Friday, January 8, 2010

Oh Saerah


Gambar di atas sekadar hiasan. Tidak berkaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah pergi tak kembali

Kunjungan penulis ke Simpang Empat, Perlis memberi kesempatan kepada penulis untuk singgah di rumah Pak Lang. Pak Lang seorang yang amat disegani kerana beliau seorang yang sangat berilmu. Pak Lang dengan penulis bukanlah orang lain. Kami mempunyai pertalian darah melalui bapa penulis. Kunjungan penulis di rumah Pak Lang disambut dengan begitu mesra. Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah anak Pak Lang, Saerah namanya. Orangnya sangat cantik pada pandangan penulis. Penuh dengan adat dan tatasusila seorang gadis melayu. Matanya yang lentik, pipi pauh dilayang membuatkan penulis jatuh cinta pandangan pertama pada Saerah.

Keayuan Saerah membuatkan penulis terpukau, Saerah juga tidak loket melemparkan senyuman ketika menghidangkan minuman. Kerana itulah penulis tak berkelip mata melihat Saerah. Jiwa penulis berdebar setiap kali kami bertentang mata. Dalam diam penulis meyimpan niat untuk menjadikan Saerah sebagai sebagian daripada hidup penulis. Mungkin sebagai calon isteri. Dan yang pastinya Saerah juga memberikan respons yang baik terhadap penulis.

Pulang dari Perlis, penulis jadi angau dan gila bayang. Wajah ayu Saerah sering terbayang-bayang di mata penulis. Penulis tidak lagi lalu untuk menjamah nasi, mandi juga tidak lama seperti selalu. Kadang-kadang penulis mandi tanpa bersabun. Begitulah hebatnya penangan Saerah kepada penulis. Penulis tekad mahu bertemu Pak Lang dan menyuarakan hajat penulis. Mesti Pak Lang tidak berkira kerana penulis juga sebahagian dari keluarganya.

Hajat penulis untuk kembali ke rumah Pak Lang terlaksana apabila penulis sempat berkunjung ke Perlis ahad yang lalu. Apabila tiba di Simpang Empat, penulis tidak membuang masa dan terus pergi ke rumah Pak Lang dengan hati yang berbunga-bunga. Salam penulis disambut manja oleh Saerah yang ketika itu sedang duduk di tangga rumah. Seerah yang berkain batik mebuat jiwa penulis meruntun hebat. Selepas memberitahu hajat penulis untuk berjumpa Pak Lang, Saerah masuk ke rumah. Lenggoknya membuatkan penulis terpana.

Sebentar kemudia Pak Lang keluar sambil membetulkan songkok dan kain pelikatnya. Salam penulis disambut mesra oleh Pak Lang sambil dipersilakan duduk."Dengar cerita ada hajat besar datang ke mari" Pak Lang memulakan bicara. "Betul Pak Lang..Err mana Saerah??" balas penulis. Penulis tidak mahu tergopoh gapah dalam soal menentukan hidup. Kalau boleh penulis nak melafazkannya di depan Saerah. Baru la nampak gentleman."Bini muda aku tu?? Ada kat dapur kot, tengah buat air" Pak Lang menjawab. Tatkala mendengar jawapan Pak Lang, terasa luluh jiwa penulis. Terasa hati ni hancur berkecai tak ubah gelas terhempas ke lantai.

Sudahnya penulis pulang ke rumah tanpa menikmati hidangan kuih di rumah Pak Lang dengan alasan ada hal kecemasan. Penulis pulang dengan perasaan hampa. Dan penulis berkira-kira, kalau dijamah juga kuih serta air teh buatan Saerah, sudah pasti ianya kelat dan tak manis. Dan petang itu, penulis rasa macam nak main takraw guna buah durian



6 comments:

  1. penulis.perlis.penulis.perlis. belit lidah aku. nak pi tandas sat la..

    mai2. luahkan isi hati kepada ahli yang lain.
    http://www.88hbz.com/2010/01/rakyat-bergabung-negara-bernaung-aka.html

    ReplyDelete
  2. aku tak bace entry neh.
    sbb name mak aku saerah.

    ReplyDelete
  3. adehhh...sedih sungguh!ni kesah benar ke penulis????

    ReplyDelete
  4. hBz: ang punya pasal la jen ditimpa kemalangan. doa lagi..

    panggiL guA siv: kim salam kat mak cik Saerah :P

    ++***hana zaty**++ : bukan kisah benar.. penulis hanya mengada-ngadakan cerita

    ReplyDelete
  5. okay.
    nak ckp sape kem salam neh?
    menantu ke?
    ;p

    ReplyDelete
  6. panggiL guA siv: a'ah..ko cakap menantu mak yang paling baik kim salam.. Jangan lupa sertakan gambar aku sekali. Pasti mak suka :D

    ReplyDelete