Thursday, September 3, 2009

Kena Patuk Ular




Entry kali ni nak sambung balik cite bagaimana penulis dipatuk ular. Ulau orang melaka cakap. Ok kes ni berlaku masa aku tingkatan 2. Tingkatan dua bermakna aku berumur 14 tahun. Menangkap ikan masih menjadi hobi ketika itu. Satu hari selepas pulang bercuti (aku duduk asrama) abang aku mengajak aku bersama-sama teman lain untuk menimba ikan. Katanya dia da jumpa 'port' baik untuk menangkap ikan. Jadi tanpa berfikir panjang aku terus tukar short dan bersama sebuah timba ke tempat yang dimaksudkan. Sampai di tempat kejadian kami terus menimba. Kali ni tak payah tarah rumput sebab kawasan tali air tu memang clear. Cuma air je yang lebih. So dalam 40 minit kami dah mula menangkap ikan.

Hasil agak lumayan hari tu dengan seekor haruan sebesar lengan. Tapi hati belum puas sebab kalau boleh nak dapat lagi besar. Sedang leka menangkap ikan, abang aku memberi tip baru. Beliau cakap ikan haruan ni suka duduk dalam lubang di dalam air. Dan sedikit peringatan lubang tersebut mestilah semua di dalam air dan bukan lubang dalam air tetapi lubang keluar menghala ke atas. ITU LUBANG ULAR!! Tips baru yang diperolehi memang berhasil dan aku berjaya memperolehi seekor ikan haruan yang lebih besar. Perasaan teruja terus meningkat.

Dalam keadaan syok mengkap ikan di dalam lubang aku terlupa pesan abang aku. Semua lubang aku geledah. Hinggakan lubang yang menghala ke atas pun aku geledah. Masa aku masukkan tangan dalam lubang tu dapat rasakan seekor ikan yang sangat besar. Rasanya paling besar untuk hari tu. Dan sisiknya amat jelas. Aku terus menarik ikan tersebut untuk keluar. Tetapi yang menjadi kemusykilan ikan tersebut sangatlah panjang. Dan aku mula rasa tak sedap hati bila rasa ikan tersebut mempunyai LIDAH BERCABANG. Terasa lidah dia sedang bermain kat jari aku. Terus aku tarik tangan dari lubang tersebut. Tapi ternyata sudah terlewat. Ketika tangan aku berada di permukaan air. Seekor ular yang agak besar terus mematuk jari aku. Ular tu keluar dari permukaan air sejibik macam filem anaconda. Yang bezanya saiz dia tak sebesar anaconda. Kalau tak, dah tentu aku yang kena baham dan bukan jari aku. Selepas dipatuk aku jadi hilang semangat. Terasa dunia gelap gelita. Aku terus menangis sebab takut mati. Ye la, masa tu mana ingat benda lain. Kena patuk confirm mati. Dan ketika itu terdengar azan maghrib.

Rupa-rupanya kami dah terleka tangkap ikan hingga masuk waktu maghrib. Patut perkara tak elok berlaku. Aku terus cepat-cepat cuci tangan yang masih berdarah. Lepas tu kami semua bergegas pulang ke rumah. Sampai di rumah aku terus mandi dan solat maghrib. Lepas tu terus masuk tido. Otak dah tak boleh pikir apa-apa masa tu. Tuuuuuuuuuuut....... End of the story











Tiba-tiba aku terasa diri aku dikejutkan. Abang aku tanya "woi dah mati ka' fuh nasib aku masih bernyawa. Abang aku suro bangun dan solat isyak. Selepas dibuat kajian bersama raka-rakan lain kami membuat kesimpulan ular yang mematuk aku merupakan jenis tidak berbisa. Dan ular tersebut merupakan ular yang diberi nama ular guni buruk. Tak tahu macam mana asal usul nama ular ni diambil. Sempena guni atau buruk. Yang penting aku selamat. Dan sejak dari hari tu aku dah tak tangkap ikan pakai tangan. Aku mancing je. SERIK!!

6 comments:

  1. weih... aku pon pikir-pikir gak.. asal kau x mati pas kene patuk ular.. rupanya ular tu x berbisa yerk.. ishk.. kau ni berani betul la.. main masuk jerk lubang ikan.. sekali kene lubang ular.. naik seram bulu roma aku.. ;p

    ReplyDelete
  2. geli nyer kalu terpegang ular... eiii... nape x g jumpa doctor?? kalu sy la straight g hospital.. takuuuutttt~

    ReplyDelete
  3. tgk je geli bile pegang ular tu xterrase geli pun..try korang pegang dulu..jezz jgn lupa pgg kat zoo..hikhik..

    ReplyDelete
  4. jai@jezz: tu la pasal. pasni taknak aku tangkap ikan pakai tangan lagi

    mizz saifa: memang patut jumpa doktor tapi otak da blur. ingat nak mati je

    amy liana8886: ular zoo ke, ular sawah ke, i tak suke. geli.. da macam makyah lak :p

    ReplyDelete
  5. Asan Taring: Aku lom mati lagi la encik Asan..

    ReplyDelete