Tuesday, July 7, 2009

Isteri Kesayangan

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel tersebut. Dalam kebosanan dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Penang pula, seorang janda baru sahaja sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara atau teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama, si janda tersebut terus jatuh pengsan. Anak lelaki janda tersebut bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai sambil berbuih mulut dan tangannya menunjuk di skrin komputer. si anak yang kehairanan pun membaca mesej yang tentera di skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai sayang..

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Yang sentiasa merinduimu,
Abang Man

No comments:

Post a Comment