Wednesday, June 10, 2009

Show hidden files and folders


Memang lawak kalau tengok topik di atas. Entry ni bukan nak bincang show hidden files & folders yang normal. isu kali ni nak membincangkan macam mana nak show hidden files kalau komputer anda telah dijangkiti virus dan tak mampu nak guna option show hidden files. entry ni terpaksa saya utarakan kerana ramai yang bertanya macam mana nak guna fungsi regedit yang telah saya utarakan dalam entry yang sebelumnya. saya tak faham kenapa mereka taknak download saja autorun eater yang telah disediakan (mybe takut link saya mengarah mereka ke website tak senonoh, tapi percayalah saya bukan macam tu). mungkin jugak bagi sesetengah pihak mereka lebih gemar virus bersarang di dalam komputer mereka. mungkin kerana tidak mempunyai binatang ternakan dan berasa bosan tidak pernah diganggu. atau mereka taknak orang lain cucuk pendrive mencuri maklumat dari komputer mereka (sekiranya ada virus tentu orang taknak cucuk pendrive), menyebabkan mereka tidak mahu membuang virus ni. walau apa pun tujuan anda, yang penting sekiranya anda nak show hidden files & folders anda, maka ruangan ini adalah ruangan yang tepat untuk anda. dimaklumkan bahawa tips yang diberikan ini hanya membolehkan anda view dan edit files & folders anda tetapi tidak membuang virus sama sekali. ikuti langkah-langkah yang diberikan dan anda akan jalani hari-hari anda dengan penuh senyuman =)

1. Pegi start, amik run (XP) search run (Vista)

2. Amik registry folder HKEY_LOCAL_MACHINE

3. Kemudian SOFTWARE\Microsoft\Windows

4. Dan kemudian CurrentVersion\Explorer\Advanced

5. Kemudian lagi Folder\Hidden\SHOW ALL

6. Cari key yang bernama CheckedValue

7. Double Click CheckedValue key dan setkan supaya menjadi satu

8. Siap!! kini anda mampu melihat hidden files & folders walaupun virus masih di dalam komputer anda. seronok bukan? (seronok ape kalau virus masih dok dalam pc -___-" )

No comments:

Post a Comment