Wednesday, August 12, 2009

Al Padang Pasirun


Al kisah bermula apabila seorang wanita yang baru sahaja melahirkan seorang anak begitu teringin sekali untuk mengembara ke padang pasir. Tanah arab la senang cerita. Wanita ini begitu kepingin sekali untuk mengembara ke tanah arab kerana beliau nak melihat sendiri bagaimana kaum arab di sana hidup dengan bercucuk tanam. Sebut pasal bercucuk tanam ni sudah tentulah tempat yang ingin dilawatinya itu merupakan kampung-kampung. Beliau nak lihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana orang arab bercucuk tanam, mengairi serta mengutip hasil ternakan dan tanaman mereka. Dengar kata orang arab di kawasan kampung hidup secara nomad. Atas sebab inilah Mona (ibu beranak satu) berhajat sangat ke tanah arab.

Maka nak dijadikan cerita, kampung Mona telah mengadakan lawatan ke tanah arab. Gembira bukan kepalang Mona apabila hajatnya yang sekian lama akan termakbul. Maka bertolaklah rombongan kampung Mona ke tanah arab pada hari yang ditetapkan. Setelah sampai di sana mereka pun dirai dan disambut dengan meriah. Tetapi perasaan gembira tak selalunya berpanjangan. sama jugak bagi pasangan kekasih. ada pasang dan ada surutnya. Ketika 3 hari berada di sana, tiba-tiba mereka diberitahu bahawa penduduk di situ mahu berpindah. Ini kerana tempat yang mereka duduki sekarang tidak lagi subur dan air untuk mengairi tanaman juga semakin kurang. Maka kalutlah semua penduduk termasuk rombongan mona bersiap-siap untuk berpindah.

Malang sekali nasib mona. apabila rombongan dan penduduk di situ memulakan perpindahan, beliau dan bayinya yang masih menyusu telah tersesat jalan. Sedar-sedar beliau telah berada di sebuah oasis dan seperti yang anda sedia maklum sekitar kawasan tersebut hanyalah ada padang pasir yang tandus. Tidak adalah pokok-pokok hatta rumput sekalipun melainkan sebuah kolam.Maka tinggallah mona bersama anaknya bergantung kepada air di oasis tersebut. Kadang-kadang ada juga tok arab bersama unta mereka yang lalu lalang di situ. Tetapi yang menjadi kemusykilan mona tak pernah berganjak dari oasis tersebut. Beliau hanya menjerit-jerit meminta tolong tanpa berganjak dari tempatnya. Jarak yang jauh menyukakarkan jeritannya didengari orang. Namun kalau mona berganjak dari tempat singgahanya pasti beliau dapat diselamatkan. Tetapi beliau tidak pernah berganjak. kenapa???

Soalan itu terus diutarakan oleh Khai kepada Adam ketika mereka sedang minum petang di kedai kopi pak mat lenteng. "mana aku tahu" jawab Adam selamba. "mungkin dia tak larat kot sebab dia kan dalam pantang. Tak pun dia takut anak dia kepanasan" tambah adam lagi. "salah-salah, cuba lagi" balas Khai. Korang pun tentu tertanya-tanya kenapa ibu beranak satu ni tak mahu keluar dari oasis tempat berteduhnya kan?Jawapannya ialah......


Ibu beranak satu ni takut susu dia jadi keju!! Kan dalam iklan cheese deal dulu ada cerita yang seorang pengembara arab yang membawa susu di dalam satu bekas. Disebabkan terlalu lama susu itu disimpan dan keadaan yang panas maka apabila dibuka untuk dibuat minum susu tersebut telah bertukar menjadi keju. Maka atas sebab inilah mona tak mahu berganjak dari oasis tersebut. Beliau takut susunya bertukar menjadi keju. Sekianla adanya...

No comments:

Post a Comment