Sunday, October 18, 2009

Puaka Tebing Biru


Aku memang nampak puaka tu. Dengan 2 biji mata aku nih. Buat apa aku menipu. Buat tambah dosa je!! Cerita Ali kepada rakan-rakannya di warung Pak Kasim. Petang tu suasana jadi heboh bila Ali yang baru pulang dari memancing, memberitahu mereka yang berada di warung bahawa beliau telah terserempak dengan puaka. Puaka itu ditemuinya ketika dia sedang leka memancing di Tasik Berudu. Masing-masing tercengang mendengar cerita Ali. Ada yang percaya, dan tak kurang yang merasakan Ali hanya mereka-reka cerita untuk mendapatkan populariti. Tapi untuk apa dia berbuat demikian. Ali bukanlah seorang artis!

Agak panjang lebar Ali bercerita. Sambil tu tangan dia memegang cawan berisi limau ais. Sambil bercerita Ali sempat meneguk air tersebut untuk menghilangkan rasa dahaga dek letih bercakap. "Entah siapa la yang letak benda tu kat situ. Buat orang susah hati je" tambah Ali. "Kalau korang nak tengok rasanya benda tu ada lagi. Masa aku blah benda tu masih di tebing. Aku rasa tuan dia dah taknak dia lagi" sambung Ali. Kalau nak, petang ni pakat ikut aku. Sama-sama kita pergi dan lihat samada aku menipu atau tidak.

Ali semakin beriya-iya bercerita. Nampaknya usaha Ali ternyata berhasil bila hampir 30 orang kampung mahu mengikutnya ke Tasik Berudu. Mereka mahu menyaksikan sendiri puaka yang menggangu Ali. Dan petang tu ramailah orang kampung berkunjung ke Tasik Berudu. Tasik itu agak jauh dari kampung mereka dan mereka terpaksa menaiki kenderaan untuk ke sana. Setelah sampai mereka terpaksa pula meredah hutan tebal. Mereka semakin percaya kewujudan puaka tersebut memandangkan jalan untuk ke Tasik Berudu memang sedikit seram. Masakan tidak, rumput yang harus dilewati semuanya panjang-panjang belaka. Separas orang dewasa. Setiap orang hanya berdiam diri ketika mengejar langkah Ali yang semakin laju.

Dalam diam, ramai juga anak muda yang mula gelisah. Tak kurang yang sempat bezikir dan berdoa di dalam hati memandangkan keadaan semakin gelap. Setelah hampir 2 jam meredah hutan mereka akhirnya sampai di Tasik Berudu. Suasana ketika itu memang seram kerana keadaan sekeliling yang gelap beserta bunyi cengkerik dan ungas yang saling bersahutan. Ali terus menuju ke tebing dan orang kampung hanya mengikut di belakang. "Nah tengok tu. Nampak tak puaka tu" tiba-tiba Ali memekik. Suasana yang ketika itu ruih rendah jadi sunyi sepi. Mata masing-masing tertumpu pada puaka yang disebut Ali. Orang kampung mula menggosok mata. Mereka mahu mendapatkan kepastian dengan apa yang mereka llihat di tebing tersebut. Agak lama mereka perhati namun tidak kelihatan seekor lembaga pun di tebing itu. Yang kelihatan cuma rumput dan sebatang lilin.

"Korang nampak tak??" tiba-tiba Ali bersuara memecahkan kesunyian. Orang kampung mula menyoal mana puaka yang disebut-sebut Ali. "Tu kad atas tanah tu. Bukan puaka ke? Korang ni dah buta agaknya" Ali bersuara keras sambil tangannya menunjuk ke arah sekeping kad. Di atas kad tersebut tertera gambar A dengan bentuk hati. "Ini kau kata puaka?" tiba-tiba salah seorang dari mereka bersuara. "Ye la, takkan benda lain kot" bentak Ali. "Yang ni bukan puaka. Ni kad poker, kad terup. Bahalol!!" orang kampung bersuara secara serentak. Kali ini giliran mereka pula bersuara tinggi. "Eh, tak sama ke? Bukan orang panggil puaka ke?" Ali bersuara sambil terketar-ketar.

Petang itu kedengaran air berkocak kuat serta suara Ali yang meminta tolong. Badannya kini basah dan dia sedang lemas dihanyutkan oleh sungai yang deras. Dan orang kampung mula bersiap-siap meninggalkan tebing Tasik Berudu dengan perasaan marah yang semakin menebal.

4 comments:

  1. ko tau x.. aku memula baca entry ada rasa seram gak ckit.. tp last skali cam hampeih jerk.. yerk arr ingat puaka betui.. skali poker laa..~ hampeih kepeh tul..

    ReplyDelete
  2. hahah.. ape sengal la ali tu.. hahah.. poker disamakan puaka.. hampes..

    ReplyDelete
  3. siot je!!!!hampeh .penat2 je aku aku baca hehehe

    ReplyDelete
  4. jai@jezz: Tu puaka!! pekik Ali

    fhad: Ali tu memang hampes. Elok sangat dia lemas. Skang ni dia da betul-betul jadi puaka. Mati lemas.. haha

    dakwat-merah: penat ke? kekeke

    ReplyDelete