Thursday, December 24, 2009

Aku Paling Lewat.. Pedulik Ape Aku

Akhirnya setelah lama menanti, hari ni aku nak citer pasal gathering kat Genting. Bertemu kalian buat hati aku senang sekali. Tak sangka ada yang terus jadi couple lepas gathering ni. Kepada Razman dan Azza tahniah den ucapkan kat korang. Den jugak yang kesepian bak lagu orang lidi. Nak describe sorang-sorang? hurm tak perlu aku rasakan sebab fhad dah buat. So aku taknak ciplak idea. Aku cuma nak citer pasal makhluk yang sempat aku berbual. Yang baru aku kenal time gathering nih. Yang tak sempat tu maafkan la aku. Aku hanya insan biasa yang mempunyai wajah seperti artis. Tak mampu melayan kalian dengan serentak. Hak Hak

1) Jen
Aku ingat dia ni serius. INI SERIUS!! Rupanya otak sama biol cam aku. Aku paling suka time aku komplot ngan die kuarkan orang lidi, padahal mamat ni eskimo. Aku puas ati. Haha

2) Orang Lidi
Ramai orang cakap dia ni psiko. Memang psiko pun. Kejadian ni berlaku masa last-last dah. Time kita g makan kat food court. Dia datang masa aku ngah buat bayaran. Dia cakap kat sini ke bayar? Aku cakap ko beli katne? Dia cakap kedai hujung. Abis tu nape ko nak bayar kat sini? Dia cakap, dah aku tengok ko bayar kat sini. Tak sama ke? Adesss -_-!

3) Jalak
Ramai yang minat kat Jalak lepas dia buat persembahan. AKu sempat kenal Jalak time kitorang g minum kat Old Town. Dia citer pasal kerjaya dia. Paling aku ingat dia ajar aku buat magic. Serius aku teruja

4) Aleen
Minah ni mula-mula aku tengok sweet je. Tapi bila dah kenal, dia ni paling kecoh. Yang penting ko memang cun aleen. Tahniah sebab akan melansungkan perkahwinan tahun depan. Melepas lagi sorang. Haha

5) Loki
Awal-awal lagi aku dah agak Loki ni sama je jenis macam aku. Aggresif dan riuh. Loki sempat jadi tourist guide kitorang masa dalam bas. Dibantu oleh Aleen selaku pemegang bunga manggar

6) Yelorenzo
Dia ni tido sebilik ngan aku, Fhad dan Ian. Dia ni sampai-sampai je bilik terus mandi. Pastu tido. Dahtu tido paling awal pas main game di bilik gurlz. Tapi bangun paling lambat. Hampess. Aku tengok dia ni cam pro sebagai kameraman. Tapi taknak tunjuk skill

7) Meera
Dia ni memang ramai peminat. Aku sempat borak sikit-sikit je ngan die. Ramai sangat usha dia aku plak jadi segan. Eh nape plak aku segan??

8) Shazruls
Kenal-kenal je terus jadi rapat sebab dia ni orang Penang. Terus rancak. Dia ni banyak ajar aku camne nak jadi kameraman yang professional. HBZ tertarik dengan kamera beliau

9) HBZ
Nama sama ngan aku. Mungkin sebab tu la kitorang jadi member kamceng. Sama-sama g cari cari tandas untuk kencing. Tapi lain-lain bilik k. Aku bukan GAY. Ade ke patut dia ingat aku ni mamat indon. Hampes tol. Bila dia cakap kat orang ramai aku betol-betol malu. Abis merah muka aku. Kantoi satu kelemahan...

10) Enul
Rasanya aku orang pertama tegur minah ni. Bukan ape, sian tengok dia sorang-sorang. Aku kenal die sebab selalu nampak dia g blog Yang Penting Rupa tulisan Jai. Dia rakan aku masa main Solero. Tapi semua senyap je masa main. Tido ke??

11) Hanem & Yam
Diorang ni memang rancak berbual. Pastu si Hanem ni asyik kenakan aku. Dia cakap aku bok bak. Menatang ape bok bak ni pun aku masih kabur.

12) Suki, Min, Sufi, Shax
Diorang ni 4 sekawan. Sempat berborak panjang masa nak naik Solero. So aku tahu la sikit-sikit pasal diorang. Si Suki belajar kat PSP. Nanti dah masuk tepon saya ye (fhad mesti bengang). Min lak kitorang tukar hadiah malam tu. Awak masukkan air panas kat mug tu. Siyes ada magic. Shax plak aku ingat ejaan nama dia S.H.A.R.K bermaksud jerung. Sebab tu aku takut nak tegur. Nges nges. Bagi aku Sufi lagi pendiam dari min

13) Ms Siv
Muka dia mengigatkan aku pada seseorang. Adoyai. Tapi dia paling bising kata aku pola bear malam tu. Aku tak tahu nama dia, so aku cakap yang tudung putih tu la pola bear sebenarnya. Hehe

14) Yob Sumo
Dia ni pun antara teman rapat aku kat genting. Kitorang selalu lepak sama-sama. Aku ingat dia ni besar cam sumo. Boleh aku berlindung masa kabus tebal. Rupa-rupanya jangkaan aku meleset sama sekali.

15) Si Kosong
Mamat ni aku sempat berbual panjang masa dalam bas ke Genting. Aku duduk sebelah die. Aku ni punya la semangat citer pasal banner ngan forum yang dibuat oleh seseorang. Rupa-rupanya tu keja dia. Hampes tol. Pandai dia menyamar buat-buat tak tahu. Malu den..

16) Fhad
Fhad tak payah la aku cite panjang pasal ko. Dah ramai puji ko. Aku taknak bagi ko kembang lebih-lebih. Yang penting kenal ang memang baguih dok ada

17) Ah Ian
Mamat ni kawan rapat Fhad. So bila kenal ngan fhad aku sekaligus kenal mamat ni. Aku suka kenakan dia sebab aku suka tengok dia ketawa. Dia paling menyampah bila aku kenakan dia. Ian kamera ko tahap cikai.. Muahah

18) Effa
Kenal masa 1st gathering. Agak rapat ngan die. Aku temankan die g Masjid Jamek aritu.

Yang lain tu seperti ah fatt, beskot, hasif, cc, razman, azza & lumut aku tak sempat nak kenal korang lebih-lebih. Korang terlalu famous macam aku dan tak sempat bagi perhatian kat semua orang. Kan? Kan? Yang penting korang tetap dihatiku. Nanti ada gathering kita join lagi ye..

Ni aku ada buat wallpaper sempena pertemuan kita. Harap korang suka. Akhir kata, kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, sama-sama kita pergi buat haji (~',')~


Sila klik untuk tumbesaran



14 comments:

  1. thanx la sbb ko org pertama tegur aku.
    lagi2 bila ko ckp ko kenal aku kat blog Ijai.
    rs riak ckit ms tu!
    hahahahaha

    nasib baik ko duk jauh.
    aku ingat nak ko jadi guidance aku utk final project aku..
    pleaseeeeee

    ReplyDelete
  2. woiiii suke ati ko je tulis name yelo tu yelorenzo, name die yelozero la dol.. die mmg camera man pun.. saje x bawak camera coz camera mahal gler kalah kosong.. seyes..

    ReplyDelete
  3. wah
    pasal aku dia tak tau satu pun
    ceyt =P

    ReplyDelete
  4. aku siv!
    eh muka aku mcm sape?
    n kenape gambor aku tak ada?
    kau edit balik!
    ekekekeke

    ReplyDelete
  5. wat the!aku lg pendiam dr min?
    ok,kt tgk second gath
    wa tunjuk pangai wa sebetul2nye..
    pas 2 sila jgn kutuk..
    =P

    ReplyDelete
  6. so jealous tgk korang2 enjoy! hehehe... tp, ade gmbr sorang mamat uh why muke dye mcm Roslan si juri Malaysia Idol uh..? (mamat yg berambut pnjang berkaca mata uh)

    ReplyDelete
  7. aku no 1???

    wah...bangge...

    mesti ko gile sex ngan aku kan??

    nampak sgt~~~

    ReplyDelete
  8. =)...
    take care...
    mmg xkan lupe kenangan itu.

    ReplyDelete
  9. aku masih dekat dgn lumut di mane2 komen pun ngahahaha...

    woi hazri, ko nk citer psl aku ke psl fhad?..mane de aku kwn ngn fhad..ktorg besepak terajang je..kikiki..kenal ko merupakan kenangan yg sgt pahit bg aku tambah2 bile aku sgt suke bahan ko hahah..

    slumber yelorenzo..haha yelozero la bhai..

    ReplyDelete
  10. weh jumpe blog ko..hahaha

    thanks babe sebab dapat jugak jumpee ko
    ko best
    lawak
    hahahaha
    time spaceshot tuh yg xleh belaaaa

    ;p

    ReplyDelete
  11. aku tacing..ko tak kenal aku...

    sedangkan aku leh eloborate pasal ko satu kertas kajang...huhuhu...waaaaaa..


    balik lah..

    tata!

    ReplyDelete
  12. muke merah muke merahh..

    haha

    ReplyDelete
  13. eh aku suka rambut ko
    x apa
    lain kali kita sembang
    aku bukan apa... aku malu nak bertegur sapa kalau aku x biasa lg. huhuhu

    ReplyDelete
  14. enuLwanie: citt bangga lak die..

    Fhad Boulala: ko nampak je kan kesalahan tatabahasa aku. hampess sungguh

    Mr.Chenta: takpe nanti kita kenal lebih-lebih k.. jangan lari tau :p

    miSs s!v: wajahmu persis ex kekasih gelapku. igatkan dia yang datang aritu. cuak jugak

    sufi: wa tak kutuk aih.. wa puji lagi. :D

    maisyara pot! pot!: oh itu Razman. mula ngan huruf 'R' jugak. keke

    syed mohamed bin syed hassan (jen): Adess nyesal letak ko no satu. aku masih sukakan wanita.. maafkan aku :P

    lumut: take care fhad dan ian.. hehe

    ah ian: aku saja duduk sebe;ah ko masa balik aritu. nak kasi ko jeles kat fhad.. padan muka ko.. haha

    azzaliena suziantie: time spaceshot?? bile eh?? roh aku dah hilang separuh kat situ..

    cik CumeY: jangan la majuk cayang.. ecece.. :D

    shakinah: tu sebab resdung la.. sian kan kat aku..

    Fatt Chin Choy: aku dah potong rambut. nak keja kena jaga penampilan. rambut asal aku cam ian. siyes aku tak tipoo

    ReplyDelete