Wednesday, June 17, 2009

Malam Yang Sepi

Sekarang tepat jam 2.41 pagi. aku sepatutnya telah tido pada waktu-waktu begini kerna aku akan bekerja pada esok hari. entahlah mata ni masih belom mengatuk lagi. mungkin juga sebab aku masih menanti seorang teman untuk memberi kiriman ringkas dan ucapan mesra sebelum aku melangkah ke alam fantasi. kucing aku, 'Mendut' telah lama hanyut dibuai mimpi. menanti tuannya yang berjanji nak tido sekali. yang tinggal hanya sebuah janji. kasihan kau 'Mendut'. kucingku agak keletihan berbanding aku hari ini kerana beliau telah mempunyai teman baru. walaupun usia yang masih muda iaitu baru berumur lingkungan 3 bulan namun kucing aku sudah mampu menarik minat jantina lain. mungkin disebabkan baka yang baik. entahlah. aku berharap esok aku dapat bangun awal dan tidak tergopoh gapah menyiapkan diri untuk ke tempat kerja. bunyi bingit dari kenderaan yang menderu serta hon di dalam feri memang menggangu telinga aku. aku harap orang yang membuat bising tu jatuh saja ke dalam laut. biar ikan yang mengajarnya bagaimana menghormati sesama insan. malam kian larut dan aku masih disini. bertemankan pc dan internet yang lembab umpama siput sedut dan sebuah lagu dendangan Akon - Say It Right..

No comments:

Post a Comment