Thursday, May 6, 2010

Gadis & Iron Man 2


Tarikh pembukaan iron man 2 sepatutnya berlansung pada 30 hb. Namun Aeon Jusco Penang mempercepatkan tarikh tayangannya kepada 29hb. Aku yang ketika itu sedang membeli pc mengambil kesempatan untuk melihat tayangan filem ini sebelum ia ditayangkan secara rasmi. Dalam banyak-banyak sut iron man, aku paling suka sutnya yang pertama iaitu ketika beliau diserang musuh bertali. Kejadian yang berlaku di tapak race formula 1 itu menyaksikan Tony Stark mengenakan sut iron mannya yang pertama bewarna silver dan merah. Kombinasi warna yang cukup menarik. Sayangnya sut yang begitu bergaya dipakai dari suitcase itu cuma dipakai sekali saja. Malah sut itu juga cepat rosak. Kalaulah Tony Stark nak lupuskan sut itu, aku rela ambil biarpun ia sudah bercalar dan rosak teruk.


Kisah iron man 2 tak terhenti di sini. Selepas selesai menyaksikan tayangan ini. Aku yang duduk di barisan tengah terpaksa berganjak ke arah kanan panggung untuk membolehkan penonton lain bergerak keluar. Aku masih menantikan suprise yang digembar gemburkan selepas sari kata. Namun niat aku berubah setelah seorang gadis comel senyum kat aku. Aku yang ketika itu sedang menoleh ke kiri untuk melihat penonton keluar barisan menjadi terkedu dan terkesima. Masakan gadis secomel itu senyum padaku. Namun aku yakin senyuman itu dilemparkan ke arah aku memandangkan hanya aku dan kawanku saja berada di ruang duduk sebelah kanan.


Kawan aku memberitahu yang gadis itu senyum padaku. Kalau dia tak bagitahu pun aku siang-siang dah perasan. Mungkin kawan aku ni jenis yang ambil berat kot, atau mungkin dia juga mengusha gadis tu. Biasa la lelaki. Kaum wanita pun sama. je Yang cantik dan menarik perhatian tentu korang pun usha kan. Niat untuk melihat suprise terus terbatal. Aku bingkas bangun dari tempat duduk untuk mengejar gadis comel tadi. Dia bergerak agak laju bersama temannya. Aku yang mengekori dari belakang terpaksa mempercepatkan langkah untuk mengejar gadis tersebut. Sayangya niat aku tidak kesampaian kerana tiba-tiba saja aku rasa nak terkucil, kawan aku juga turut menyatakan yang dia juga sudah tidak tahan lagi. Kami terus bergerak ke tandas sambil melepaskan hajat.


Antara gadis yang comel dan melepaskan hajat, pasti aku pilih melepaskan hajat. Kalau aku dapat kejar gadis tu pun, tak mungkin aku boleh dapatkannya. Aku kan jenis pemalu. Nak tegur pun susah, inikan pula mengacau gadis secomel itu. Aku pasti gagal. Sikap aku ialah aku akan tegur seorang gadis kalau aku betul-betul kenal dengannya. Kalau setakat tahu nama, aku akan senyum je. Apa-apa pun gadis comel tadi tak lagi aku jumpa selepas keluar tandas. Bukan jodoh agaknya. Gadis comel dan melepaskan hajat, itu juga merupakan satu kombinasi yang menarik

2 comments:

  1. haha
    teringat tadi jumpa laki kacak
    sumpah kacak
    huhuh

    ReplyDelete
  2. Harap hati budinya sekacak dan sepadan dengan wajahnya.. ^^

    ReplyDelete