Thursday, June 11, 2009

Kau Pergi Jua ~


Ketika aku berborak di ruangan chatting terkenang zaman masa di mrsm dulu. waktu itu handphone masih belum menjadi barangan HOT lagi. malah aku tidak pernah kenal apa maksud sms (semua mawi sapu) aku hanya berhubung dengan teman-teman berjauhan menggunakan sehelai kertas yang bernama surat. aku memang rajin tulis surat dulu, sebab masa perhimpunan kalau kami dapat surat, nama akan diumumkan. bangga siot dapat surat. ramai membe-membe yang jeles sebab hanya mereka yang tertentu saja akan mendapat surat. surat-surat ini sudah pasti daripada makwe-makwe yang berjauhan. hatta surat ayah hanta suruh rajin belajar pun dikatakan daripada awek (demi menjaga sebuah harta yang bernama maruah dan reputasi).

Dalam berhubung menggunakan surat ni, aku telah diperkenalkan oleh seorang kawan untuk menggunakan sahabat pena. waa ini lagi bagus. maka bermulalah kegiatan aku melayan sahabat pena. dalam keadaan suasana HOT dengan sahabat pena, tiba-tiba salah seorang rakan perempuan aku telah memperkenalkan kami dengan trend baru iaitu sahabat dari luar negara. sahabatnya di UK. kami yang memang dasar jakun serta mudah terpengaruh mula menaruh harapan untuk mendapat sahabat pena dari luar negara. sahabat aku yang bernama hayyum ni berkawan dengan sahabatnya di UK bernama Guila Tolomeli. Rupa kawan luar negaranya ni cukup comey. cukup manis untuk menggoda mata lelaki yang gersang tahap musang. maka ramailah anak muda berebut mahu mendapatkan contact Guila Tolomeli. tetapi hanya hayyum saja yang mempunyai gambar dan contactnya.

Musim yg kami lalui selepas itu penuh dengan nama Guila Tolomeli. ke mana saja aku pergi pasti nama Guila Tolomeli disebut-sebut. malah ada juga anak muda yang mula menaruh hati terhadap Guila Tolomeli. aku tak terlibat kerna aku jarang menunjukkan sebarang reaksi sebenar. suasana bertambah gamat apabila gamba Guila Tolomeli yang dipuja-puja telah hilang dari simpanan hayyum. keadaan ketika itu menjadi sangat gawat. lagi gawat dari lagu GELI MAT Mat mat (makin sayup). gambar Guila Tolomeli hilang hampir seminggu. ketika kami semakin buntu akhirnya soalan terjawab. salah seorang daripada rakan kami telah mencuri gambar Guila Tolomeli akibat ransangan jiwa yang kacau & gelora. dengar cita gambar Guila Tolomeli telah disimpan di dalam seluarnya hampir seminggu. kacau-kacau. kini gambar Guila Tolomeli telah kembali. walaupun sedikit kusut masai + kedut-kedut namun masih ramai anak muda mencintainya & malah lebih mengasihinya.

Namun air yang tenang jangan disangka tiada ikan koi. rupa yang cantik jangan disangka putri. akhirnya kami mendapat berita yang amat mengejutkan. terkejut sehingga ada anak muda yang muntah-muntah serta jatuh pengsan. aku juga tak terkecuali. kata hayyum, Guila Tolomeli yang kami puja-puja sebenarnya adalah seorang lelaki. Buekkkkkkk. tambah hayyum lagi sebab tu dia hanya layan hayyum sebab hayyum ni perempuan, kami ni lelaki. sebab tu surat-surat yang kami hantar tak pernah Guila Tolomeli balas. kami pulak tersilap info yang Guila Tolomeli ni perempuan, jadi dia nak berkenalan rakan perempuan luar negara. semunya silap. kami marahkan hayyum kerana menipu kami, tidak memberitau perkara ni kepada kami lebih awal. hayyum hanya menjawab dengan muka selamba "da korang tak tanya". Guila Tolomeli yang dipuja-puja seorang lelaki. ini memang tak masuk akal. jadi dengan siapa kami memuja selama ni. gambar siapa yang diletak di dalam seluar ayie (bukan nama sebenar, kalau benar maka muka aku akan pecah) maka apabila terkenang peristiwa ni, aku akan muntah-muntah hingga hilang selera makan. Guila Tolomeli....

No comments:

Post a Comment