Sunday, June 21, 2009

Ketawa kah! kah!

Semua manusia tidak kira orang tua, bayi, remaja, hatta orang yang gila jugak tahu ketawa. Mengapakah kia ketawa? Kalau ada jawapannya, sudah pasti para pelawak dan penghibur dapat mengetahuinya terlebih dahulu. Walaupun pelbagai kajian dibuat namun ketawa masih menjadi satu perkara yang rumit dan penyelesainya masih di peringkat teori.

Kajian psikologi mendapati ketawa adalah luahan perasaan dan hanya berlaku di kalangan manusia. haiwan tidak sama sekali boleh ketawa apatah lagi tersenyum. Sehingga kini bagaimana manusia ketawa masih menjadi keraguan di kalangan para saintis. Kita bukan sahaja ketawa kerana gembira, waktu kita mengejek atau mengenakan orang juga kita akan ketawa.

Ketawa boleh lahir dari pelbagai cara. Contohnya apabila kita melihat situasi yang tidak sesuai. Misalnya apabila melihat seorang budak dikejar angsa sambil seluarnya terlondeh. Seekor kera mencampak buah kelapa ke atas kepala tuannya. Kadangkala kita juga ketawa apabila melihat seseorang melakukan perkara yang tidak masuk akal seperti melihat seseorang memakai baju terbalik.

Walau apa jua situasi yang membuatkan kita ketawa, ketawa sebenarnya amat baik untuk kita dari segi emosi ataupun kesihatan. Antara organ yang bertindakbalas ketika kita ketawa adalah paru-paru. Selain kesihatan, ketawa juga mempunyai nilai-nilai sosial. Ia menjadikan kita mudah didampingi dan secara tidak sedar membentuk masyarakat yang berjiwa penyayang. Jadi ketawalah selalu

No comments:

Post a Comment