Tuesday, January 5, 2010

Penunggu Bukit


"Pernah dengar insiden manusia berkepala harimau kat lebuhraya Karak?" Soalan itu menjadi ayat permulaan Man Todak pada petang itu. Siapa yang tak kenal Man Todak. Orang paling berani di Kampung Lepat. Kalau Man Todak ada di kampung, pasti beliau akan menceritakan cerita-cerita seram kepada orang kampung. Dan petang itu orang kampung disajikan dengan cerita hantu berkepala harimau di lebuh raya Karak. Semua kusyuk mendengar cerita Man Todak sehingga ada anak muda tidak berkelip mata mendengar cerita seram tersebut.

Selepas pulang dari mendengar cerita Man Todak, Kodek berasa sungguh tidak berpuasa hati, Baginya Man Todak sengaja mengada-ngadakan cerita untuk menakutkan orang kampung. Masakan ada manusia berkepala harimau. "Mereka semua tu bonggok. Percayakan benda karut." Kodek terus memaki hamun Man Todak. "Yang engkau ni kenapa? Dah tak percaya cerita orang tu, Buat apa ko pergi dengar" Supi yang tadi asyik diam mula bersuara. Dia berasa amat marah sekali dengan sikap Kodek. Siapa tak kenal Kodek, anak ketua kampung. Dia anggap dirinya sahaja betul. Malah dia yang dimanjakan sejak dari kecil memang tak mahu mengalah. Semua katanya harus orang turuti. Dalam diam Supi menyimpan perasaan mahu kenakan Si Kodek.

Malam berikutnya dia mengajak Kodek ke rumah Man Todak. Dengar cerita Man Todak baru sahaja menangkap beberapa ekor penunggu dari belakang bukit. Penunggu ni dah lama menggangu kampung jiran. Kodek menyahut jemputan Supi tanpa banyak bicara. Katanya kali ni biar kita lihat siapa yang betul. Namun ungkapan itu hanya sementara apabila Kodek yang tadi rancak berbual hanya terdiam apabila mereka mendekati rumah Man Todak. Apabila sampai dan dijemput masuk, Kodek hanya melangkah dengan perlahan dan muka yang penuh ketakutan. Supi tersenyum puas melihat Kodek bersifat demikian. Baru padan muka dia. Cakap terror sangat. Bisik hati kecil Supi. Terketar-ketar tangan Kodek ketika menyambut salam Man Todak. Dia kini pucat dan tidak keruan.

Sambil membetulkan kain pelikatnya, Man Todak memulakan bicara. "Untuk apa kalian ke mari? Adakah berhajat untuk melihat penunggu yang telah hamba tangkap?" Lagak Man Todak yang tak ubah orang dulu-dulu membuatkan Supi tersenyum simpul. "Kami memang berhajat nak melihat penuggu tu. Dengar citer tok dah pagar benda tu? betul ke?" Supi bersuara. "A'ah tok dah pagar, kalau korang nak tengok kejap tok bawakkan. Benda ni memang liar sikit. Penat juga tok hambat dan kejar untuk mendapatkannya" balas Man Todak. "Matanya merah, giginya tajam, harap korang tak takut ye.." tambah Man Todak. Kini giliran Supi terdiam. Kelihatan keringat jantan membasahi pipinya. Dia mula berasa takut apabila terdengar Man Todak mengatakan penunggu itu bermata merah dan bergigi tajam. Supi memang fobia dengan makhluk bermata merah dan bergigi tajam dek kerana kisah hitamnya waktu di sekolah menengah.

Sebentar kemudian Man Todak masuk ke dalam biliknya. Sambil tu Supi dan Kodek hanya mampu berpelukan kerana ketakutan. Selang beberapa minit Man Todak keluar dengan sebuah sangkar yang dibalut kain pelikat. Pelukan Supi dan Kodek semakin erat tatkala melihat kelibat sangkar tersebut. "Tok buka ye..Korang jangan bising-bising sebab benda ni tengah tido. Takut korang buat dia terjaga. Susah aku karang" Man Todak memberi pesan. Supi dan Kodek hanya mengaggukkan kepala. Kemudian kain yang membalut sangkar tu pun dilabuhkan. Serentak kemudian terdengar bunyi tumbukan dan sepak terajang yang menggegarkan rumah Man Todak.

"Aku dah kata dia penipu, ko taknak percaya" ujar Kodek sambil berjalan pantas. "Mana aku tau, aku ingat dia tu betul-betul handal" balas Supi yang mengekor dari belakang. Kedua-dua mereka berjalan pantas sambil menggengam penumbuk yang masih belum puas. Di rumah Man Todak, kelihatan kelibat orang tua tu yang lebam-lebam di sisi sangkarnya. Di dalam sangkar tersebut kelihatan 2 ekor memerang bukit yang sedang tidur lena.

11 comments:

  1. aku tak nak bace lagi.
    sbb aku terkejut tgk gambar tu.
    aku bukak blog ko tgh malam ok.
    cis.

    ReplyDelete
  2. ceeehhh!!!! siot jep! igt cerita hantu betul! ku tertipu! di tipu! menipu! putuiii!!! weekk! xD

    ReplyDelete
  3. cilaka. sampai juling mata aku bace.

    sangka aku, ada semut dalam tu

    ReplyDelete
  4. aku nmpk ko update tgh mlm td.
    bila nmpk ada gmbr hantu, terus aku tutup.
    aku sorg2 kot!

    pagi ni, baru aku baca blog ko.
    tapi resultnya,
    hampeh!!!
    hampagas!!!!

    aku nk flag blog ko.

    ReplyDelete
  5. haahaha.. cerkon poen versi lu.. mmg mantop...

    ReplyDelete
  6. panggiL guA siv: Siv penakut? that it..

    maisyara pot! pot!: Jangan marah ek...

    hBz: Fakta: Jangan minum air yang mengandungi semut

    enuLwanie: Anda marah? Gembira? (Aku tetap senyum)

    wong ah ian: Itu dia kata-kata ikhlas dari ian

    Fhad Boulala: Fhad mula bertindak lucah dek kerana ian yang mencarut. Itu hipotesis awal aku

    ReplyDelete
  7. bengong!
    aku bukak blog ko..betul2 tgh azan maghrib dan aku kat opis sorang2..

    takut!

    ReplyDelete
  8. miEz haNeM: Dah maghrib elok ko amik wuduk :)

    ReplyDelete
  9. cait. aneem saje nak suruh kite cakap dye rajin. malam2 pun keje.mahaha..tesirat ya ko aneem..

    aneem rajin. aneem rajin..

    ReplyDelete