Sunday, June 14, 2009

Kenduri Mat Dara



Hari ni tanggal 15hb Jun 2009 maka tamatlah cuti persekolahan bagi mereka yang masih bersekolah. tak kira sekolah rendah mahupun menengah. hatta sekolah tadika atau pra sekolah. hari ini pasti ramai adik-adik yang rasa berat ati untuk ke sekolah. ye la cuti dekat 2 minggu. ini tak termasuk ibu bapa yang malas nak pergi kerja sebab hari ini hari isnin. hari permulaan kerja. tapi bukan topik cuti yang akan dibincangkan di entry ni. apa yang aku nak bgtaw sebenarnya adalah... apabila tamat cuti sekolah maka tamatlah hari persandingan. maksud aku waktu cuti sekolah ni memang ramai pakat buat kenduri kawin. seronok aku sepanjang cuti ni dapat makan nasi minyak. atas kesempatan ni aku nak ucapkan tahniah kepada lan leader selaku classmate aku di UTeM atas pernikahan beliau pada 13 Jun 2009. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Kepada rakan-rakan yang tak berpeluang menghadiri majlis ni, dah aku sampaikan link gambar kami masa kat sana. sila semak YM anda. korang jangan la terasa hati atau berduka cita kerana lepas ni pasti ada kenduri membe-membe yang lain yang pastinya akan berkahwin. tak kawin rugi ooo. Walau bagaimanapun kiriman adiah korang amat dihargai. share untuk beli water heater berjenama panasonic disulam nama setiap pemberi di atas permukaan water heater tersebut sangat-sangatlah unik. diharap abg lan leader tidak terkejut atau sedih melihat adiahnya sedemikian rupa. ini tidak lain tidak bukan idea daripada en shazlan a.k.a daud a.k.a puzzi (gila-gila remaja) akhir kata sekali lagi diucapkan selamat pengantin baru kepada lan leader. senyum selalu =)

No comments:

Post a Comment