Wednesday, July 15, 2009

Budiman


Cerita pasal hukum agama ni buat aku teringat kat kawan-kawan sewaktu di mrsm dulu. masa aku form 3 kami diajar pendidikan islam oleh seorang usatz yang bernama zaid. jadi kami panggil ustaz zaid. dah ajar pun agama mestila panggil ustaz kan. takkan nak panggil penggali kubur kot. ok la sambung bab agama balik. satu hari ni, ustaz zaid mengajar kami tentang hukum bersuci. dalam penerangan beliau, ustaz zaid pun bagi la contoh beserta soalan yang buat kami tertanya-tanya. kata ustaz, apa hukumnya jika kita mandi sungai dan ada seekor babi menyeberang sungai yang kita mandi? hah. korang kan pandai-pandai belaka. so apa hukumnya? patutkah kita samak seluruh badan kita? any answers??? jawapanya ialah tak payah. sebab sungai tu kan besar. dah lebih 2 kolah. jadi kita tak payah samak.

Atas soalan yang agak best beserta penerangan yang cukup menarik maka seorang pelajar yang juga merangkap sahabat aku bernama budiman terpanggil untuk membuka soalan baru. budiman ni orang kelate. tidak diketahui asal usul beliau dinamakan budiman, mungkin ibu bapanya nakkan seorang anak yang berbudi. mungkin.. jadi budiman ni pun mula la menyoal ustaz dengan soalan yang seakan-akan bodoh. lawak pun ada. soalannya berbunyi "ustaz.. apa hukumnya kalau saya mandi dalam sungai, lepas tu saya mandi sekali dengan babi. kan 2 kolah jadi tak perlu samak kan? betul tak ustaz?"

Ustaz zaid hanya tersenyum kemudian menjawab dengan penuh kasih. "dalam banyak-banyak penerangan saya hari ni. bab babi yang kamu minat? lepas tu teringin nak mandi dengan babi pulak? awat ang takmau mandi dengan gajah?". (ustaz zaid orang kedah) mula-mula suara ustaz zaid tenang je. lepas tu meninggi dan terus meninggi. sudahnya budiman dicerca dan dimaki oleh kami sekelas kerana soalan yang memang cam bangang. dan ustaz zaid hanya mampu menggeleng.

2 comments:

  1. abang budiman tanya ang pernah mandi ngn babi tak?bukan aku tanya k. abang budiman yang tanya

    ReplyDelete