Sunday, January 31, 2010

Pemancing Tegar


"Sabtu ni jadi kot mancing. Kalau tak dapat jugak ikan idaman, pasni kita tak payah pergi dah bawah jambatan". Itu antara ayat yang kawan aku cakap sabtu lepas. Target kitorang kali ni ialah menumpaskan talang 3 kilo ke atas. Seramai 6 orang menyertai ekspidisi memburu talang. Tiang jambatan no 21 menjadi pilihan. Sampai je aku terus sangkut Davy Johnes dengan harapan dapat kerapu. Lepas tu aku apollo roka untuk mendapatkan ikan bilis.


Ikan bilis dicakuk hidup-hidup dan dibuang ke dalam laut. Air hari tu sangat kuat dan tali kami dibawa jauh dari tempat asal. Aku tertarik melihat ketam di tepi batu jambatan. Tak macam kami guna apollo, ketam hanya menggunakan sepitannya. Aku tengok gaya ketam tak ubah macam beruang menangkap ikan salmon. Bezanya ketam menangkap ikan bilis. Selepas 3 jam kami berjaya memperolehi 3 ekor ketuka, mayung dan juga ikan gelama. Talang masih belum muncul. Malu-malu agaknya.


Selang beberapa jam, kami dikejutkan dengan batang rod kawan aku disentap hebat. Dia mula mengayuh. Sambil tu dia berteriak "aku rasa pari! berat semacam". Masing-masing tinggalkan rod dan memberi perhatian sepenuhnya pada kawan aku. Akhirnya mangsa dibawa naik. Seekor belut berwarna keemasan diangkat dan dianggarkan seberat 1 kilo. Lepas tu tiada seorang pun memperolehi ikan. Tepat jam 6 kami pulang dari bawah jambatan.


Masa dalam bot aku sempat bukak peti orang lain. Rasa geram ya amat bila tengok dalam bekas mereka terisi talang seberat 5 kilo. Ada jugak siakap merah dalam 3 kilo. "Pasni kita datang lagi. kita try tiang lain plak" kata kawan aku bila sampai di jeti. Aku dalam hati "Ceh tadi kata kalau tak dapat ikan idaman taknak pergi dah." Tiba-tiba kawan aku mencelah "dah nama pun pemancing TEGAR". Aku terdiam. Terkejut sebab dia macam boleh baca fikiran aku -__-!

10 comments:

  1. aku tau ko mancing kat mane?
    aku dah pi penang semalam.

    ReplyDelete
  2. weh..ni leh buat partner neh..minat dah sama..walaweh..tapi bukan ke ikan talang tuh panjang?..takot siol..

    ReplyDelete
  3. hang tak jilat2 dulu mata pancing tu. mana nak dapat.

    lama tak call. tak rindu ke?

    ReplyDelete
  4. enuLwanie: ko datang penang tak roger... tapi aku keja la smlm. (T_T)

    Jalak: ko minat? nanti ko turun penang. aku bawak mancing bawah jambatan. macam-macam ikan ada. talang memang besar. 3x ganda lagi besar dari botol 1.5L

    hBz: aku siap makan kail untuk amik berkat. u la call i plak. hehe

    Siv: dah minat yang oii... xD

    ReplyDelete
  5. aku nak roger cmne?
    bak la no phone ko.
    maybe minggu dpn pi lagi.
    lepak lagi lama!

    ReplyDelete
  6. wehhh gile mancing ko ni... jom lah.. nnt g gath kat pulau jgn lupe bawak joran sekali ok.. hahaha

    ReplyDelete
  7. AM nak tanya satu soalan, kepada sesiapa yang pakar memancing.

    AM ni bukan pakar memancing dan juga bukan pemancing tegar.

    Tetapi seperti selalu, orang main snooker AM pun beli dua tiga batang que untuk main snooker. Orang main bowling, AM pun beli bola bowling untuk turut sama bowing. Orang pancing ikan, AM pun beli joran untuk sama memancing.

    AM pancing kat kolam je di sekitar lembah Kelang dan Selangor. Orang lain dapat siapap, kerapu, jenahak dan lain-lain, tetapi AM jadi bangau.

    Bila ada pertandingan AM turut serta gak. Tapi habuk pun tarak.

    AM dengar cerita kalau nak pancing ikan kena guna 'ilmu' dan 'guna-guna', betul ke?

    Kalau betul, apa petua agar kita leh dapat ikan besar? Pada 21 Feb ni ada pertandingan kat tasek Cyberjaya, hadiah RM40,000. Ada tak tangkal atau petua untuk menang? :)

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. dpt ikan, jual kt mai.. HOHOHO! xD

    ReplyDelete
  9. enuLwanie: 013-XXXXXX ko mintak le kat budak-budak blogger yang ada no. aku. tak leh aa letak sini. Takut ada gangguan makhluk halus xD

    Fhad Boulala: Gath kat pulau tak tahu aku pergi ke tak. Aku keja shift skang nih. Huhu

    AnakMerdeka: AM takde petua atau atau tangkal. Semua rezeki datang dari Nya. Rod ngn enjin hebat pun kalau DIA kata takde, takde jugak, Ku Faya Kun

    maisyara Pot! Pot!: 2 ekor snggit!!

    ReplyDelete