Wednesday, August 19, 2009

Air & Mandi


Entry hari ni akan bercerita tentang air. Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Begitulah sedikit sebanyak tentang fakta mengenai air dan keperluannya dalam tubuh manusia. Untuk mandi pula, purata normal mandi bagi seorang manusia adalah sebanyak 3 kali sehari. Ini tidak termasuk bagi mereka yang bekerja di Taman Tema Air kerana kadar air yang diperolehi agak berlainan.

Sebenarnya tujuan entry ini diutarakan adalah untuk memberitahu korang bahawasanya rumah aku hari ni tiada air. Dalam makna kata lain tiada bekalan air yang disalurkan. (Dah macam isytihar hari raya pulak. Maklumla puasa dah dekat. Yang hutang tu dah ganti belom?) Diingatkan bahawa ketiadaan air ni bukanlah disebabkan pemotongan kerana lambat bayar atau tunggakkan. Semua ni terjadi kerana terdapatnya construction di jalan raya berhampiran. Dan yang utamanya bukan rumah aku je takdak air, ini juga melibatkan rumah jiran di sebelah. Sepanjang pengetahuan aku, dah lama kami tak pernah takdak air. Paling last pun masa aku darjah 3. Umur masa tu 9 tahun. Sekarang dah 24. (Ehem-ehem muda & kacak lagi. Hehe) Ini adalah iklan semata-mata. Sila potong mana yang tak berkenaan. Maknanya dah 15 tahun rumah aku sentiasa ada air!

Kesimpulannya... Satu rumah jadi kalut. Nasib baik aku bangun paling awal. Pukul 5.40 pagi aku dah bangun. So aku boleh mandi siap dengan syampu lagi. Rumah kami ada kolah air. Yang last-last tu tak tahu la. Sape suro bangun lambat. Muahahaha (gelak ala Jackson King)

No comments:

Post a Comment