Saturday, September 5, 2009

Taekwondo Vs Silat


Mungkin anda tidak pernah tahu. Aku sebenarnya seorang ahli taekwondo WTF. Ini merupakan fakta dan bukan auta semata-mata. Kejayaan aku dalam ahli seni bela diri ni sudah sampai ke tahap 2nd grade. 2nd grade ni maknanya kalau lulus satu lagi ujian, akan terus ke tali pinggang hitam. Ini bukanlah tali pinggang hitam biasa yang selalu dimainkan-mainkan. Kalau kepingin nak merasa side kick aku cuba buat lawak dengan tali pinggang hitam kulitmu. Pasti kau akan terasa cepat benar nak ke hospital. Tapi dek kekurangan wang masa aku kecil dulu, niat untuk sambung ke tali pinggang hitam terbengkalai macam tu je. Sampai sekarang aku tak sambung. Malas rasanya.

Cukup bercerita tentang kehebatan aku. Bercerita panjang lebar pun akan menyebabkan korang rasa mual dan hayal. Kita stop di sini. Bukan stop cerita ok. Stop bercerita kehebatan aku. Heh. Entry kali ni nak cerita pasal taekwondo vs silat. Silat apa? Silat abjab. Silat ni pernah masuk dalam paper iaitu silat yang terpesong. Aku mula berkecimpung dalam arena taekwondo ketika darjah 2. Aku memang cekap. Skali ujian terus naik tali pinggang hijau. Tak perlu menunggu tali pinggang kuning. Hebat kan aku. Mula bangga lagi. Menyampah. Dulu sekolah aku selalu buat hari kantin. Hari di mana semua benda dibeli dengan kupon. Menarik bukan? Bila ada hari kantin ni kami ahli taekwondo selalu diberi peluang untuk buat demontrasi. Dan aku kerap terpilih. Bukan sebab aku handal. Tapi sebab aku bertubuh kecil. Jadi nampak bergaya sekali ketika seorang budak kecil menumpaskan lawan yang lebih besar. Lebih-lebih lagi lawan yang mempunyai senjata.

Ini sekaligus menarik minat anak-anak muda untuk mengikuti taekwondo. Tak kurang ibu bapa yang akan memaksa anak mereka memasuki kelab ni. Kegiatan ni berjalan lancar sehingga aku darjah 6. Masuk tahun tu kami mempunyai persaingan dari kelab lain. Dan tak lain tak bukan pencabar kami datangnya dari kelab silat abjab. Mereka juga turut sama membuat demontrasi menarik minat. Aku sedikit kagum apabila dikatakan ahli silat mereka mempunyai badan KEBAL. Acara dimulakan dengan seorang remaja dibelasah sekumpulan budak kecil. Remaja ni dibelasah dengan teruk sekali. Ni pukul betul-betul punya. Bukan seperti bergurau senda. Reaksi anak muda tu kelihatan tenang sekali. Aku cukup tertarik melihat aksi ni. Si guru yang berada di sebelah belum berpuas ati kerana terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan semua tu bohong belaka. Dipukul budak-budak kecil manakan terasa sakitnya. Lalu si guru mengambil atap genting rumah yang cukup tebal, dihentamnya ke belakang si remaja. Sejurus dihentam si remaja mula menunjukkan reaksi. Aku lihat dia mengeliat macam cacing kepanasan. Kemudian meraung-raung macam orang kena sampuk. Sah ilmu kekebalannya tak berjaya melawan genting atap. Sudahnya remaja itu diusung pergi.

Demontrasi seterusnya diambil alih oleh si guru sendiri. Beliau menyusun atap genting sebanyak 6 keping. Lagak seperti encik satan dia terus 'mengkarate' atap genting tersebut. Semuanya patah. Hebat!! Tapi tak cukup hebat kerana apabila dia memberi salam hormat, aku nampak darah mengalir dari celah jarinya. Sejak dari hari itu tiada lagi demontrasi silat abjab. Aku pun tak pasti samada silat ni masih terpesong atau tidak. Yang pasti aku dah tak sekolah di situ. Lepas darjah 6 aku masuk asrama.

4 comments:

  1. hahaha.. aku x penah dgr mname silat abjad tu.. cam klakar jew.. aku dulu time skola pun join silat gak.. tapi gayung je la.. masuk skola menengah aku join capoeira tapi bukan under skola lah.. aku join dekat Bndr Tasik Selatan.. mmg mamat brazil yg dtg ajar.. best woo..

    ReplyDelete
  2. Rasanya ramai orang pernah dgr nama silat abjab ni. masuk paper sebab ajarannya terpesong. capoeira? wa best tu. aku boleh buat tunggang terbalik. tapi suro pusing ke belakang aku fail. depan aku boley :)

    ReplyDelete
  3. silat apa nama tu.. awat aku macam x pernah dengar jerk... ;p woooo.. kira teror ah kau ni bab2x taekwondo nih..

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan ler. huk huk. (ni mesti ada orang puji aku ni)

    ReplyDelete