Thursday, November 26, 2009

Bila Hati Dah Hilang Nur


Hari ni aku nak bgtau petikan/kata-kata yang selalu diberikan oleh golongan yang nur sudah hilang dari hatinya. Kira anak buah Azazil paling sejati lah. Bukan nak cakap aku ni baik atau beriman. Aku pun ada gak kekurangan. Tapi sama-samalah kita sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan dengan penuh kesabaran.

Kita = K
OHN = Orang Hilang Nur

K: Kenapa ko minum arak, arak kan haram
OHN: Mana ada haram. Arak haram kalau ia memabukkan. Aku minum tak mabuk pun, mana boleh haram
K: Haram Jadah

K: Kenapa ko tak semayang Jumaat minggu ni. Minggu lepas ko pergi
OHN: Gile ko. 3 kali tak semayang Jumaat berturut-turut leh gelap hati oo. Aku pergi selang sekali, so hati aku takleh hitam
K: .......

K: Kenapa ko tak puasa, adik aku tadika pun boleh puasa
OHN: Bagus la keluarga ko. Adik baru tadika dah puasa. Aku dari tadika sampai la dewasa tak pernah parents aku ajar aku puasa. Niat pun aku tak tahu. Tak niat tak leh puasa kan?

K: Kenapa ko tak sembahyang?Ko tahu tak semayang tu tiang agama
OHN: Eleh ko semayang pun tengok blue jugak. Semayang tak kusyuk la tu. Tuhan tak terima
K: Tengok blue memang salah. Tapi aku semayang untuk cover dosa aku. Ko tu dah la berdosa tengok blue, semayang pun taknak. Nak simpan dosa tu sampai tinggi gunung ke?

K: Ko tahu tak main blog ngan fesbuk ni melalaikan. Sampai kadang-kadang tertinggal yang wajib. Sunat jangan cakap la.
OHN: Ko cakap orang, ko tu buat tak? Ni asal main blog ngan fesbuk ni. Pergi solat cepat


Itulah antara petikan kata-kata dari sesetengah mereka yang dah hilang nur dari hatinya. Aku bukan nak ajar korang ayat ni untuk escape tapi renung-renungkanlah bersama. Salam mesra dari aku :)

9 comments:

  1. ooo... aku pernah jumpa org macam nie.. ego dan mmg nak tempah tiket masuk neraka... dah salah xnak ngaku, pastu salahkan ( sabitkan ) org.. huhuu...

    ReplyDelete
  2. yang last tu asl cm x kene je ek? hoho.
    hmm. org cmni kalo mmg dr kecik takde sape yg ajar, means hidayah x sampai lg. tp kalo dlu elok, skrg astaghfirullah, mmg kne bertobat lah. bagus n3 ni. muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  3. AHMADSUFI6177 REVO: memang ramai orang macam tu. so ko sabo je lah :)

    Ery Farieha: Ery welcome back! :D

    sharvina: err lebih kurang la.. :)

    Sharinginfoz: baik..

    ReplyDelete
  4. hahah,,gud2..
    bgs entry ni,,bg ksdrn sket..

    ReplyDelete
  5. mcm bagi modal org nk klentong je,.
    keh2.,
    anyway,
    nice entry

    ReplyDelete
  6. Cik Ti: penafian... ini bukanlah modal untuk mereka yang ingin melepaskan diri. Jangan gunakan ayat seperti "aku dapat ayat ni dari blog Hazri". Penat saya berhadapan dengan Munkar & Nangkir nanti :)

    ReplyDelete