
"Sabtu ni jadi kot mancing. Kalau tak dapat jugak ikan idaman, pasni kita tak payah pergi dah bawah jambatan". Itu antara ayat yang kawan aku cakap sabtu lepas. Target kitorang kali ni ialah menumpaskan talang 3 kilo ke atas. Seramai 6 orang menyertai ekspidisi memburu talang. Tiang jambatan no 21 menjadi pilihan. Sampai je aku terus sangkut Davy Johnes dengan harapan dapat kerapu. Lepas tu aku apollo roka untuk mendapatkan ikan bilis.
Ikan bilis dicakuk hidup-hidup dan dibuang ke dalam laut. Air hari tu sangat kuat dan tali kami dibawa jauh dari tempat asal. Aku tertarik melihat ketam di tepi batu jambatan. Tak macam kami guna apollo, ketam hanya menggunakan sepitannya. Aku tengok gaya ketam tak ubah macam beruang menangkap ikan salmon. Bezanya ketam menangkap ikan bilis. Selepas 3 jam kami berjaya memperolehi 3 ekor ketuka, mayung dan juga ikan gelama. Talang masih belum muncul. Malu-malu agaknya.
Selang beberapa jam, kami dikejutkan dengan batang rod kawan aku disentap hebat. Dia mula mengayuh. Sambil tu dia berteriak "aku rasa pari! berat semacam". Masing-masing tinggalkan rod dan memberi perhatian sepenuhnya pada kawan aku. Akhirnya mangsa dibawa naik. Seekor belut berwarna keemasan diangkat dan dianggarkan seberat 1 kilo. Lepas tu tiada seorang pun memperolehi ikan. Tepat jam 6 kami pulang dari bawah jambatan.
Masa dalam bot aku sempat bukak peti orang lain. Rasa geram ya amat bila tengok dalam bekas mereka terisi talang seberat 5 kilo. Ada jugak siakap merah dalam 3 kilo. "Pasni kita datang lagi. kita try tiang lain plak" kata kawan aku bila sampai di jeti. Aku dalam hati "Ceh tadi kata kalau tak dapat ikan idaman taknak pergi dah." Tiba-tiba kawan aku mencelah "dah nama pun pemancing TEGAR". Aku terdiam. Terkejut sebab dia macam boleh baca fikiran aku -__-!