Friday, June 5, 2009

Mamai Mamun Mengigau (3M)

Sebenarnya aku kurang gemar nak membincangkan topik ni. tapi akibat pergolakan hormon yang bercelaru membuatkan aku nak tulis jugak cita pasal mamai@mamai@mengigau (3M) ni. Mamai dalam wikipedia membawa maksud [Mamai was a powerful military commander of the Blue Horde in the 1370s, who resided in the western part of this nomadic state, which is now the Southern Ukrainian Steppes and the Crimean Peninsula. He split apart from Khans of the Golden Horde, trying to establish his own state.] Tapi bukan mamai ni yang akan dibincangkan dalam topik ni. mamai yang akan dibincangkan adalah lebih bersifat memalukan diri, dan kadang2 menggangu jiran yang sedang tido.

3M ni biasanya sukar ditafsir kerana ia bukan lahir dari perasaan yang dibuat-buat. ia lebih kepada keadaan separa sedar. purata manusia akan mamai adalah 3 hari sekali. ini tidak termasuk kadar masa mereka tido dan tahap keletihan badan yang dialami. 3M boleh dialami oleh sesiapa saja, baik lelaki ataupun wanita, tua atau muda, kaya atau miskin, janda mahupun duda. Bagi menjelaskan lagi maksud 3M ni diberikan sedikit fakta yang menunjukkan 3M telah wujud sejak zaman berzaman. Kalau kita perasan orang dulu-dulu selalu berpesan, sebelum tido basuh kaki dahulu. takut mengalami gangguan syaitan. sebenarnya kalau kita renungkan membasuh kaki sebenarnya dapat mengelakkan kita dari mengalami 3M. benar atau tidak ini yang masih dalam kajian.

Awas bagi mereka yang suka menonton cerita hingga larut malam!! kadar untuk anda mengalami 3M adalah lebih tinggi kerana anda mungkin akan terkenang-kenang cerita yang ditonton sehingga dibawa ke dalam mimpi sekaligus menyebabkan anda mengalami 3M. abg aku sering 3M. masalah ni amat merunsingkan aku. kes ini semakin rumit setelah dia memutuskan untuk berkahwin akhir oktober ini. bukan 3M biasa, tapi 3M yang cukup aneh. beliau sering menjerit-jerit dan kadang2 berightifar dalam tido beliau. pernah beliau menjerit sehingga bergegar rumah aku. bila ditanya dia sering berkata dalam mimpinya beliau sering dikejar oleh seekor hantu yang amat hodoh. adakah ini berkaitan dengan cabulu yang sudah mengusai tahap menjelma dalam mimpi? semunya masih kabur dan misteri masih kekal menjadi misteri...

(sehingga sekarang aku masih tertanya-tanya apa kaitan berkahwin dengan 3M???)

No comments:

Post a Comment