut. Aku sedikit cemburu kerana nama abang aku disebut-sebut sebagai juara. Aku masih tak berputus asa dan merasakan ada lagi yang besar daripadanya. Kalau ada raja mesti ada permaisurinya. Begitulah pendirian aku.

Tiba-tiba kawan aku bernama jony memanggil namaku. Panggilan itu sekaligus melenyapkan lamunaku. Jony cakap dia dah jumpa permaisuri. Dia cakap ikan haruan tersebut berada di bawah kakinya. Aku terus ke tempat jony dan merasa sendiri haruan yang dimaksudkan. Dalam selut yang lembut tu dapat aku rasakan sisik ikan. Dan ikan ni memang besar. Sah jony tak menipu. Ketika tangan aku menyeluk ke dasar air, tiba-tiba haruan tadi mengganas. Dan aku rasa kaki aku dibelit. Masakan ikan haruan mampu membelit. Aku gagahkan tenaga yang ada untuk mengangkat 'ikan' tersebut. Terkejut bukan kepalang kerana ikan yang disangka bukanlah seekor ikan, tetapi seekor ular. Ular Katang Tebu! Ular ni kalau korang nak tahu warnanya berbelang kuning, merah dan hitam. Memang cukup seram. Aku ditinggalkan rakan-rakan yang berlari lintang pukang naik ke tebing. Dek kerana perasaan takut aku terus mencapai kepala dan ekor ular tersebut dan membebaskannya dari melilit bahagian paha aku. Aku terus buang jauh-jauh dan berlari naik ke tebing dengan tercungap-cungap. Lega bercampur takut. Sudahnya semua yang berada di situ cabut lari ke rumah masing-masing. Aku jadi fobia menangkap ikan. Tapi tak lama, lepas 2 hari kami start turun kes sawah untuk memburu raja ikan iaitu haruan. Kes kena patuk akan diceritan pada entry berikutnya. Nantikan..

4 comments:

  1. meremang bulu kaki ku melihat ular warna warni itu. gerunnya makhluk tuhan jenis itu......... minta simpang..
    cepat sambung citer tu..ayuhhhhhh!!!!

    ReplyDelete
  2. Cerita akan disambung selepas berita jam 10.. hehe

    ReplyDelete
  3. ishk.. giler doh. aku baca dah seram sejuk.. tapi ular katang tebu tu tak patuk kau plak kan.. weih.. aku x makan ikan haruan.. tp mak aku kata ikan haruan bagus tuk sembuhkan luka.. :)

    ReplyDelete
  4. start arini baik cik jezz makan ikan haruan. memang bagus untuk kesihatan. awek muda pun boley.. heee

    ReplyDelete