Thursday, June 18, 2009

Diari Seorang Pembunuh


1.30 pagi - aku telah melakukan perbuatan terkutuk ni lagi. waktu ini aku sedang mencuci tanganku yang berlumuran darah. sedikit rasa kesal menguasai diri dek kerana aku masih gagal mengawal emosi.

2.00 pagi - sekali lagi pembunuhan berlaku. walaupun dalam keadaan tidak sedar, aku telah membunuh! aku semakin tertekan. kenapa aku berkelakuan begini. walaupun berusaha untuk berubah namun ternyata sekali aku gagal. perasaan kesal yang datang dalam diri hanya datang dan berlalu pergi. jelas membuktikan memori simpanan data aku sangat kurang dan tak mampu memproses dengan baik

2.30 pagi - aku akhirnya menyambung tidur tanpa tangan yang berlumuran darah serta perasaan kesal yang semakin menebal.

Sampai ke hari ini umur aku sudah melangkau 24 tahun. aku masih menjadi seorang pembunuh. rata-rata mangsa aku dibunuh dengan begitu kejam sekali. tanpa sifat belas kasihan bergelar seorang insan. walaupun kadang-kadang perasaan kesal terbit di hati, namun aku tak mampu mengatasi perasaan ingin membunuh. kesal hanya bertatah di mulut tetapi perbuatan mengatasi segalanya. sudah beribu mangsaku dibunuh. jikalau diambil purata, setiap hari aku membunuh! Namun perbuatan aku tak pernah dikesan. setiap pembunuhan gagal dihidu oleh mereka yang bertanggungjawab. mungkin sebab inilah aku lebih kerap membunuh. aku tidak licik sebenarnya. aku membunuh mangsaku dalam sedar atau separa sedar. namun pihak berkuasa gagal mendapatkan bukti menyebabkan aku dapat meneruskan kegiatan gelap ini. aku digelar dengan pelbagai gelaran. tapi cukuplah kamu mengenali aku sebagai si pembunuh nyamuk Bercerita mengenai nyamuk ini membuatkan aku teringatkan sesuatu. tahukah kamu hanya nyamuk betina yang menghisap darah? topik ini akan aku bincangkan pada isu yang akan datang.

2 comments:

  1. Erm mula-mula memang bagi lagi suspens. tapi kalau cite panjang-panjang nanti org malas baca. :p

    ReplyDelete