Sunday, August 16, 2009

Malu-Malu


Sepanjang kehidupan kita di muka bumi ni pasti setiap daripada kita pernah mengalami perkara yang memalukan. Tak kiralah samada sengaja atak tak tidak, perkara ni membuatkan si empunya malu sikit-skit ataupun besar. Yang pasti ia memalukan individu yang terlibat. Entry hari ni akan membincangkan dan mengupas perkara-perkara yang memalukan si pelaku. Sediakan kertas dan pen anda untuk catitan. Chekidaud...

1) Anda baru sahaja keluar dari kereta member anda. Ketika itu hujan lebat dan anda berhasrat untuk mengambil duit dari mesin ATM. Setelah selesai upacara mengambil duit anda terus masuk ke dalam kereta member anda tanpa disedari kereta member anda telah diubah ke tempat lain. Anda dengan selamba katak menyuruh pemandu cepat jalan sedangkan dia bukan member anda. Cuma keretanya je sama tapi no plat yang berlainan. Tahap Malu : Tahap Ulat Kuang

2) Anda baru sahaja bergaduh dengan awek anda di telefon bimbit. Anda mengambil keputusan untuk menamatkan perbualan. Kemudian anda mendapat panggilan dan anda dengan bestnya terus menjawab sambil buat-buat manja seraya berkata anda tak perlu dipujuk. Pastu buat suara ala-ala ayam bertelur padahal orang yang menelefon anda merupakan bos anda yang garang macam singa. Tahap Malu : Tahap cipan

3) Anda baru sahaja dinaikkan pangkat dan diminta untuk memberi sedikit ucapan ketika dalam satu majlis. Disebabkan tidak bersedia anda menjadi gelabah babun. Ketika anda naik stage untuk memberi ucapan anda telah tersadung kaki anda sendiri lalu terjatuh dan kepala anda terhantuk tempat berucap. Tahap Malu : Tahap Burung Kedidi

4) Anda sedang memandu di dalam hujan lebat. Disebabkan cuaca yang buruk anda mengambil keputusan untuk menjadi follower kereta di hadapan anda. Selang beberapa minit kereta anda menghentam kereta di hadapan. Anda keluar sambil memaki hamun pemandu dihadapan kerana memandu secara berbahaya sekaligus menyebabkan kereta anda rosak. Tidak cukup cacian anda juga menyuruh pemandu tu membayar ganti rugi. Tetapi belum sempat berbuat tindakan selanjutnya anda baru tersedar yang anda dalam garage kereta. Dan garage tersebut sudah tentunya bukan milik anda. Tahap Malu: Tahap Beruang Madu

5) Anda dijemput oleh rakan anda untuk ke majlisnya. Rakan anda cakap ada kejutan di majlis tersebut. Ketika majlis diadakan anda tertarik dengan seorang gadis yang comey lotey. Disebabkan hormon anda tidak keruan anda terus mendekati si gadis sambil memperkenalkan diri. Anda buat-buat bijak dengan bercerita kehidupan anda sambil sedikit cerita mengenai kawan anda yang menganjurkan majlis ini. Dengan harapan gadis tertarik kerana anda berkawan dengan orang yang ada status. Tak cukup dengan tu anda beritahu si gadis anda dan rakan anda gemar ke kelab dangdut untuk menari poco-poco. Tiba-tiba rakan anda menepuk bahu sambil memperkenalkan gadis berkenaan sebagai bakal tunangnya. Tahap Malu : Tahap Lipan Bara

No comments:

Post a Comment