Tuesday, September 21, 2010

Raya Sakan

Ha... I'm back setelah lama menyepi. Maklumla raya kan sebulan. So aku manfaat sepenuhnya raya tahun ni. So amacam raya korang? Best ke? Dan sebagai soalan berbaur pergaduhan, aku nak tanya korang. Macam mana berat badan? Naik tak? Jangan tipu la kalau korang cakap turun sebab puasa. Raya je korang dah bahan 3 batang lemang. Kalau berat badan tak naik tipu le. Entry kali ni aku nak jamu nafsu korang dengan melihat gambar aku sempena uli-uli aidifitri tahun 2010. Cekidaud. Sila jangan bawak gambar aku pergi bomoh ok. :p



Sesi pertama. Pergi beli baju raya. Tengok takde pun beg plastik kat tangan kami. Pelik bukan? Bukan apa. Kami mengamalkan hari tanpa plastik setiap hari. Untuk menjaga kebersihan Pulau Pinang.



Aku bercadang nak pakai baju raya macam ni tahun ni. Tapi aku takut kena bambu dengan orang kampung plak.



Hari raya pertama disambut di kedai snooker. Hebat bukan? Bersalam dengan apek dan saling bermaaf-maafan antara bangla penjaga batang que



So gambar di atas aku tipu je. Mana boleh sambut raya kat kedai snooker. Nampak sangat kejahilan di situ. Raya pertama di rumah aku.



Di rumah mak cik yang anak gadisnya tak sudah-sudah senyum kat kami. Rumah yang setiap tahun dikunjungi. Selagi anak gadis belum bersuami.




Tak sah kalau takde posing maut time raya ni. Cantik tak lokasi pergambaran siap ada sungai kat sebelah. Memang tip top bukan?



Lagi posing selekoh maut. Gaya artis macam ni boleh menggugat iman korang tak wahai gadis-gadis comel di luar sana?



Ok ni gambar solo aku. Aku tau aku kacak berbaju Melayu. Sila jangan puji aku lebih-lebih. Dah banyak sangat perkataan hensem aku terima sepanjang bulan Syawal. Korang rasa gambar macam ni boleh jadi calon menantu tak?

5 comments:

  1. salam, cantek bergaya abg kite ni. tp lawakla pic nak pakai baju raya taun ni tu.. nanti org kg mesti "bambu" di pg raya.. ;P <3 it

    ReplyDelete
  2. apsal sume lelaki je ni... awek cun n sexy xde ke?

    ReplyDelete
  3. Lady Dora: salam.. smart kan? tu la.. ingat taun depan nak try baju tu. sebelum sempat pergi semayang raya dah masuk spital dulu gamaknya :p

    crazy_labelle: ada...tapi nanti jatuh la saham. so letak gambar lelaki je. boleh? XD

    ReplyDelete
  4. raya aku tak best. sekian.

    ReplyDelete
  5. maisyara: ye ke? sianye.. taun depan raya dengan saya le. baru best^^

    ReplyDelete