Tuesday, January 19, 2010

Cinta Merah Di Ufuk Timur


"Wei Amran, Ayu kirim salam kat kau.. Kau ingat lagi tak budak kelas kita tu, Marayunis? dia ada hantar surat kat aku.. Dia dah luahkan isi hati yang sebenarnya dia sukakan kau... Sebelum dia ke luar negara, dia nak kau tahu satu hakikat yang dia cintakan kau seikhlas hati..." kata-kata Yusof itu membuat hati Amran seperti ditumbuk ahli tinju.. Berdegup kencang bagai terputus dari arteri pulmonarinya... Ayu? siapa yang tidak kenal dengan si gadis comel dari kelas 5 tuah itu? Kedipan matanya saja mampu merebahkan puluhan malah ratusan lelaki maskulin termasuklah guru disiplin dan pengetuanya sendiri.. Rambutnya yang ikal mayang diselitkan di belakang telinga menampakkan pipinya yang gebu dan licin tanpa seurat jerawat... Bibir merahnya yang selalu diukir dengan senyuman pernah membuatkan pengetua sekolah membatalkan persekolahan pada hari isnin kerana demam walaupun pada hakikatnya senyuman itu bukanlah untuknya.. Bentuk badan Ayu cukup mengiurkan walaupun dalam unifom sekolah.. abang kantin pernah menyapu muka ibunya sendiri dengan penyapu usang ketika membersihkan lantai di hadapan tandas hanya kerana terpandang Ayu yang berjalan di hadapannya.. Akibat dari perbuatannya itu ibunya terus menggelar abang kantin itu anak durhaka.. Sudah sepurnama abang kantin tidak pulang ke rumah setelah dihalau ibunya itu...

Begitulah tahap kesempurnaan yang ada dalam diri Ayu.. Ke mana saja dia pergi, bercakap, malah menguap sekalipun, orang akan terpaku dan terkesima sebaik sahaja memandang wajah Ayu. Keluarganya juga bukanlah dari kalangan orang calangan. Ibunya berdarah arab dan vietnam. Bapanya yang juga merupakan seorang CEO Shell memiliki dua buah kereta mewah berjenama mercedes dan kancil. Ramai yang berhasrat untuk mengambil Ayu sebagai teman wanita namun harapan mereka jelas sekali berkecai kerana Ayu lebih suka menumpukan perasaannya pada buku-buku pelajaran. Amran juga tidak terlepas dari golongan ini yang lebih gemar dikenali sebagai loser. Sejak Ayu berpindah ke kelas Amran dari sekolah lamanya, Amran lebih suka menyendiri. Matanya tidak terlepas memandang Ayu walaupun sesaat biarpun beribu jenis kuman dan habuk bertenggek di anak matanya. Pernah sekali Amran dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit pada kornea mata. Tidak hairan Amran kini berkaca mata dengan alasan banyak membaca buku. Sudah lama Amran merancang untuk meluahkan isi hatinya pada Ayu tapi setiap kali berhadapan dengan Ayu, lidahnya kelu seribu bahasa. Lututnya tak henti diketuk untuk memulihkan semangatnya. Peluh bertitisan dari hujung umbutnya sampai ke buku lali. Basah baju Amran bermandikan peluh. Sebab itulah Amran selalu membawa baju salinan di dalam beg sekolahnya..

Amran pernah mengupah seorang kawan untuk meyampaikan surat yang ditulis berlandaskan isi hati tulusnya dengan harapan Ayu menerimanya seadanya. Sejak dari itu Amran selalu membayangkan Ayu lari dan mendakapnya setelah membaca surat yang ditulis sepanjang malam itu. Hatinya ikhlas untuk menjaga dan menemani Ayu di kala Ayu memerlukan seseorang. Penantian Amran selama enam bulan tidak membuahkan hasil apabila Ayu tidak langsung memberikan apa-apa jawapan dan balasan surat. Seminggu sebelum peperiksaan SPM barulah Amran mendapat tahu bahawa kawan yang diberi sepenuh kepercayaan oleh Amran itu tidak memberi suratnya kepada Ayu sebaliknya mengepos surat itu ke pusat jagaan kanak-kanak kurang upaya. Duit upahnya pula digunakan oleh kawannya itu untuk membelanja teman wanita sambil menonton wayang midnight. Amran semakin tertekan. SPMnya berakhir dengan keputusan 8D 2E. Harapan untuk membawa Ayu ke jinjang pelamin terkubur menyembah tanah. Bagi Amran, Ayu memang bukan untuknya. Dia relakan Ayu pergi bersama orang yang lebih berjaya dari dirinya. Amran sanggup berkorban demi kebahagian Ayu biarpun hatinya remuk dan kemik kerana terpaksa berpisah dengan Ayu. Dia tidak mahu Ayu bersedih. Amran tidak mahu Ayu menunggunya yang tidak ada masa depan walaupun pada hakikatnya Ayu tidak tahu langsung tentang perasaan Amran. Hanya Amran yang bertepuk sebelah tangan...

Akan tetapi ungkapan dari mulut Yusof sebentar tadi membangkitkan semula semangat Amran untuk mendampingi Ayu. Sungguh tidak dijangka oleh Amran yang Ayu meminati dirinya yang serba kekurangan, dengan kata lain tidak ada keistimewaan lansung. Dengan potongan rambut yang kusut masai dan berhidung besar disulam dengan bibir hitam yang tebal serta mempunyai dua buah butir jerawat batu kesayangannya, Amran sangat dibenci para gadis. Tapi semua itu dipersetan oleh Amran. Amran tidak mahu peduli apa kata orang. Yang penting Ayu sudah dalam genggamannya. Sudah tiba masanya Amran mengukir awan-awan cinta bersama Ayu, gadis pujaan hati tulusnya. Amran tidak sabar untuk membaca surat yang diutuskan oleh Ayu kepada Yusof yang berkisar tentang dirinya itu. Dengan pantas Amran bertanya perihal surat itu kepada Yusof. Hatinya tak mampu lagi menahan nafsunya yang membuak-buak untuk mengetahui isi hati Ayu yang dicoret dalam tintanya itu. Apa yang diharapkan oleh Amran, dia sempat berjumpa Ayu sebelum Ayu berlepas ke luar negara dan sama-sama meyampaikan perasaan cinta yang sudah lama berputik dari pasangan beauty and the beast itu. Yusof segera menjawab" Laaaaa.... kau percaya ke? aku tipu je la... takkan lah Ayu nak kat kau yang hodoh ni.. cermin muka dulu la Amran....," dunia Amran terasa gelap. Segala perasaan yang disemai dalam awan kosongnya lesap. Amran rebah ke bumi. Nafasnya sangkut. Tidak disangka yang dia memang seorang loser..... Amran memejam mata sebelum dikejarkan ke hospital akibat hentakkan yang sangat kuat di bahagian kiri hati...


Hasil nukilan Tank (dia nak aku post entry nih)

9 comments:

  1. tahniah kepada TANK...nukilan yang menarik..tegelak aku di tengahari yang indah nih..ayat bunga2 mcm sial..

    4.5/5 star..

    ReplyDelete
  2. Panjang giler gaban entri…aku tahu dah ending die mcm tuh tp aku nk jugak bace smpai abes..kot kot ko dah olah citer nih jadik macam lain plak…

    Aku penah bace citer nih…member aku antar via email….huhu..tp dlm versi indon indon sikit…huhuuh..neway..ko jgn ler jdik macam amran tuh…menaroh minat pd org yang xmungkin ko dpt..

    Aku tahu ko tidak ler sehodoh amran…..tp xjugak seencem Roger Federer pemain tennis tuh….pape hal pon…ko tetap Hazri yang aku kenal…bak kate HBZ…’aku ingt die tuh org indon’….hahahaha..kluaku dah terase dah dgn pengakuan berani mati si HBZ tuh…

    Hahhaa..

    ReplyDelete
  3. haiya!
    byk pjg wo ini entry..
    ehehe..
    dua kali minum air tym bace! ahaha..
    da la mcm klaka..ehe..

    ReplyDelete
  4. peeeehhh... panjag yea.. esok smbung bace agy.. ngee~~ ^^

    ReplyDelete
  5. eiii,
    aku bengang dgn kwn amran.
    tlg jga emosi kwn anda!
    huh!

    upss,
    maaf ye amran.
    teremosi plak! :)

    ReplyDelete
  6. jalak lenteng: Tank ni bajet boleh ganti A. Samat Said

    aLeen aVriL: Aku di tengah-tengah antara amran & Federer. Intresting :D HBZ tu memang nak kena ngan aku

    sharvina: Layan jek.. gerenti tak menyesal xD

    maisyara pot! pot: Tu la saya pun tak abis baca lagi :p

    enuLwanie: Amran kirim salam sayang kat ko. Dia nak no phone :D

    ReplyDelete
  7. hm.... ok.. bagus.. ada sisi sisi tersirat disitu. saya ada merungkai dan ada ketemu satu dua nilai dan pengajaran..


    kalau letak lirik2 lagu rock kapak pun bagus, contohnya ni:

    "Kalau dapat ku petik bintang di awan biru
    Kan ku sematkan ke dalam dada mu
    Kalau dapat ku capai bulan mengambang penuh
    Kan ku hadiahkan di hari jadi mu"

    -ha, barulah ada sedikit seri.. (lagu:headwind, kita serupa)

    walaubagaimanapun, memang sangat ikhlas dan bagus.

    dan, tajuknya bagus kalau diubah, takut2 ada sama dengan tajuk lagu search: mentari merah diufuk timur , kang marah plak amy dan kid search.



    psst: kalau boleh, babak result spm tu bagi la tinggi sikit.. 2A1 1A2 3B4 4C5 ke..

    kirimsalam kat tank.

    ReplyDelete
  8. kem salam kat tank!
    sirius.
    die kasi aku gelak malam smlm.
    :D

    ReplyDelete
  9. oranglidi: Wah sekali ko komen, bukan main panjang lagi. Komen ko mantap dengan sisipan makna-makna tersirat. Nampak benar ko memang penggiat seni yang hebat. Nanti aku kim salam kat tank

    siv: Baik cik adik.. Nanti aku kim salam kat die

    ReplyDelete