Monday, July 20, 2009

Basahkan Tanganmu Dengan Darah Musuh



Jemputan daripada Teman-Teman Seperjuangan (Tajuk Emel Yg Tak Boleh Blah)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Maaf kiranya nukilan ini menganggu.
Tiada lagi Pulau Perhentian mahupun Pulau Pangkor bukan juga kenduri kendara tiada lagi Gunung Ledang mahupun Janda Baik.Sebagai mengganti 'PERCUTIAN' yang dirancang tak kunjung tiba, Saya dengan rasa rendah diri dan tawaduknya ingin menyeru agar rakan2 dapat berjuang bersama2 dalam peperangan ini.Dunia kita dah semakin kucar kacir, Sanggupkah kita hanya melihat sahaja tanpa membuat apa2.Mampukah kalian membiarkan segala kecelaruan berlaku didepan mata ketika kalian sebenarnya tahu anda mampu mengubahnya.Oleh itu ayuh!! Bangkitlah ..Sertai kami menjadi pejuang.Darah2 muda kalian amat diperlukan melambangkan keluhuran jiwa perajurit pertiwi.Inilah yang menentukan masa depan sejauh mana kolebrasi kita bersama. Perang Apa Kalau Bukan Perang Kita!
Jom join Perang Bebola Cat aka Paintball !!!










Lokasi: Nur Lembah Pangsun, lot batu 9 3/4, Ulu Perdik, Hulu Langat INDEPENDET PAINTBALL

Bayaran: RM 55 perkepala (200 peluru..boleh order peluru hidup ,charge lebey untuk cop sijil mati) 1 pusingan 50 peluru, boleh main sampai 4 round!! Mengikut kata responden 1 round dah pancit.So sementara menunggu adrenalin naik balik, boleh adekan sesi minum2 lepak2 sambil mendengar ceramah perdana pengalaman menjadi perajurit dari askar pancen komander Lalok.

Tarikh Perang: Ikut kelulusan PBB (perangai budak budak),bila2 kalian free, boleh runding.

Kelebihan: Jika anda menyimpan dendam dan rasa tak puas hati dengan rakan2 anda atau bekas rakan sekelas dan rakan rumah, inilah masanya, be gentle not turtle!
+ Boleh kumpul ramai2 + Ganti plan cuti + dah sep bajet daripada cuti.+ boleh bahan yob.



Sila Reply To All sama ada anda 'On Setuju' atau 'Off Bangkang' untuk kami menilai sejauh mana Keteluran anda. Kerjasama kalian amat dihargai.Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui email kepada suadara Daud sebagai Presiden Perang.

*Kalau ade name2 askar wataniah yang tertinggal sila rekemen.

Sekian terima kasih.










Prebet Bersara,
Sang Algojo.
<------ Semangat Ibu Pertiwi

6 comments:

  1. On SETUJU dan hantar ke 36636. anda mungkin berpeluang memenangi cerek dari kerajaan langit

    ReplyDelete
  2. jaafar Onn satu....hahahahahahahaa, bila mau bertempur di medan...medan perang ka medan selera?hahahahaha

    ReplyDelete
  3. baik medan selera. baru selera. cara. makan tak makan

    ReplyDelete