Tuesday, September 8, 2009

Maafkan aku

Mat tapa masih duduk termenung di satu sudut. Ayam goreng yang dimasaknya tidak sedikit pun dijamah. Entah kenapa perasaan bersalah masih membelenggu dirinya. Semua ini gara-gara ayam goreng tersebut. Petang tadi mat tapa beriya-iya mahu makan ayam gorang. Dkejar ayamnya satu persatu namun semuanya pantas melarikan diri. Cuma seekor saja yang berlagak tenang. Seperti tidak mengendahkan apa yang berlaku. Dengan mudah ayam tersebut ditangkap. Setelah ditangkap ayam tersebut dimasukkan ke dalam sangkar sementara menunggu pisau diasah.

Sambil mengasah pisau, mat tapa bersiul-siul kecil tanda kegirangan yang terkata. Hajatnya nak makan ayam goreng hari ni semakin nyata. Dalam sibuk mengasah pisau tu mat tapa sedikit kehairanan. Ayam yang baru ditangkapnya tadi kelihatan seolah-olah bermuram. Masakan ayam mempunyai perasaan seperti manusia. Tapi lagak ayam tersebut benar-benar menyentuh perasaan mat tapa. Ayam itu seperti berkira-kira dengan hari kematiannya.

Selesai mengasah pisau mat tapa terus memulakan upacara penyembelihan. Ayam yang bermuka muram tadi tidak diendahkan lagi. Yang penting hajatnya nak makan ayam goreng untuk juadah berbuka puasa tercapai. Selepas menyiapkan segalanya, ayam tersebut digoreng. Tetapi entah tiba-tiba hati mat tapa terkenangkan ayam tersebut. Riak wajahnya yang berbulu menunjukkan tanda kesedihan bermain di fikiran mat tapa. Mat tapa mula gelisah. Mungkin ayam ni ayam bertuah, mat tapa mengomel sendiri. Dan ketika itulah selera makannya putus . Sah ayam ni ada sesuatu padanya.

Tiba-tiba lamunan mat tapa tersentak. Tedengar namanya dipanggil, sahut-sahut kemudian makin jelas. Bala apakah di malam ramadhan ni? Di luar pak abu telah siap sedia dengan parang kontotnya. Dengan lagak seperti panglima perang dia memanggil-manggil nama mat tapa. 'Keluar kau setan!!' tempik pak abu. Mat tapa keluar dari rumahnya dengan muka tak bersalah. 'Kenapa bising-bising ni pak abu? Tak tahu ke sekarang waktu berbuka. Nanti nak ke terawih pulak. Kot ye pun masukla dulu. Pekena ayam goreng' balas mat tapa penuh kelembutan.'Pasal ayam la aku ke sini. Kau sembelih ayam aku buat juadah berbuka. Bijak sungguh!! Kau mana ada bela ayam. bela rambut ada la. Keja menanggur ada hati bela ayam kunun, ke sini kau' suara pak abu semakin meninggi.

Sudahnya malam tu orang kampung dikejutkan dengan suara mat tapa menjerit meminta tolong. Di belakangnya kelihatan pak abu sedang mengejar dengan parang kontot.

8 comments:

  1. cisss... mat tapa kureng ajo sungguh,..sesedap jerk nak sembelih ayam orang.. ciss..;p

    ReplyDelete
  2. sabo jezz.. mat tapa masih berlari. rasanya kalau masuk sukan olimpik, sah-sah dia menang :)

    ReplyDelete
  3. mat tapa tu cam ko je bro.. ko kan bela rambut panjang.. hakhak.. papepun x gune sungguh mat tapa tu.. aishhhh...

    ReplyDelete
  4. mat tapa rambut die panjang dan tak terurus. malah dia tidak bekerja. keke

    ReplyDelete
  5. haha.. pas baca ceriita ni terus hilang semua duka lara.. ngeeee~

    ReplyDelete
  6. jangan sedih-sedih. anda sedih, kami tumpang sedih. anda gembira? jangan lupakan kami. Pesanan ringkas ini ditaja oleh dragonail enterprise (blog pilihan anda)

    ReplyDelete
  7. mat tapa tu ntah pape,xnk pn ajak ratu join skali...hehehe...

    ReplyDelete
  8. ratu pink: jangan ratu.. nanti ratu kena join mat tapa berlari keliling kampung. Dengar cita sampai skang beliau masih berlari. hehe

    ReplyDelete