Tuesday, July 21, 2009

Mamak Salam

Arakian tersebutlah kisah 4 orang sahabat baik bernama atan, yopi, rosham, dan adlin. episod bermula apabila 4 sahabat baik ini berhajat untuk melepak di kala malam. adapun mereka terpaksalah ke kedai mamak kerana pada malam yang bulan kian berarak, tidak ada lagi kedai makan yang dibuka kecuali kedai mamak yang sedia maklum diketahui beroperasi 24 jam. lagipun di kedai mamak pasang astro. rosham suka tengok national geografi. maka bergeraklah sekawan ini menuju ke kedai mamak salam. Setelah sampai di kedai mamak, sekawan ini tidak mahu membuang masa terus mengorder air masing-masing.


atan : ane air apa ada?
mamak : milo ada, teh tarik ada, teh tarik gelas kecik, besar ada, bandung ada, sirap ada, sumaa adaaa
atan : kalau camtu bagi milo ais satu.
mamak : ane milo wais satu!
mamak buat air : siaaapppp!

yopi : hurm air milo ais eh. ok mamak bagi saya teh tarik une
mamak : gelas kecik ka besar?
yopi : kecik
mamak : teh tarik satu!
mamak buat air : siapppppp!

rosham : ane bagi saya kopi campur milo
mamak : kolo ka?
rosham : ha.. pandai pun mamak ni
mamak : dey kolo satu!
mamak buat air : siappppp!

adlin : waa cambest je kopi campur milo. kalau camtu mamak u kasi saya kopi campur teh
mamak : wokey.. ko *tuuuut* satu!
mamak buat air : SIAPPPPPPP!

2 comments: